Evolusi Nama Anak Dari Tahun Ke Tahun

puas aih boh nama anak panjang berjela tp di panggilnya pendek seketot ja huhuuu macam ana 3 anak yag pertama NUR AINUL MADHIHA panggilan manja kakak, ainul atau dhiha..yang ke dua MUHAMMAD ALIF AMSYAR panggilan manja alif ,abg atau amsyar dan yang ke tiga MUHAMMAD AISY AQRAM panggilan manja dia adik dan aisy sahaja..tu la kalau kita ni jenis terikut2 sangat esok2 anak nk tulis kat buku pun xcukup nama pak hahahaha..lagi la boh belit mcm2 aishh gena la so pikir2 la wahai ibu nama anak anda yg terbaik yang rasa rsional sudah la..
tapi secara rasionalnya
Disunatkan memberi nama kepada bayi pada ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Nabi s.a.w.;[1]
ููููู ุบููุงูู
ู ุฑูููููู ุจูุนููููููุฉู ุชูุฐูุจูุญู ุนููููู ููููู
ู ุณูุงุจูุนูููุ ููููุญููููู ููููุณูู
ููู
โSetiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi namaโ. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)[2]

Namun terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. pernah memberi nama kepada bayi pada hari dilahirkan. Antaranya ialah hadis dari Abu Musa al-Asyโari r.a. yang menceritakan;
ููููุฏู ููู ุบููุงูู
ูุ ููุฃูุชูููุชู ุจููู ุงููููุจูููู -ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู- ููุณูู
ููุงูู: ุฅูุจูุฑูุงูููู
ูุ ููุญูููููููู ุจูุชูู
ูุฑูุฉู ููุฏูุนูุง ูููู ุจูุงููุจูุฑูููุฉู
โTelah dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Nabbi s.a.w., maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknyaโ. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jadi, yang menjadi sunnah dalam menamakan bayi ini ialah menamakannya pada hari ketujuh atau pada hari ia dilahirkan. Ini ditegaskan oleh Imam Nawawi dalam al-Azkar; โYang menjadi sunnah ialah menamakan bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari kelahirannyaโ.[3] Walau bagaimanapun, Imam Bukhari telah bertindak menghimpunkan antara dua sunnah ini dengan menjelas; โHadis-hadis yang menyebutkan hari kelahiran dimengertikan bagi orang yang tidak berniat melakukan aqiqah[4], dan adapun hadis-hadis yang menyebutkan hari ketujuh maka dimengertikan bagi orang yang ingin melakukan aqiqah bagi anaknya[5]โ.[6]
Jika bayi yang dilahirkan ditakdirkan mati sebelum diberi nama, disunatkan juga diberi nama kepadanya. Begitu juga, sunat memberi nama anak yang gugur.[7]
Dalam masalah meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara berikut;[8]
a) Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Nabi s.a.w. bersabda;
ุฅูููููู
ู ุชูุฏูุนููููู ููููู
ู ุงููููุงู
ูุฉู ุจุฃุณูู
ุงุฆููู
ู ูุฃุณู
ุงุกู ุขุจุงุฆูููู
ู ูุฃุญูุณููููุง ุฃุณูู
ุงุกูููู
ู
โSesungguhnya kamu sekelian akan diseur/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamuโ. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.;
ุฅููู ุฃุญูุจูู ุฃุณูู
ุงุฆููู
ู ุฅูู ุงูููู ุนูุฒูู ููุฌูููู ุนูุจูุฏู ุงููููุ ููุนูุจูุฏู ุงูุฑููุญูู
ููู
โSesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahmanโ. (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
โSesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahmanโ. (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w.;
ุชูุณูู
ูููุง ุจุฃุณูู
ุงุกู ุงูุฃููุจููุงุกูุ ููุฃุญูุจูู ุงูุฃุณูู
ุงุกู ุฅูู ุงูููู ุชูุนุงูู ุนูุจูุฏู ุงูููู ููุนูุจูุฏู ุงูุฑููุญูู
ููุ ูุฃุตูุฏููููุง: ุญูุงุฑูุซู ูููู
ููุงู
ูุ ูุฃููุจูุญููุง: ุญูุฑูุจู ููู
ูุฑููุฉู
โBerilah[9] nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrahโ. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; โSeorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu โMuhammadโ. Lalu kaumnya berkata kepadanya; โKami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah s.a.w.โ. Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi s.a.w. dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi; โYa Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya โMuhammadโ, lalu kaumku berkata kepadaku; โKami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Rasulullah s.a.w.โ. Lantas Nabi menjawab;
ุชูุณูู
ููููุง ุจูุงุณูู
ููุ ูููุงู ุชูููุชููููุง ุจูููููููุชููุ ููุฅููููู
ูุง ุฃูููุง ููุงุณูู
ูุ ุฃูููุณูู
ู ุจูููููููู
ู
โBerilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamuโ. (Riwayat Imam Muslim)
โBerilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamuโ. (Riwayat Imam Muslim)
Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Nabi s.a.w. telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.
d) Menurut mazhab Syafiโie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulamaโ memakruhkannya. Berkata Qadhi โIyadh; โTelah memakruhkan sebahagian ulamaโ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sinโ.[10]
e) Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, โAshiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.
Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Nabi s.a.w.;
ูุงู ุชูุณูู
ููููููู ุบููุงูู
ููู ููุณูุงุฑุงูุ ูููุงู ุฑูุจูุงุญุงูุ ูููุงู ููุฌููุญุงูุ ูููุงู ุฃูููููุญูุ ููุฅูููููู ุชูููููู: ุฃูุซูู
ูู ููููุ ูููุงู ูููููููุ ููููููููู: ูุงูโ. ุฅููููู
ูุง ููููู ุฃูุฑูุจูุนูุ ูููุงู ุชูุฒููุฏูููู ุนูููููู.
โJanganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; Apakah ada di sana (Yasar[11], Rabah dan sebagainya itu)? Lalu ia menjawab; โTidak adaโ. Sesungguhnya nama-nama itu hanya empat. Maka jangan kamu menambah ke atas apa yang aku sebutkan itu[12]โ. (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

Menurut Imam Nawawi, faktor dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) ialah; buruk/jeliknya jawapan dan juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian orang ke dalam suatu bentuk perbuatan menengok untung/nasibโ.[13] (Contohnya; apabila ditanya; โAdakah di sana ada Rabah (yang bermaksud; untung)?โ, lalu dijawab; โAdaโ. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).
f) Diharamkan memberi nama dengan nama โMalikul-Amlakโ yang bermaksud; โRaja bagi segala rajaโ.
Sabda Rasulullah s.a.w.;
ุฅููู ุฃุฎูููุนู ุงุณูู
ู ุนูููุฏู ุงูููููู ุชูุนุงูู ุฑูุฌููู ุชูุณูู
ููู ู
ููููู ุงูุฃู
ููุงูู
โSesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlakโ. (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)
โSesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlakโ. (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)
Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda;
ุฃูุบูููุธู ุฑูุฌููู ุนูููู ุงูููู ููููู
ู ุงููููููุงู
ูุฉูุ ููุฃูุฎูุจูุซูููุ ุฑูุฌููู ููุงูู ููุณูู
ููู ู
ููููู ุงูุฃูู
ููุงูููุ ูุงู ู
ููููู ุฅููุงูู ุงูููููู
โLelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allahโ. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Berkata Imam Nawawi; berkata para ulamaโ; memberi nama dengan nama ini (yakni Malikul-Amlak) adalah haram.[14]
g) Hendaklah dijauhi dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-โUzza (Hamba Tuhan โUzza) dan sebagainya. Menurut Syeikh Abdullah Nasih โUlwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulamaโ.[15]
h) Begitu juga, hendaklah dijauhi dari memberi nama dengan nama-nama yang menggambarkan hilang/leburnya jati-diri (sebagai seorang muslim), meniru-niru (nama orang bukan Islam) dan nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama Huyam (gila berahi), Susan dan sebagainya.[16]
i) Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi s.a.w. telah melakukannya kepada para sahabat baginda.
Ibnu Umar r.a. menceritakan;
ุฃูููู ุฑูุณูููู ุงูููู -ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู- ุบููููุฑู ุงุณูู
ู ุนูุงุตูููุฉู. ููููุงูู: โุฃูููุชู ุฌูู
ููููุฉูโ.
โSesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) โAshiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); โKamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)โโ. (Riwayat Imam Muslim)

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya -yang bernama Hazn (bermaksud; susah/sedih)- telah datang kepada Nabi s.a.w., lalu baginda bertanya kepadanya; โApa nama kamu?โ. Jawab bapaku; โHaznโ. Lalu Rasulullah berkata; โKamu adalah Sahl (yakni Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bermaksud; mudah). Namun bapaku berkata; โAku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapakuโ. Said berkata; โ(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah huzunah (yakni kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnyaโโ. (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)
***ูุงููู ุฃุนูู
ุจุงูุตูุงุจ***
NOTA HUJUNG
[1] Al-Majmuโ, jil. 8, hlm. 326.
[2] Lihat hadis ini dalam Ad-Darari al-Madhiyyah, hlm. 391 dan al-Majmuโ, jil. 8, hlm. 326.
[3] Al-Azkar, kitab al-Asmaโ.
[4] Yakni bagi orang yang tidak berniat melakukan aqiqah pada hari ketujuh disunatkan ia memberi nama bayinya pada hari dilahirkan.
[5] Yakni bagi sesiapa yang berniat untuk melakukan aqiqah untuk anaknya pada hari ketujuh, disunatkan ia menunggu hingga hari ketujuh untuk mengisytiharkan nama anaknya iaitu bersama dengan menyembelih aqiqah dan mencukur rambut.
[6] Al-Iqnaโ, jil. 2, hlm. 826.
[7] Al-Majmuโ, jil. 8, hlm. 327.
[8] Al-Majmuโ, jil. 8, hlm. 325-329.
[9] Al-Amar (suruhan) di sini menurut Imam al-Minawi bermaksud al-Ibahah (Pengharusan) (Lihat Faidhul-Qadier, hadis no. 3300).
[10] Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 14, Kitab al-Adab (bab an-Nahyi โan at-Takanni bi abil-Qasim wa Bayani ma yustahabbu minal-Asmaโ).
[11] Sebagai contohnya; seseorang itu diberi nama Yasar oleh bapanya yang bermaksud โmudahโ. Maka suatu hari bapanya bertanya seseorang; โApakah Yasar ada di sana?โ. Lalu dijawab; โTidak adaโ. Jawapan ini boleh difahami oleh orang yang mendengar sebagai โtidak ada kemudahanโ, walhal yang dimaksudkan oleh bapanya itu ialah anaknya yang bernama Yasar itu. Maka nama sebegini bagi sesetengah orang dijadikan sebagai satu cara untuk menengok untung/nasib bagi sesuatu perkara atau hari.
[12] Kata Imam Nawawi; maksudnya ialah; jangan kamu menaqalkan dariku lain dari yang empat ini (yakni; aku hanya menyebutkan empat sahaja. Maka jangan kamu mengada-ngadakan yang lainnya dengan mengatakan aku menyebutnya). Ini โmenurut Imam Nawawi- tidak bermakna dilarang menqiaskan nama-nama lain di atas empat nama ini yakni yang memberi implikasi serupa dengannya, kerana maksud larangan tersebut ialah menyandarkan kepada Nabi apa yang tidak disebutnya. (Rujuk; Soheh Muslim bisyarhi Nawawi, jil. 14, Kitab al-Adab, Bab Karahah at-Tasmiah Bil-Asmaโ al-Qabihah).
[13] Soheh Muslim bisyarhi Nawawi, jil. 14, Kitab al-Adab, Bab Karahah at-Tasmiah Bil-Asmaโ al-Qabihah.
[14] Al-Majmuโ, jil. 8, hlm. 328.
[15] Tarbiyatul-Aulad, jil. 1, hlm. 87.
[16] Tarbiyatul-Aulad, jil. 1, hlm. 87.

Kadang terfikir, apa la maksud panjang berjela tuu
BalasPadamkan sally:)
Padamzaman makin maju..
BalasPadamNama juga semakin maju dan panjang..Kikiki
kalau nama ayah dah panjang dan anak pulak letak nama lagi panjang..
nanti kesian kat bakal suami nak sebut nama bakal isteri yang panjang berkilometer..kikiki
Posting terbaru AM
Rumah Idaman : Cat Pintu Utama dan Pintu Bilik
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
ingt ya jgn boh nama anak beli2 sgt payah nnt..
PadamSekarang nie, memang ada ibu bapa bangga mempunyai nama anak yang panjang2 tapi mereka tak sedar impak akan datang, camne nak diakad nikah tue nanti.. Kesian pada bakal menantu nak menyebut dengan satu lafaz andainya nama pengantin perempuan tue mempunyai aksara yang cukup panjang..
BalasPadamkesian kat pihak lelaki rasa2 2,3 n 4 kali juga la kot nak akad lafaz tu..sedihkan..dunia la ni kejaq glamourr u
PadamNama yang pelik-pelik bukan saja menyukarkan, namun biarlah ianya mempunyai erti yang baik-baik. Tp, yang paling penting biarlah tuan punya nama mempunyai jatidiri yang elok. Bukannya sekadar hebat pada nama
BalasPadam