AKIKAH
Taarif:
-         menyembelih binatang ternakan sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kpd Allah swt.
|  | 
Waktu :
q       Bermula sebaik sahaja lahirnya bayi drp kandungan ibunya sehingga dia mencapai umur baligh.
q       Afdhal dilakukan pada hari ke tujuh selepas kelahiran bayi.
q       Kalau disembelih binatang sebelum selesai proses kelahiran,tidak sah akikah, hanya menjadi sembelihan biasa ajak.
 
 P/S : - Kalau kembar , bilangan atau bahagian binatang akikah mengikut bilangan kembar.
        - Hikmat ( lelaki, 2 ekor/ bahagian dan perempuan, 1 ekor / bahagian )
·               Menunjukkan bahawa kaum lelaki bakal memikul tanggungjawab yg lebih besar daripada perempuan.
Syarat Sah Akikah
- Sama dgn ibadah korban dari segi jenis, umur dan tidak cacat.
- Berniat akikah ketika menyembelih.
- Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
Perkara Sunat Ketika Menyembelih
v     Baca doa ketika hendak menyembelih.
v     Melakukan penyembelihan ketika matahari naik
v     Memasak daging akikah dgn masakan yang manis.
v     Melakukan akikah pada hari ke tujuh selepas kelahiran
v     Tidak memotong atau memecahkan tulang binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendinya sahaja.
Hikmat Akikah
·               Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. kerana dikurniakan anak.
·               Untuk menghebahkan kpd anggota masyarakat tentang anugerah yg dikurniakan Allah swt. kepada kita.
·               Untuk memulakan kehidupan anak dgn perkara-perkara kebaikan.
·               Mengeratkan hubungan kekeluargaan.
| 
 | 
| Korban | Perbezaan dari segi | Akikah | 
| 10,11,12 dan 13 Zulhijjah |   Waktu | Sejak lahir hingga baligh | 
| Wajib diberi kepada orang miskin |   Daging Sembelihan | Harus diberi kepada orang miskin dan kaya | 
| Sedekah daging mentah kepada orang miskin |   Cara Sedekah | Sedekah daging setelah dimasak manis | 
| Memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim |   Tujuan | Tanda syukur atas kelahiran | 
Persamaan di antara korban dan akikah
| q         Hukum kedua-duanya sunat muakkad | 
| q       Binatang   yg disembelih dari jenis al-an’am | 
| q       Melalui   sembelihan yg sah oleh hukum syarak | 
| 
 | 


Ulasan
Catat Ulasan
,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',