Awet Muda Dengan Makan Miangkam
hai u all biasa ka dak dengar miangkam @ sireh kadok..hahhhahaa sedap wehh kalau hampa nak taw boleh buat mengidam selalu huhuu..Miangkam ni desert dari thailand taw..kalau sos dia kena pada tekak memng urmm...teringat2 bila kita gigitnya..hahhahhaa Miang kham seperti yang saya tahu adalah makanan pembuka selera yang popular di Negara Thailand. Bahan utamanya adalah daun kadok segar. Seperti yang kita tahu daun kadok adalah salah satu tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Daun kadok boleh juga dijadikan bahan dalam masakan iaitu seperti masak lemak kuning yang di campur dengan udang atau sebagainya ataupun di buat ulam dengan mencelurkan sebentar dan di makan dengan sambal belacan. Melalui pembacaan saya antara khasiat daun kadok ialah ia dapat merawat penyakit sembelit, sakit gigi, sakit malaria, cacing, lemah dan sakit-sakit tulang. Air rebusannya juga elok untuk selesema, sakit pinggang dan bisa-bisa tulang. Apapun bagi saya, bila kata ulam dan herba itu mesti bagus untuk kesihatan dan awet muda.
Antara bahan-bahan untuk miang kham adalah seperti berikut:
1. SOS MIANG KHAM -
-6 ketul besar gula melaka,
-3 cawan air,
bahan-bahan tumbuk atau di kisar kering iaitu :-
-1/2 cawan udang kering, -
-1/2 cawan kacang tanah yang telah di bakar atau dikoreng dan -
-1/2 cawan kelapa Goreng.
-Sedikit garam
Didih kesemua bahan di atas dengan api perlahan sehingga agak pekat dan sejukkan.
(Sos Miang kham boleh tahan lama dan sebaiknya disimpan di dalam peti ais)
2. BAHAN-BAHAN MIANG KHAM
- Daun kadok (direndam sebentar dengan garam, basuh dan toskan)
- Kacang Goreng/Bakar (dibuang kulitnya)
- Kelapa Goreng (sebji kelapa di hiris halus, digoreng atau dibakar)
- Udang kering (saya biasanya akan cuci dan digoreng tanpa minyak sebentar supaya kering semula)
- Halia (dipotong dadu (kecil)
- Bawang besar merah(dipotong dadu)
- Cili api (dihiris)
- Limau nipis (dibuang kulitnya dan dipotong dadu)
First time ni dengar nama miang kham.. kalau daun kadok tu dah boasa dengar dah. Apapun terima kasih atas perkongsian
BalasPadamsebab tak biasa masuk siam kot..kalau biasa mesti selalu dgq..sedap oo
PadamSedap. Suka makan. Tapi part makan asam limau tu memang saya tak letak. Pahit
BalasPadamTengok yang viral kat fb tu dok makan..macam sedapp je..tapi belum pernah cuba lagi...
BalasPadamSelalu tgk kawan2 fb share.. tp sendiri blm pnh cuba. Ada rezeki nnti boleh la cuba
BalasPadamThanks for the recipe. I will try this out to looks young.
BalasPadam
BalasPadamSaya tak berapa suka makan ni. Pernah rasa sekali je pemberian kawan yang balik dari Thai. Tapi tengok orang lain makan bukan main sedap. Lupa pula macam mana rasa Miang kham ni.
dulu pernah try sekali, tapi tak berapa gemar. btw nice entry
BalasPadampernah makan, suka taruk sos banyak2 nak bagi hilang rasa kelat.. hehe
BalasPadampernah makan sekali..tapi cam takleh terima tekakku heheh
BalasPadamFirst time jugak dengar. Teringin nak try tp allergy pulak dgn udang..huhu
BalasPadamKalau pergi Thailand memang akan beli Miangkam ni. Mula2 dulu tak biasa Now jadi favorite plak. Nak makan selalu lah baru awet muda.
BalasPadamwww.liahasty.com
selalu makan mieng kam juhak.. tapi tak tahu ada khasiat boleh awet muda... kalau macam ni kena makan selalu... haha
BalasPadamI never skip this when come to Thai food. Miang kam is a nice starter before main meal.
BalasPadamSaya suka makan miangkam.. Tahun lepas saya pergi makan dekat restoran thai yang ada dekat KLIA fuh sedap giler
BalasPadami memang suka miang kam ni nasib baik sedara ada bela pokok kaduk heheheh... memang leh awet muda tau makan ni
BalasPadamtak pernah makan..tgk pun macam tak lalu mkn...tpi kena cuba dulu kan sedap tak sedap
BalasPadamOnie suka makan miangkam ni, tapi mahal jugakkan miangkam ni,wahahahaha... Dak office selalu bawak.
BalasPadamTak pernah dengar Miang Kham tu tapi kadok tu pernah la cuma tak kenal je. Tengok gambar tu baru tahu rupanya itulah yang dorang jual kat sempadan tu nanti nak try...
BalasPadamKat pasar Ramadan dekat Maidin
BalasPadamAda jual. Tu yg resepi Ory Dari Bangkok.Mula Mula coba memang rasa pelik sikit tapi lama lama jadi Gian pulak.
Saya tk pernah makan..dn tringin nk mkn..baru saye pg padang besar..bnyk jual di sane..saye beli 1 untk cube..rupe nye sngt sdap..saye pg beli lg untk di bwk blk melake..untk bg ank2 merase..skrang dh blh buat sdiri..bahan nye pn mudah di cari..tk blh nk mkn sikit..sdap sangt..
BalasPadam