'Contest: Hijab, Let's wear it right!
klik banner kalau nak join ya
- Mengapa anda pilih untuk berhijab?
Berhijab merupakan kain yang menutupi bahagian kepala muslimah bagi menutup aurat. Melihat
pengertian hijab, begitu ringkas dan mudah difahami serta memperlihatkan
kewajipan umat islam khususnya kaum hawa ,supaya menutup aurat.Tidak
dapat dinafikan lagi muslimah pada hari ini sudah mula untuk
berjinak-jinak dengan mengenakan hijab atau tudung sebagai melengkapkan
diri sebagai muslimah sejati. Lihat sahaja selebriti tanah air yang
sudah mula berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik berlandaskan
syariat islam dengan mengenakan tudung semasa menghadiri sesuatu majlis
dan juga dimana sahaja.
- Pesanan anda untuk mengajak muslimah untuk berpakaian mengikut syariat.
seorang muslimah isu berhijhrah daripada “free hair” kepada
bertudung tidak perlu digembar gemburkan, kerana sebagai seorang
muslimah sejati tudung ataupun hijab merupakan element yang paling
penting bagi melengkapkan suruhan Allah s.w.t untuk menutup aurat.
Aurat
bagi muslimah adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Oleh itu, penghijrahan yang lebih bermakna adalah pinghijrahan antara
kita dengan Allah s.w.t sahaja. Bukan disebabkan mempunyai sebab dan
maksud tertentu bagi mendapat perhatian orang lain.
Media
tempatan di televisyen baru-baru ini telah menyiarkan mengenai golongan
lelaki yang berperwatakan lembut atau “makyah”, yang ingin kembali
kejalan yang benar. Yang lebih mengejutkan lagi ada dalam kalangan
mereka yang mengenakan hijab. Sejurus itu, saya terpaku dan berfikir
sejenak. Sedangkan mereka juga mempunyai keinginan untuk bertudung,
mengapa pula muslimah yang dikatakan , “srikandi syurga” tidak mahu
mengenakan hjab? mengikut kajian, golongan “mak nyah” ini kebanyakannya “free hair”
dan tiada pula yang mengenakan hijab. Oleh itu, dimanakah peranan anda
sebagai muslimah di muka bumi Allah s.w.t ini? Tepuk dada tanyalah
iman.
Ada juga dalam kalangan kita yang mahu menutup aurat secara beransur-ansur iaitu misalnya mulakan dengan memakai “turban”,
dimana hanya menutup sebahagian kepala sahaja dan mengeluarkan sedikit
anak rambut dan menunjukkan bahagian leher. Alasannya adalah, ingin
berubah sedikit demi sedikit dan tidak mahu melakukan perubahan secara
drastic agar nanti tidak dapat diterima oleh orang lain.
Persoalannya
disini, adakah kita semasa ingin memakai pakaian kita hanya memakai
seluar dahulu, selepas 3 tahun kemudiannya baru kita memakai baju, dan
diikuti tahun berikutnya kita memakai kasut pula?
Adakah begitu cara kita melengkapkan diri kita?
Sekiranya
kita benar-benar ikhlas berhijrah kerana Allah s.w.t kita seharusnya
berhijrah sebaiknya, tidak perlulah kita khuatir dengan apa sahaja
bentuk tomahan yang diberikan oleh masyarakat, asalkan kita ingin
merubah hidup kita kearah kebaikan Allah s.w.t akan membantu kita
merealisasikannya dan menunjukkan jalan kebenaran. Asalkan kita sentiasa
berdoa bersungguh-sungguh dan beristiqamah serta bertawakkal kepada
Allah s.w.t.
Akhir sekali , ingin saya berkongsi dengan pembaca mengenai hadith Rasulullah s.a.w
Yang
dipetik dari buku “80 sebab manusia masuk neraka” nukilan Abdullah
Al-Qari B. Haji Salleh, terbitan Darul Nu’man, beliau menulis bahawa
Imam Muslim dalam kitab Sahihnya, telah mendedahkan Hadith sumber Abu
Hurairah r.a yang memberitakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Ada
dua golongan yang bakal menjadi penghuni neraka: (Pertama) golongan
(penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang
digunakan untuk memukul orang
(maksudnya: pemimpin yang zalim).
(Kedua) perempuan yang (hanya) berpakaian tetapi (sebenarnya dikira)
bertelanjang (membogel), berlenggang-lenggok (waktu berjalan) menghayun
bahu kepala (sanggul) mereka bagaikan bonggol (enggoh) unta yang senget.
Kedua-dua golongan ini tidaklah akan masuk Syurga dan tidaklah akan
mencium bau wanginya, dan sesunguhnya(kesemerbakan) bau Syurga itu sudah
tercium dari perjalanan sekian dan sekian
(amat jauh untuk terhidunya)”
Ayuh
kita lihat satu persatu keadaan wanita akhir zaman yang telah
diterangkan oleh Rasulullah s.a.w adakah sifat tersebut terdapat pada
diri kita?
Atau mungkin pada rakan kita?
Atau adakah ada sifat tersebut dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri?
Oleh
itu marilah kita berusaha untuk merubah kehidupan kita kepada yang
lebih baik lagi mengikut landasan agama. Hijab bukanlah sekadar menutup
kepala sahaja, tetapi seharusnya dijadikan perisai bagi diri kita bagi
menjaga maruah kita sebagai muslimah yang sejati. Untuk mengenakan
sedikit fesyen pada hijab, tiada salahnya, asalkan ianya tidak
keterlaluan dan masih lagi pada etika dan landasan yang betul mengikut
syarak. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama
all the best yer...
BalasPadamBlogwalking.... done FOLLOW u # 610 :)
BalasPadamhttp://www.djmgroup.com.my/2015/03/contest-hijab-lets-wear-it-right.html
Assalamualaikum dear. Thanks join my contest. Masha Allah. Terharu sangat. Moga terus istiqamah dalam memakai hijab. Believe me, hijab make me you beautiful sis. May Allah always protect us. In shaa Allah. Btw, saya dah updated senarai peserta. Bolehlah berblogwalking. Do follow our organiser and sponsor okayy dear. Jazakillah kheyr.
BalasPadamAlhamdulillah, semoga dengan contest begini, mampu menjadi pemangkin mengajak orang lain untuk berhijab dengan sebenar-benarnya :)
BalasPadamfeel free to visit and follow superbchombi.blogspot.com
BalasPadami love to read your entry.
tq u all welcome my blog ya
BalasPadamAll the best Ana ;-)
BalasPadamAnda di tag .. :) http://www.dhiyaafraabella.com/2015/04/kata-kata-semangat-dari-awak.html
BalasPadamtq u all
BalasPadamAssalamu'alaikum. Good Luck dear! semoga dimurahkan rezeki :)
BalasPadam~ Sponsor ( http://www.nurulhidayahdiary.blogspot.com )
GUdluck.. :)
BalasPadam44 pemenang dicari!!!
Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang
Jemput join segmen bagi yang belum join. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..
Assalamualaikum. Singgah sini dari segmen sama :)
BalasPadamhttp://fiqadira.blogspot.com/2015/04/contest-hijab-lets-wear-it-right.html