Ujian Pap Smear Untuk Wanita Yang Berkeluarga

ujian pap smear - women online magazine

wah wah gempaq la tajuk posting blog ana muahahha bukan apa perkara molek harus di kongsi bersama kan..hahha ana firts time baru nak buat ujian ni hihii 7thn kawin baru terasa nk melakukan ujian pap smear ni hahha anak dah 3 orang dahh misi pun terkejut ooo...semalam 08.10.2016 hari sukan negara nasib la misi mai buat kat taman tempat ana sempena hari sukan tersebut so ana pun ambik la peluang untuk melakukan ujian ini..harap-harap sihat lah dari sebarang masalah ..tapi masalah keputihan sahaja hurmm..

korang dah ka belum buat ujian ni jom la buat sebelum terlambat dah kena baru nak menyesal..tak rasa sakit pon bagi ana la..lagipun sekejap ja proses dia..

jom baca apa yang di maksudkan dengan pap smear

Apa itu Pap Smear?
Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou yang dicipta oleh Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962). Sedikit tisu diambil dari pangkal serviks ketika ujian ini dijalankan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi menjadi kanser.

“Sel serviks biasanya tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel normal akan berubah dalam jangka masa tertentu di antara dua hingga 10 tahun sebelum menjadi sel kanser.” Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Paul Tay Yee Siang


Bilakah seseorang wanita itu harus melalukan ujian Pap Smear?
Adalah disarankan wanita yang telah berkahwin , pernah melahirkan anak dan wanita yang pernah melakukan hubungan sex menjalani ujian ini bagi mengesan sebarang keabnormalan pada sel servik. Sekiranya anda berumur antara 20 – 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun dan sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali

Waktu yang sesuai untuk menjalankan ujian ini adalah pada hari ke-10 kitaran haid dan ianya tidak boleh dikakukan semasa anda didatangi haid. Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.Jangan lakukan ‘duoche’ atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly ‘lubricant’ 2 hari sebelum ujian dijalankan.

PENTINGNYA PAP SMEAR KEPADA WANITA

Dari ujian Pap Smear yang dijalankan, doktor dapat mengesan polip dan jangkitan yang dipelorehi dari sel servik. Pengesanan awal ini dapat membantu mengesan sel-sel yang berpotensi membentuk kanser dan membuat rawatan awal bagi menghalang sel kanser dari merebak serta peluang untuk sembuh adalah cerah.

Wanita yang tidak pernah menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser servik kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian Pap Smear boleh mengesan dan mencegah terjadinya kanser. Kebanyakkan wanita Malaysia sukar untuk menjalankan ujian ini atas dasar faktor MALU dan inilah yang menjadi penyumbang kepada penyakit kanser yang kebiasaaanya berada pada tahap 3 atau 4.

Sebab itu pentingnya ujian Pap Smear ini dilakukan oleh para wanita di Malaysia.. Cegah sebelum ia terjadi dan merebak.

Ulasan

  1. Perasaan malu dan takut mmg ada, tapi kene letak tepi untuk buat ujian ini...

    ujian ini sebenarnya bagus sekali untuk wanita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu setuju sgt bila ada perasaan MALU penyakit pun xdpt di kesan..

      Padam
  2. Cikla pun baru ingat nk buat. Itupun doktor dik bising suruh buat. Anak dh 4 dh kot... Hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cepat cikla p buat tak sakit pun sat ja proses dia..

      Padam
  3. kena tukar pakaian tak buat pap smear?

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular