Madah Hari Ini (Jumaat 6.3.2015)
Assalammualaikum semua..
Hari ini masih kuat dan gagah
mungkin esok nak bangun pun
termengah-mengah
Hari ini kalau tidak dibuat
suruhan allah
belum tentu esok ada lagi
peluang dari allah
Hari ini realiti yang mesti dilalui
dengan tabah
kerana esok hari belum pasti
boleh berubah
Hari ini ahli maksiat berasa
bangga dan mengah
esok hari mungkin menyesal
tidak sudah-sudah
Hari ibi berpakaian baju
dan jubah
Mungkin esok hanya kain kafan
yang tiada lagi gah
Hari ini berpijak di atas tanah
boleh jadi esok sudah jadi
penghuni dalam tanah
Hari ini berkenderaan serba mewah
mungkin esok hanya ada kereta jenazah
Hari ini janganlah bermegah-megah
kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah
Hari ini banyakkan doa dan haap pada allah
semoga esok hidup dalam redha allah
Hari ini kuatkan taat,amal ibadah
esok terimalah ia dengan tabah
Hari ini andai ada silap dan salah
jangan tunggu esok untuk istifar dan taubah
Hari ini kita dalam takdir allah
besok hari hanya dalam ilmu allah
Hari ini kita berukhuwah dan bermadah
Semoga esok dikumpulkan bersama di jannah
Insyaallah
amen
BalasPadam"Hari ini andai ada silap dan salah
BalasPadamjangan tunggu esok untuk istifar dan taubah"
Inshaa Allah :)