segmen: kenapa kesihatan itu penting?
klik banner kalau sapa nak join ya..
Kenapa kesihatan itu penting...
- "Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit"
Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output)
berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga
membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka,
kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya
perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting
bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya
daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi
kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya
sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu
kesihatannya.
Dari segi pemakanan pula,masyarakat perlu menjaga pemakanan sesama
mereka demi penjagaan kesihatan. Masyarakat di negara ini, boleh
dikatakan terlalu mewah dengan segala jenis makanan. Pelbagai jenis
juadah makanan yang dimakan oleh setiap orang saban hari kadangkala
mengundang pelbagai jenis penyakit yang jelas berbahaya. Namun begitu,
masyarakat masih memandang rendah terhadap hal ini. Juadah yang dimakan
selalunya mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan
mereka sendiri. Lantaran itu, masyarakat hendaklah memilih makanan yang
berkhasiat agar dapat membendung daripada masalah ini. Tambahan lagi,
individu itu sendiri hendaklah pandai memilih makanan mengikut amalan
piramid makanan agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan
cergas.Selain itu,ahli masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk
mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat.
Akhir kata, seluruh ahli keluarga haruslah selalu bersenam demi
menjaga kesihatan dan pada yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama
keluarga.
Kepentingan menjaga kesihatan
• Dapat mengelakkan menjangkiti penyakit berbahaya
.• Kesihatan yang baik mampu membuat minda lebih terbuka dalam melakuka nperkara yang positif.
• Kita akan sentiasa berasa ceria dan mampu melakukan kerjaharian tanpa sebarang masalah.
• Dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu berjumpa doktor
.• Kerajaan dapat menjimatkan kos dalam sektor perubatan danboleh menggunakan wang tersebut untuk pembangunan negara.
• Anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan
.• Tidak akan mengalami masalah seperti menjangkti penyakit yang akan menangguhkan masa semasa menjalankan sesuatuperkara
.• Dengan tubuh badan yang sihat, anda boleh selalu ke Negaralain melancong untuk menambahkan pengetahuan anda
.• Anda boleh datang ke sekolah untuk mempelajari pelbagai ilmupengetahuan
.• Badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi.
• Mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktivitiriadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan.
• Sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sihat akan lebihmaju, aman dan harmoni
Tahniah ana..dapat hadiah saguhati contest#2 cik aann
BalasPadamAna,,jangan lupa bg details, Nama, Alamat n Hp number to my email. aann6485@gmail.com.
BalasPadamsinggah dari segmen yang sama
BalasPadamhttp://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/segmen-kenapa-kesihatan-itu-penting.html