Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow,
London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara
Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu demi
menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen
telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang
sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan
masing-masing keliru.
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta
Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar
cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan
harta dan kekayaan.
Azura Hanim, seorang model dan juga tunangan Zarief Danial selama tiga
tahun menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya
Azmeen. Azura yang selama ini gemar mengelak dari berbicara tentang
perkahwinan tiba-tiba sahaja meminta untuk mempercepatkan tarikh
perkahwinan mereka. Zarief Danial akhirnya mengambil keputusan drastik
dengan memutuskan pertunangannya bersama Azura demi cintanya terhadap
Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru tetapi mengakui Zarief Danial mempunyai
ciri-ciri lelaki ‘perfect 10’ yang diidaminya selama ini. Namun, Aleeya
perlu memilih di antara tanggungjawabnya terhadap Syed Muzaffar ataupun
cintanya pada Zarief Danial.
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen?
Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan
memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang diharapkan
selama ini?
Watak - Watak
Suamiku Encik Perfect 10
Galeri Gambar
Suamiku Encik Perfect 10
Ohh aaron aziz..
BalasPadamSaya memang minat dia.
Cerita pun best ja, mesti kena tengok ni
memang masuk astro gempak atau masuk cinema ni ?
BalasPadamFirst time tengok Lisa pakai tudung.
BalasPadamComel...
Well, a good start.
Ok.. Blh layanzzzz
BalasPadam