Kemenangan Diperolehi Tetapi Merosakan Hubungan

Jangan pulak kita menjadi seperti ini yer..bERsengketa dan bergaduh-gaduh

amalkan membaca doa ini..

 

 Kusut diselesaikan, keruh diperjernihkan
Maksud : Pergaduhan (persengketaan) mestilah diselesaikan.
 
 
Nabi saw.  pernah bersabda: 
 
"Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan orang pada setiap hari khamis dan Isnin (dalam seminggu), lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, kepada setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali siapa saja yang terjadi antara dia dan saudaranya (seiman) sengketa permusuhan; iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)


"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]
 
jom baca tengok fakta ni
 
1. Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,Pelanggan tetap lari

2.Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan

3.Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,Tiada lagi masa hadapan di tempat itu,

4.Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5.Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

6.kalau kita gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7.Kalau kita Gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang kita tetap kalah

harapan ana semoga kita semua buat baik jagan gaduh-gaduh itulah yang terbaik..

Ulasan

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular