Puding Semarak Kasih

Puding Semarak Kasih 

koleksi dari : Majalah Keluarga

Sebagai sajian minum petang tatkala waktu senggang bersama suami dan anak2, anda boleh menyediakan Puding Semarak Kasih yang cukup mudah untuk mendapatkan bahan-bahannya. Puding ini tahan beberapa hari jika disimpan dalam peti sejuk dan enak dinikmati bersama coklat cair, aiskrim ataupun krim putar.
 
Bahan-bahan:
Satu paket agar-agar
Satu tin susu cair
Satu tin buah-buahan campur
5 sudu makan gula
Sedikit air
 
Cara-cara membuat:
  1.  Panaskan periuk dan masak agar-agar  dengan air dan biarkan hingga ia hancur.
  2. Masukkan gula dan kacau perlahan. Biarkan mendidih seketika.
  3. Kemudian masukkan pula susu dan juga buah-buahan campurkan. Kacau perlahan-lahan. Biarkan hingga mendidih dan angkat.
  4. Tuangkan dalam mangkuk dan biarkan ia keras. Bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Hidangkan bersama coklat cair, aiskrim ataupun krim putar di atasnya.

Ulasan

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular