5 tanda rakan ada adalah ‘frenemies’ ( musuh dalam selimut ) dan cara atasi

Rasanya kebanyakkan manusia mengalami masalah yang sama iaitu rakan yang rupanya musuh dalam selimut. Adakah kita sedar mungkin kita musuh dalam selimut orang lain atau rakan baik anda sendiri yang rupanya ingin melihat anda jatuh? semua tidak mustahil terjadi dan bagaimana pula anda menggambarkan seorang kawan yang bertindak seperti musuh anda?
Seseorang yang anda fikir anda boleh percayai, tetapi rupanya tidak boleh? Seseorang yang membuat anda berasa lebih teruk sementara dia berpura-pura cuba untuk membuat anda berasa lebih baik? Orang ini bukan rakan anda. Tetapi juga bukan musuh anda. Dia adalah frenemy.  Tetapi bagaimana nak pastikan bahawa dia orangnya yang selama ini ingin menjatuhkan anda? Mungkin ini agak sukar untuk dipercayai tetapi orang-orang sebegini memang wujud di sekeliling anda.

Di sini adalah beberapa tanda bahawa anda sedang berurusan dengan frenemy ataupun musuh dalam selimut.

1. Pakar manipulasi.
Mereka tidak mahu yang terbaik untuk anda. Mereka mahu apa yang terbaik untuk mereka sahaja atau dengan kata lainnya pentingkan diri sendiri. Tetapi entah bagaimana mereka akan meyakinkan anda bahawa apa yang anda mahu ialah apa yang terbaik untuk mereka, dan apa yang terbaik untuk anda. Dia juga akan ambil peluang untuk ambil apa yang anda hajati. Ya, jika ada peluang dia mahu apa yang anda mahu dan ingin melihat anda menderita dan sedih.

2. Sentiasa mahu bersaing dengan anda.
Tak kiralah dalam apa pun sama ada lelaki, pakaian, gred, pekerjaan, wang semuanyalah. Yang paling penting untuknya adalah dia menang dan anda mesti kalah. Dia tak mahu kalah dengan anda. Jika dia mendapati anda lebih dari dia dari sesuatu aspek, dia akan cuba sedara upaya untuk menjatuhkan anda dalam diam tak kira dengan cara apa sekalipun.

3. Dia hanya ada bila dia perlukan sesuatu dari anda.
Alasan yang nampak mudah dan senang bagi seorang frenemy. Sudah berminggu-minggu tidak mendengar khabar darinya tiba-tiba bila dia memerlukan pertolongan anda, dia berbaik-baik dengan anda. Apabila anda memerlukan pertolongan darinya, dia sedaya upaya menjauhkan diri anda dan tidak menjawab panggilan, sms, Facebook dan juga mesej anda.

4. Dia menghina dan memuji anda pada waktu yang sama.
Contoh ayat ” Eh baju yang awak pakai tu cantiklah, tapi elok lah dari pakaian buruk awak yang selalu awak pakai tu”. ” beg tu cantik sangat, saya pun ada satu.. masa saya sekolah rendah dulu”. Pendek kata, dia mahu merendah-rendahkan anda dan tak mahu nampak anda lebih dari dia. Rakan yang ikhlas akan memuji bila perlu dan bantu serta beri tunjuk ajar jika anda melakukan kesalahan. Kalau puji dan hina dalam masa yang sama, rakan apa macam tu? Adakah dia tergugat dengan anda? Anda fikirlah sendiri.
Frenemy selalunya akan mencari cara dan merekacipta cerita untuk mengkritik dan memperkecilkan anda secara bukan terang-terangan. Mereka mungkin membuat hinaan halus mengenai berat badan anda, rumah anda, keibubapaan anda, atau aspek personaliti anda selalu melakukannya secara terbuka untuk memalukan anda.

5. Tidak jujur.
Anda telah menangkap dia menipu anda lebih dari sekali. Tetapi anda tak pernah memperbesarkan hal itu kerana bagi anda itu perkara kecil saja. Tetapi bukan dia. Jika dia menangkap anda membohonginya, dia akan menghukum anda dan tidak mahu langsung berkawan dengan anda seolah-olah anda penjenayah besar.  Frenemy juga mempunyai sikap yang kononnya dia bersumpah untuk menyimpan rahsia memalukan anda, hanya untuk memberitahu orang lain sebaik sahaja anda meninggalkan bilik.


Cara menghadapi situasi frenemy

1. Tetapkan sempadan dalam berkawan
Kalau dulu mungkin setiap hari atau setiap minggu anda berjumpa dan bertukar cerita dengan rakan ‘frenemy’ anda tetapi anda harus menetapkan sempadan. Menetapkan sempadan ertinya dia harus menghormati keperluan anda boleh membantu anda mentakrifkan semula hubungan  persahabatan itu dengan syarat. Menetapkan jenis sempadan boleh membantu anda menurunkan persahabatan kepada status “kenalan”. Dia tidak boleh memonopoli hidup anda lagi dan cuba untuk menjatuhkan anda dari dekat. Ya, dia mungkin akan cuba memburuk-burukkan anda kerana mungkin anda tidak mahu menghabiskan banyak masa dengannya seperti dahulu tapi sabarlah. Dia akan hilang dari hidup anda sepenuhnya selepas beralih kepada mangsa seterusnya.

2. Beritahu mereka apa yang anda rasa.
Walaupun sukar, ini adalah pendekatan yang paling mudah untuk berurusan dengan persahabatan ‘toksik’ jika anda masih berharap bahawa hubungan persahabatan anda boleh diselamatkan. Duduk dan bercakap dengan mereka tentang bagaimana tingkah laku mereka dan juga berterus terang. Kebenaran itu memang pahit tetapi jangan siksa diri anda dengan menelan segala kepahitan dalam persahabatan. Beritahu mereka mengenai sempadan baru persahabatan anda, mencadangkan kaunseling jika perlu.

3. Menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang baik dan positif.
Siapa cakap anda tak boleh mencari rakan baru yang positif dan tidak ‘beracun’? Masih tidak terlambat. Mungkin ada diantara anda yang tidak lagi mahu mempercayai kawan anda. Tapi jika anda menghabiskan masa dengan kawan-kawan dan keluarga yang hormat anda, ia boleh membantu anda mendapat beberapa perspektif positif dalam persahabatan. Kawan yang baik juga boleh memberi anda nasihat mengenai cara terbaik untuk menjauhkan diri dari persahabatan toksik anda dan memberikan sokongan kepada anda.

4. Putus kawan.
Ini merupakan cara yang paling sukar tetapi amat baik jika anda tidak mahu lagi ada persahabatan dengan kawan ‘frenemy’. Ada satu titik dalam persahabatan toksik di mana anda telah dizalimi begitu teruk – contohnya, mereka telah tidur dengan teman lelaki / wanita anda, mencuri harta anda, bercakap buruk mengenai anda, dan menfitnah serta menjatuhkan anda, dan makanya mungkin perkataan maaf itu tidak mencukupi. Dalam kes ini, anda perlu lakukan apa sahaja yang anda perlu lakukan untuk menghapuskan orang ini dari hidup anda sepenuhnya. Tukar nombor telefon anda. Menyekat mereka di Facebook atau laman sosial lain. Jika mereka mengugut anda, dapatkan perintah larangan. Ia agak kasar untuk seketika, tetapi ingatlah semuanya adalah untuk kebaikan anda juga.
Selalunya masalah kawan seperti ini akan mengganggu kehidupan anda dari segi mental dan fizikal terutamanya perempuan. Putus kawan merupakan jalan yang terbaik walaupun agak kejam. Tetapi bila anda ingat balik semua perkara kejam yang telah dilakukan olehnya, ianya satu tindakan yang adil. Berhati-hati memilih kawan kerana ramai je yang tak ikhlas zaman sekarang ni. :)

Ulasan



Catatan Popular