Bloglist Kemerdekaan: semangat kemerdekaan semakin pupus
Sejak
kebelakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat
kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Gesaan ini memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak lagi
bersemangat kebangsaan seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau
dikatakan semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah
longgar, lemah, dan tidak bermaya seperti seseorang yang tidak makan 10 hari.
Pada marcapada yang pesat membangun dalam teknologi maklumat ini, semangat
patriotik adalah penting untuk membina jati yang kental dan kuat agar dapat
mewujudkan perpaduan nasional.
Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk
memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja kini. Pertamanya,
mereka hendaklah digalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk
kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta
pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan remaja kita sedar dan insaf,
bak kata pepatah “Tak kenal maka tidak cinta”.Kalau generasi muda tahu akan
pahit maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan
kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan
kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif.
Pihak sekolah pula hendaklah menanam
semangat cinta akan negara dalam diri setiap pelajar dengan mrnyelitkan
kecintaan kepada bangsa dan negara dalam setiap subjek seperti , bekerjasama,
tolong-menolong, bertoleransi serta berbudi bahasa. Para pendidik hendaklah
menggunakan beberapa minit daripada jadual pengajaran sesuatu mata pelajaran
untuk menanamkan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara. Pendidikan perlu
menyuntik semangat juang dan keyakinan diri dalam diri setiap pelajar. Mereka
perlu didedahkan dengan semangat “Malaysia Boleh” seperti yang dilakukan oleh
Datuk Azhar Mansur dan para pendaki Gunung Everest. Semangat cinta akan negara
juga hendaklah dipupuk pada peringkat awal persekolahan lagi.Ibu bapa hendaklah
mengasuh anak-anak mereka supaya menghormati keutuhan dan kedaulatan negara.
Selain itu,generasi muda hendaklah
digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah. Pemerhatian mereka kepada
kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk
mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ke
tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan
mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis,Belanda dan
Inggeris.
Di samping itu,golongan muda juga
perlu selalu didedahkan kepada Jalur Gemilang yang berkibar megah pada
sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya
dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada masa
depan. Mereka perlu diberi kesedaran betapa pentingnya erti kemerdekaan
terhadap sesebuah negara.
Terima kasih sudi join segmen bloglist kemerdekaan saya Ibu Ainul N Alif.
BalasPadamSaya dah masukkan blog Adna2029 dalam bloglist pokok2u saya. Terima kasih join.
PadamTerima kasih join. Saya dah masukkan dalam "Bloglist Pokok2u"
BalasPadam