Ada ibu di tinggal-tinggal kan...

sedihnyer...

Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, mereka mendakwa ibu bapa membebankan serta menyukarkan mereka melakukan aktiviti harian.

“Lebih 80 peratus warga emas yang dihantar ke pusat jagaan kami mengalami masalah kesihatan itu.

“Alasan diberikan anak juga sebahagian besarnya sama, malah ada yang langsung tidak mahu ambil tahu lagi ibu bapa masing-masing selepas itu,” katanya di sini, semalam.

Menurut Norijah, malah ketika menghantar ibu bapa ke pusat jagaan berkenaan, ada anak tidak mengaku waris kepada warga emas itu.

Norijah berkata, selepas memutuskan hubungan itu, warga emas berkenaan terus ditinggalkan di pusat jagaan.

“Berikutan itu, kami perlu memikul tanggungjawab menjaga, malah menguruskan pengebumian warga emas yang ditinggalkan di pusat jagaan ini.

“Anak yang dihubungi pula enggan bertanggungjawab. Lebih malang, jumlah anak yang tidak kisah lagi dengan ibu bapa selepas dihantar ke pusat jagaan semakin meningkat,” katanya.

Menurut Norijah, ada 60 penghuni dengan 40 lelaki manakala selebihnya wanita di pusat jagaan berkenaan dan daripada jumlah itu, hanya segelintir anak masih mengunjungi ibu bapa mereka.

Katanya, sebahagian besar anak yang menyumbang wang tunai kepada pusat jagaan berkenaan untuk menampung perbelanjaan keperluan ibu bapa juga tidak menggunakan wang sendiri.

“Sebahagian besar menggunakan wang pencen ibu bapa sedangkan berdasarkan rekod, golongan berkenaan kebanyakannya berjawatan tinggi.

“Kami harap individu yang menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan ini supaya terus berkunjung dari semasa ke semasa untuk memberi sokongan moral kepada orang tua masing-masing,” katanya.

Menurut Norijah, pihaknya tidak meminta wang daripada waris sebaliknya mereka seharusnya perlu lebih bertanggungjawab kebajikan ibu bapa masing-masing sepanjang berada di pusat jagaan berkenaan.

Sementara itu, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, pihaknya boleh menawarkan elaun kepada individu terlantar dan pesakit kronik terlantar sebanyak RM300 sebulan.

“Ia bagi menggalakkan waris menjaga serta memelihara ahli keluarga atau pesakit kronik. “Selain meringankan beban waris, ia juga boleh mengelakkan ahli keluarga atau pesakit kronik berkenaan dimasukkan ke pusat jagaan,” katanya.

Menurut Manayi, pemohon bantuan berkenaan seharusnya penjaga sepenuh masa dan juga waris pesakit terlantar manakala pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Ulasan



Catatan Popular