Surah Amalan Ibu Mengandung
Nikmat
mengandung dan melahirkan anak adalah nikmat yang cukup berharga yang
dikurniakan Allah SWT kepada wanita. Pengalaman selama tempoh mengandung
dan melahirkan adalah cukup indah dan berharga. Tempoh mengandung
adalah detik emas
yang seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh bakal ibu dan ayah.
Semasa mengandung, bakal ibu sangat digalakkan untuk memperbanyakkan
amal ibadah antaranya bertaubat kepada Allah SWT, membanyakan zikir dan
doa serta membaca Al-Quran. Setiap surah yang ada di dalam Al-Quran
mempunyai kelebihannya tersendiri. Antara surah amalan ketika mengandung
ialah surah al-Fatihah, surah Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman.
Surah al-Fatihah
Ibu
mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap
hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh
ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada
perkara mazmumah..
Surah Yusuf
Surah
Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan
Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang
bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan
agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian
Surah Luqman
Dalam
pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang
wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan
kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung
dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam
kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang
tersirat apabila lahir ke dunia, insya-Allah.
Surah Maryam
Ibu
yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam
agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang
sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga
memudahkan ibu semasa melahirkan anak.
Dipetik dari blog : http://www.kisahwanita.com/surah-amalan-ibu-mengandung
thansk sharing..saya pun ada amalkan surah2 ni sekarang ni
BalasPadam