Petua Berkesan Atasi Tumit Kaki Pecah


Antara Faktor Yg Menyumbang adalah

  • Kurang minum air dan menyebabkan kulit mudah menjadi kering dan pecah
  • Pertambahan Berat Badan
  • Berlaku ketika hamil kerana pertambahan berat badan dan perubahan hormon
  • Berdiri terlalu lama
  • Tidak memakai selipar ketika dirumah yang berlantaikan simen dan mozek
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat
  • Terlalu lama memakai kasut tumit tinggi
  • Tidak memakai stokin ketika bersukan
Petua Berkesan Atasi Tumit Kaki Pecah | Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

8) Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukanpada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.

9) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

10) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

11) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.



Ulasan

  1. bagus entry nie tambah ilmu lagi

    BalasPadam
  2. salam jumaat and great piece of sharing, alhamdulillah sampai setakat ni belum mengalami masalah ni lagi...

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian..
    heee mmg tumit kaki sllu je pecah

    BalasPadam
  4. Saya lah yang x pakai.sliper dalam rumah tu.
    Sejuk kemain kalau pijak mozek/tile time hujan kan..
    Nak kene slipper dalam rumah satu ni:)

    BalasPadam
  5. Perkongsian yang menarik!. Insha-Allah.. Boleh cuba nanti.. =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular