Kreativiti DIY - Aktiviti Masa Lapang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menjalani ibadah puasa buat
 umat mislimin dan muslimat. Di bulan yang mulia ini, selain 
memperbanyakkan amal, apa kata jika anda ada masa terluang bolehlah cuba
 aktiviti menarik ini. Kreativiti DIY (Do it yourself) ini mungkin ada yang menarik perhatian anda untuk anda lakukan.
Boleh juga di berikan kepada anak-anak anda untuk memenuhi aktiviti masa lapang
 di petang hari sementara menanti waktu berbuka. Maklumlah...aktiviti 
bersukan dan beriadah seperti biasa mungkin tidak sesuai dilakukan di 
bulan puasa ini.
Ianya bukan sahaja dapat memenuhi aktiviti masa lapang tapi juga 
hasilnya menarik untuk menjadi hiasan mahupun mencantikkan ruang di 
rumah anda. Idea kreatif DIY ini untuk di kongsi bersama...
Bingkai gambar yang cantik ini tidak perlu di beli. Anda pun boleh buat sendiri.
Pelbagai saiz boleh anda buat mengikut kesesuaian gambar. 
Kini kabinet dan meja hiasan anda tidak lagi kelihatan kosong.
Bagaimana pula dengan hiasan meja yang comel ini. Nampak mudah 
dan tidak memerlukan belanja yang besar. DIY...anda buat sendiri ya!
Pasu bunga dari tin terpakai. Tentulah tidak menarik jika kosong saja, 
hanya berbekalkan plaster simen dan batu, hasilnya sebuah pasu yang
anggun bergaya.
Cara mudah untuk mencantikkan pasu bunga anda. 
Hasilnya pasti memikat! 
Begitu juga dengan tin kosong untuk bekas peralatan stationary anda.
Kreativiti DIY yang mudah untuk mencantikkannya. Cubalah... 
Cermin dirumah anda kosong tanpa bingkai? Cara mudah untuk menjadikannya 
anggun bergaya. Sebuah papan, gam dan pecahan pinggan porcelin atau tile 
terbuang mampu mengubahnya menjadi sebuah cermin yang pasti menawan
 setiap mata yang memandang.
Dinding di rumah anda kosong tanpa sebarang perhiasan...Nah!
Kreativiti DIY yang mengajar anda untuk membuat sebuah hiasan
dinding yang sungguh anggun dan mempersonakan sekali. 
Ini pula Kreativiti DIY yang mengajar anda cara mudah membuat reben 
hiasan yang boleh anda tampal dimana sahaja yang anda perlukan.
Diatas pula, beberapa Kreativiti DIY yang menggunakan pakaian buruk dan
tidak di gunakan lagi untuk dijadikan bebola hiasan yang sangat cantik.
Aktiviti yang bukan sahaja memenuhi masa lapang anda tetapi juga dapat
mengitar semula pakaian tersebut kepada sesuatu yang berguna.
Ini pula bagi anda yang mahu menghias halaman dengan kepingan batu
pemijak yang sangat menarik. Dengan menggunakan kepingan pecahan
pinggan porcelin, batu dan kaca bersama simen, maka terhasillah 
kepingan yang sangat unik dan menarik. Unik, tidak di jual dimana-mana...
Dibulan puasa ini, janganlah pula asyik nak membuta sahaja, walaupun 
tidur itu satu ibadah tapi jika berlebihan ianya menjadi makruh pula. 
Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Selain dari menambahkan amal ibadat...kreativiti DIY
 ini dapat memberi anda kepuasan dan hasilnya juga berguna untuk 
anda...mungkin untuk hiasan bagi mencantikkan rumah anda bagi menyambut 
kedatangan Syawal nanti.
Read more: http://www.facebook.com/RelexMinda http://relakssminda.blogspot.com/2013/07/kreativiti-diy-aktiviti-masa-lapang.html#ixzz2zmKExfCM
Original from Relex Minda FB Page
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial














sangat kreatif kan
BalasPadamTangan berseni sangat ni..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam