(Agama) Taat Suami..Taat Ibu..
Bismillahirrahmanirrahim.....
Sebuah  kisah pengajaran yang diceritakan oleh seorang rakan online kita.  Cerita berkisar tentang ketaatan yang sebenarnya menurut Islam. Ikuti  kisah ini:
              Setiap kali menjelang Ramadhan  tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun  telah berlaku berbelas tahun.  Di antara tazkirah ibu yang amat saya  ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu  Solat Subuh ibu akan  memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya –  ibu mempunyai 4orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua  orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum  hakam dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami   walaupun ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah  pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.
      Ibu: Apa yang nak ibu  cakap ni….dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan  Acik (anak    no.5).  Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.  Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan  berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama.  Betul tak?
        Ateh & Acik:      Betul, mestilah rumah ibu dulu..
        Ibu:                   Dengar dulu,  contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan  rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
        Ateh & Acik :     Rumah ibulah sebab dekat
       Ibu: Tidak, ibu tidak  izinkan kamu balik ke sini.  Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika  mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu.  Ibu tak kisah  hari raya yang keberapa sekalipun.
       Ateh:                Mengangguk..(tanda  faham… dia ni banyak ikut perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan  mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai  mengurut….diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam  pengetahuannya dalam Islam seperti ibu juga).
      Acik:                 Mana boleh macam  tu tak aci lah, kena gilir-gilirlah baru adil. (dia ni memang kaki  bangkang pun…..outspoken skit kalau dia tak puas hati)
       Ibu:                   Ingatlah…….jika  anak-anak perempuan tu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu  bapa nya di akhirat nanti…taatlah pada suami dan mentua
        Acik :                Macam kaum h****lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah emakbapak.
      Ibu:                   Bukan macam  tu……Islam tu indah..setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di  samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas  ketaatannya itu….. dan seperkara lagi…..untuk menjaga suami tidak  sesusah mana… hanya dua  perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu  mengikut ISLAM……JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaALlah dia  tak akan ke mana…..kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu  juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam  kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.
 Ditakdirkan Allah Ateh bernikah  dengan abang ipar yang yatim piatu……jadi setiap tahun beraya bersama ibu  manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap  tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua  di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah  Acik di Kedah).
 Dengan  takdir Allah ketika saya berada  di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga  tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa……terkejut campur gembira  agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk  berbual dengan abang ipar…
      Ibu :                  Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
     Abang ipar :      Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).
      Ibu :                  Adakah ini desakan dari isteri kamu?
      Abang ipar :      Tidak bu…….saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
       Ibu :                  Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
     Abang ipar :      Mereka tiada halangan..  (dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)
     Ibu :                  Izinkan ibu  bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial  no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu….lama  gak ibu bergayut dengan besannya).
 Emak kamu tak ada masalah kamu  sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima  kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.  Apabila habis  bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah.  Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo  ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat  membimbing anak-anak perempuannya kearah Islam tapi ibu amat kecewa  dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung  menjadi pak turut kepada isteri mereka.Bayangkanlah menantu perempuan  ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas  makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang  lain…(tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpat.)
     Semasa saya di tingkat 6 atas ibu  kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak  lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga……masalah  pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis  cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah  seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya  sendiri……sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku  sebagai seorang isteri yang solehah?……….berjayakah aku menjadi ibu  sepertimana ibu ku dulu? Ya ALlah,.berilah aku petunjuk dan pimpinlah  aku ke jalan yang engkau redhai…..Amin!
Moral:.Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu  sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para  isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka…syurga isteri itu terletak dibawak tapak kaki suami.....
Wallahualam.....

Hello there! I just would like to give you a big thumbs up for the excellent info you have got right hrre on this post.
BalasPadamI will bbe comng back to your bkog for more soon.
Also visit my web site - preventative health instead