pergertian..
Masyarakat Melayu  memang terkenal dengan     sifat sopan santun, berbudi bahasa serta penuh dengan adat budaya  dalam menjalani     kehidupan seharian. Begitulah keadaanya dalam adat bersirih, setiap  bahan yang terkandung     mempunyai pengertian dan membawakan maksud tertentu.
| Dimengertikan  sifatnya         yang merendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain, sedangkan  dirinya sendiri adalah         bersifat pemberi. Ini disebabkan dengan sifat memanjat pohon  sirih di atas junjung atau         pokok sakat atau juga pokok api-api yang digemairnya dan dalam  masa yang sama tidak         merosakkan junjung itu. | |
| Melambangkan  hati         seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan  tertentu yang memaksanya ia         akan berubah lebih agresif dan marah. Walaupun kapur ini  diperolehi hasil prosesan         cengkerang kerang atau batu kapur, ianya berwarna putih bersih,  tetapi tindakbalasnya         boleh melecurkan. | |
| Dengan  sifatnya yang         kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati. Warna daun  gambir yang         kekuning-kuninangan serta melalui pemprosesan untuk mendapatkan  sarinya sebelum boleh         dimakan bersama sirih. | |
| Digambarkan  sebagai         lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya  serta jujur. Bersedia         melakukan sesuatu perkara dengan hati terbuka dan  bersungguh-sungguh. Ia memadankan sifar         pokok pinang itu yang tinggi lurus ke atas serta mempunyai buah  yang lebat dalam setandan. | |
| Melambangkan  seseorang         yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal. Ini  kerana daun tembakau itu         sendiri berasa pahit dan memabukkan apabila ianya telah dihiris  halus sebagai tembakau         serta tahan lama untuk disimpan. | 

Ulasan
Catat Ulasan
,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',