selamat tinggal Jamadilakhir...welcome Rejab..
Rejab Bulan Mulia
 
              REJAB boleh dikatakan sebagai bulan yang ditunggu 
kebanyakan umat Islam kerana sesiapa yang berpuasa dipercayai mendapat 
fadilat yang sangat besar. Sekadar perkongsian daripada diri ini untuk 
sama-sama saya dan anda semua amalkan.
Rejab
 bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang 
dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini 
dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini 
dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Pada artikel kali ini suka 
ana berkongsi tentang fatwa yang sudah di thabatkan dalam kalangan ulama
 dunia.
 Pertamanya,
 elok jika saya bawakan dalil al-Quran mengenai keistimewaan bulan Rejab
 ini. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 36, “Sesungguhnya 
bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (demikian) di dalam 
Kitab Allah, sejak hari Dia menjadikan semua langit dan bumi. 
Daripadanya adalah empat yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus. 
Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu pada bulan-bulan itu…” Prof Dr 
Hamka dalam Tafsir Al-Azhar menafsirkan ayat ini yang bermaksud: “Maka 
setelah bangsa Arab memeluk agama Tauhid, agama Hanif, yang dikenali 
sebagai Islam, yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail, diadakan 
empat bulan yang dihormati. Dihormati itu kerana pada keempat-empat 
bulan itu tidak boleh berperang dan tidak boleh balas dendam. Empat 
bulan itu ialah Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. tiga berturut-turut, 
dan yang satu lagi ialah bulan Rejab (bulan ketujuh).
Dengan penerangan yang diberikan oleh Prof Dr Hamka, keistimewaan bulan 
Rejab sama saja dengan tiga bulan yang lain iaitu Zulkaedah iaitu bulan 
untuk mempersiapkan diri untuk pergi menunaikan haji dan pada bulan 
seterusnya iaitu Zulhijjah. Kemudian, bermulalah bulan Muharam sebagai 
pembuka tahun baru dalam kalendar Islam yang sinonim dengan peristiwa 
Hijrah Nabi SAW dari Makkah ke Madinah.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya beliau berkata: 
“Rasulullah SAW apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda SAW berdoa; Ya 
Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan 
Syaaban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadan. 
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabarani) Malah, Abu Daud 
meriwayatkan bahawa Al Allamah Ibnu Hajar dalam tulisannya menyatakan 
Baginda SAW ‘memandubkan’ (sunat) berpuasa di bulan Haram. Berpuasa 
dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tidak ada satupun hadis sahih
 membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab, akan 
mendapat ganjaran istimewa.
Ahli panel fatwa IslamOnline, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika 
diminta memberi fatwa mengenai adakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu 
sunat atau bidaah, menyatakan bahawasanya berpuasa di dalam bulan Rejab 
adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat), ke atas semua perkara. 
Tetapi Rasulullah SAW tidak berpuasa satu bulan penuh melainkan hanya 
pada bulan Ramadan.
Malah, walaupun Baginda SAW banyak berpuasa di dalam bulan Syaaban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya.
Dalam hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud menyatakan bahawasanya:
 “Baginda SAW berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, 
Baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa.” 
Al-Qaradawi tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada 
bulan-bulan haram termasuklah bulan Rejab tetapi tidaklah sepenuh bulan 
Rejab dan Syaaban kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW mahupun
 para sahabat.
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Syarawi dalam fatwanya menjawab persoalan 
mengenai puasa sunat menyenaraikan lapan jenis puasa yang beliau sifat 
sebagai ‘puasa yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada 
Allah’ iaitu: Pertama, puasa hari Arafah (9 Zulhijjah khusus bagi mereka
 yang tidak menunaikan Haji). Kedua, puasa hari Asyura (10 Muharam). 
Ketiga, puasa enam hari di dalam bulan Syawal. Keempat, puasa hari-hari 
Putih di dalam bulan-bulan Islam iaitu pada hari ke-13,14 dan 15. 
Kelima, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu.
Keenam, berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, 
Muharam dan Rejab. Ketujuh, berpuasa sembilan hari daripada bulan 
Zulhijjah (dari 1 hingga 9 Zulhijjah). Kelapan, banyakkan berpuasa di 
dalam Syaaban.
Maka di sini, dapat saya simpulkan bahawa Rejab adalah bulan yang mulia 
sebagaimana bulan-bulan haram yang lain. Dalam bulan Rejab ini 
sama-samalah kita meninggalkan perbuatan yang dilarang dan diharamkan 
seperti menzalimi diri sendiri, serta memperbanyak ketaatan kepada Allah
 SWT dan memperbanyakkan membuat amal kebaikan. Marilah kita 
mempersiapkan diri untuk memasuki bulan Ramadan yang bakal menjelma dua 
bulan daripada sekarang agar termasuk sebagai Islam yang berjaya di 
bulan tersebut dan memperoleh Lailatul Qadar. Pada bulan ini jugalah 
berlakunya peristiwa besar seperti peristiwa Israk dan Mikraj pada 
tanggal 27 Rejab di mana yang memaktubkan solat fardu sebagai ibadat 
wajib yang perlu dilaksanakan umat Islam. Berpuasalah dalam bulan ini 
sekadar yang mampu tetapi janganlah sehingga melampaui batas.



Ulasan
Catat Ulasan
,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',