Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Hasil carian imej untuk assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur ana berjaya ke pusingan seterusnyer..ana adalah 50 yang layak dalam 

Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk 

 

di blog kak mialiana.com


Awan nano awan kumulus,
Langit muram mendung tiba;
Parasku jelita tidak terurus,
Wajahku masam seperti cuka.

Jom Kita tengokk apa yang telah My Beauty Herbs merubahkan wajah ana dari hari ke hari..

Produk yang dah sampai ke tangan ana untuk ana mencuba keberkesanan terhadap wajah ana yang bermasalah ini..kalau betul2 di perhati memang kulit muka ana sgt2 bermasalah memang mengharap sangat ia dapat merubah wajah ana menjadi bersih dan sihat..
Produk yang ana gunakan sepanjang 30 hari..

di sini nak bg taw yer bau sabun dia wangi sangat suka ana
selepas kita menggunakannya ia dapat
Menegangkan  kulit wajah kita yer
Jom kita tengok pic ana

sebelum 
ana menggunakan produk ini

masalah yang ana hadapi

1. warna kulit muka tak sekata kelihatan tompok-tompok putih di setiap sudut wajah muka ana
2. kulit muka ana yang kusam
3. black head dan white head ketara kelihatannya
4. wajah ana kelihatan tua
5. kulit wajah kering
6.mempunyai jeragat yang ketara kelihatannya


Selepas

 7 hari memakai/menggunakan produk MBH


hasil dari menggunakan selama 7 hari ana dapati masalah tompokan putih di pipi kiri ana semakin kurang tapi masih lg kelihatan produk My Beauty Herb ni telah menjadikan kulit muka ana semakin bersinar..

                                                       14 hari memakai/menggunakan produk MBH

 Produk ini telah merangsang pembaharuan dan penjanaan kulit serta pemburu radikal bebasdi wajah ana , lihat lah wajah ana  semakin hari semakin ada perubahan.tompokan putih semakin mengecil tp masih kelihatan lagi..selain itu ia juga dapat Membekalkan mineral, nutrisi dan asid amino.


                                                    20 hari memakai/menggunakan produk MBH

Semakin hari ia dapat memberikan wajah saya  dalam memperbaharui sel-sel kulit mati yang mampu untuk Membantu menegangkan kulit.Produk ini juga membuat wajah saya semakin bersih dan bersinar yang mana ia mampu menghapuskan parut, jerawat dan jeragat.

25 hari memakai/menggunakan produk MBH


Hasil dari hari ke hari saya dapati produk ini semakin sesuai dengan kulit wajah ana. Ia dapat Melindungi kulit wajah ana daripada sinaran  UV.Selain dari itu ia Mengalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang mana tompokan putih di pipi semakin berkurangan dan semakin mengecil serta jeragat pun tidak kelihatan lagi.Produk ini juga telah membaiki dan memperbaharui sel-sel kulit mati yang selama ni sudah berkarat di muka ana hihiii.


28 hari memakai/menggunakan produk MBH


 hasil setelah menggunakannya sangat best la sungguh teruja di hati
sebab ana ni bukan jenis yang suka bermakeup dan sebagainya.merupakan  seorang yg simple sahaja..
ana dapati :
kulit wajah ana  

1.Wajah ana lebih sihat dan lebih muda.
2. ia boleh Melembut dan melicinkan kulit wajah.
3. ia dapat Mencerah, menggebu, melembap, melembut dan menegangkan wajah.
4.  Kulit ana  nampak cerah dan licin.
 5. Menjadikan tona kulit ana  lebih sekata,lembut dan berkilau.

kini saya bebas untuk berjumpa dengan rakan2 di luar sana..saya tidak lagi rasa malu dengan tompokan putih yang terdapat di muka saya..


pic yang di ambil pada 12.04.2015 sewaktu menghantar ibunda pulang menaiki bas..
muka yang fresh tanpa sebarang makeup..nampak muka gebu dan berseri-seri jer..
bersih dan nampak ana semakin muda dari usia..
PRODUK ini membuat kan ana semakin berkeyakinan..
alhamdullillah insya ALLAH :)

u all nak try boleh lah
jengok di butiran seperti di bawah yer

Selamat membeli dan mencuba
Alamat :
 My Beauty Herbs (002119891-M)
67- 1, Jalan Mahkota Residence, Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras Selangor.
No tel :
+6011 28090446
Email :
 Facebook :
Website :








Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.






Ulasan

  1. WAH AKAK .. PERUBAHAN YG KETARA LA :) TAHNIAH ..

    GUDLUCK

    BalasPadam
  2. Salam... Terima kasih sudi hantar entri review ini di

    http://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster.html

    Entri ini layak untuk ke peringkat seterusnya di

    http://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster_27.html

    Keputusan akan diumumkan pada 11 Mei 2015.

    Gud luck (^_^)

    - Mia Liana -

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular