6 Blog Yang Pasti Berguna Untuk Anda
hai u all sihat ka dakk..hahha macam mana keadaan u all semua ok ka KO hahhaaa..ana harap ok lah nohh..cuaca sekarang tak menentu..adakalanya hujan adakalanya panas..so harap semua tak dak masalah lah nohh..opss terlebih sudahh..korang ana nak bagitaw ni
Pada tahun 2014, terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog. Anda pasti terkejut bukan? 1 billion bersamaan dengan 1000 juta, sejuta ada sebanyak seribu kali. Kalau website dah banyak sangat, mesti susah nak cari website yang berguna untuk kita bukan.
Disini ana nak share beberapa website atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu. 6 Blog yang anda wajib lawati tetapi ramai yang tidak tahu akan website-website ini
antaranya adalah:
Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.
2. Jawatan kosong kerajaan
3. Kerja Kosong
Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.
4. Saps Ibu Bapa
Eh, apa benda ni saps ibu bapa? Haaaa! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.
5. APDM
Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.
6. Hrmis2
HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.
website-website ini penting buat kita semua..sekarang maklumat di hujung jari jom kita gunakan ia sebaik-baik mungkin..
Diharapkan agar pengenalan kepada 6 website yang berguna tapi tak popular ini membantu awak-awak semua yang sedikit sebanyak dapat membantu dalam apa jua . Share dan sebarkan kepada rakan-rakan semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. :)
tq for sharing
BalasPadam