Berbudi Pada Tanah Hasilkan Tanaman Berkualiti

Pepatah arab ada mengatakan... "man jadda wajada... man zara'a hasoda"...
sesiapa yang bersungguh-sungguh, pasti akan dapat...
sesiapa yang menanam pasti akan menuai"

hurmmm bestkan duk di kampung yang mempunyai halaman luas..lagi2 anak felda muhahha ana suka suasana kampung ana hakhakahkk sebab apa bolehh tanam mcm-macam oo antaranya mestila tanaman berbunga syokk ja bila bangun pagi tgk bunga duk kembang mekar ada bermacam-macam warna segar ja mata memandang..

ni hasil yang ana snap ada bnyk lg bunga-bunga di halaman rumah ana yang xsempat nak snap sebab ada pengacau yg sibukk muahahha anak-anak ana ni pantang tgk ibu depa duk pegang handfone depa pun nak juga try sama muahahaa ..

now 

mak n ayah sibuk duk tanam cili dalam polibag konon-konon nak buat kebun mini gitu hihiii seronok juga sesekali main tanah kan..yg pastinya hasil mesti kebabomm maklum la mahai sangat harga cili dipasaran sekarang ni..so alternatifnya kita beli benih kita tanam sendiri..hahhaa

buah-buahan pun banyak gakk hihii u all nak taw dak ana n family pencinta buah-buahan pantang ada depan mata mesti licin liuw gitu huhuuu buah mata kucing dalam proses mybe raya haji ni dapatlah ahsilnya begitu jua buah rambutan,cempedak,belimbing ,pisang wow sapa nak makan mehh datang ke rumah ana free ja ana nk bagi hahahha..mkn lah sepuas hatii..

PANTUN BUDI

Payah kami menabur padi
Nenas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Emas juga dipandang orang

Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Jentayu burung jentayu
Hinggap dibalik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang bertanam musuh
Marilah kita bertanam budi

Ayam jantan siayam jalak
Jaguh Siantan nama diberi
Rezeki tidak saya tolak
Musuh tidak saya cari

Jikalau kita bertanam padi
Senanglah makan adik-beradik
Jikalau kita bertanam budi
Orang yang jahat menjadi baik

Baik-baik makan keladi
Keladi itu ada miangnya
Baik-baik termakan budi
Budi itu ada hutangnya

Buah nenas bawa berlayar
Dimakan sebiji di Tanjung Jati
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Tenanglah tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung

Cindai bercorak penuh berpita
Pakaian anak Panglima Garang
Emas dan perak pengaruh dunia
Budi yang baik dijunjung orang


Jangan suka mencabut padi
Bila dicabut hilang buahnya
Jangan suka menyebut budi
Bila disebut hilang tuahnya

Kalau keladi sudah ditanam
Jangan lagi meminta talas
Kalau budi sudah ditanam
Jangan lagi meminta balas

Singgah ke pulau menggali ubi
Kalau ke beting berdayung juga
Sepuluh kali kita berbudi
Kalau miskin terbuang juga

Sudah lama memakai gelang
Gelang berukir sirama-rama
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama

Mati kayu karena benalu
Patah layu dahannya mati
Mati Melayu karena malu
Kalah Melayu termakan budi

Mencari ikan belida
Terpancing pula si ikan keli
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Jauh sungguh pergi mandi
Setapak jalan lewatkan huma
Berat sungguh menanggung budi
Seribu tahun takkan lupa

Ragi pulut dalam kati
Tapai manis dalam kuali
Selagi hidup dalam pekerti
Sampailah mati dalam budi

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
lalu diambil untuk dimakan
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati
budi tuan tuhan balaskan

Kain prai baju prai
Pakaian anak raja Yamtuan
Badan berkecai tulang bercerai
Barulah lupa budimu tuan

Ulasan

  1. Balasan
    1. mencucuk dgn kasih sayang memang berhasil lah anum hihii:)

      Padam
    2. mencucuk dgn kasih sayang memang berhasil lah anum hihii:)

      Padam
  2. bertuah la ana. ada ruang nak cucuk tanam.
    umah aida ni hah sekangkang kera jer.
    takde tanah langsung. semua dlm pasu jer.

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular