Keperluan Sekolah Tahun Satu 2017
Keperluan sekolah tahun satu 2017 hampir sudahh.. huhuhu rasa ya allah cepatnya masa berlalu..hanya tinggal beberapa hari ja lagi pun bakal muncul tahun 2017..dah kembali nak ke sekolah inilah runtin harian ibu bapa bila anak-anak sudah semakin membesar..al maklum la tahun hadapan 2017 si kakak NUR AINUL MADHIHA akan jejak kaki ke Sekolah Kebangsaan muhahah ibu pulak rasa berdebar-debar hahah kan main kau ya ana..segala keperluan sudah di beli semangat betui nak bagi anak masuk sekolah..risau pun ada juga sebabnya..Cuti ni si kakak ainul memang cuti betul2 la..tak pegang pun buku nak membaca ka menulis ka..aduhh geram pun ada nak marah pun ada..huhuhuh kejanya main ja..dengar-dengar risik katanya cabaran untuk tahun 1 sangatlah hebat budak-budak perlu pandai membaca,menulis,mengenal huruf ,mengira dan sebagainya..berbalik semasa persekolahan ana dulu tak pandai membaca pun ok ja..huhuu kesiannya seusia mereka dah kena perah otak..apa nak buat kan dunia semakin maju..cabaran belajar semakin canggih..budak2 sekarang kena bijak dan bersaing secara sihat..
Biasanya keperluan yang perlu disediakan untuk anak-anak yang baru nak masuk sekolah ni macam nilah...
Perlu beli sebelum hari pertama sekolah (Sekolah kebangsaan)
1. Baju kemeja putih/baju kurung putih-Paling kurang perlukan 3 helai untuk seorang anak..sempatlah nak rotate untuk basuh even time hujan..kalau tak mampu, 2 helai pun dah ok sebenarnya.
2. Seluar panjang/kain sekolah warna biru gelap-3 helai juga. Minimum 2 helai..dan jika anak bertudung..boleh belikan tudung sekolah instant jer..itupun kalau sekolah benarkan. Bertanyalah kepada guru terlebih dahulu. Tak semua sekolah benarkan tudung instant di sekolah.
Ini adalah antara harga uniform jenama Canggih yang saya printscreen dari laman E-Shop Canggih. Sekadar panduan untuk anggaran kos yang perlu anda sediakan untuk uniform sekolah anak anda. haa..boleh tahan jugak, kan..Kalau nak jimat beli kain jahit sendiri atau upah jahit je.. |
3. Beg sekolah
Beg pilihan anak-anak..Beg macam ni average rm35-rm60 sahaja. Harga beg sekolah beroda biasanya rm50-rm100+ la.. |
Kalau kelas anak anda kat aras bawah sahaja elok juga jika beli beg beroda (jika anak anda kecik molek dan tak kuat nak angkat). Apapun, pada pandangan saya dengan pengalaman anak-anak yang lepas, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli beg beroda untuk anak anda..
Pengalaman anak-anak pakai beg beroda??..kata anak saya yang kelasnya di tingkat atas, kesian mereka sebab beg beroda+buku agak berat nak bawak naik tangga..ada rakan mereka yang tiap hari mak ayah tolong bawak naik dan turun beg tu..sesetengah beg beroda pula, rodanya lagi berat daripada beg.
Apapun, terpulang pada anda..Saya beri peluang anak rasa dulu pengalaman bawa beg beroda..sudahnya, tahun depan mereka dah tak nak beg beroda lagi..hihi...
Pilihlah beg sekolah yang fleksibel..Beg mestilah ada ruang letak buku yang besar(sebab buku teks ni biasanya banyak nak kene bawa (walaupun dah ikut jadual)..kesian tengok anak saya, Kak Ngah dulu..berat beg daripada tuannya..hehe..
4. Seluar sukan / track suit dua helai
Kebiasaanya dua hari dalam seminggu persekolahan ada latihan pendidikan Jasmani. So, memang kene pakai sukan, seluar sukan dan adakalanya tudung untuk bersukan(murid perempuan).
Boleh beli seluar sukan yang kainnya tidak terlalu tebal, berat dan panas..terpulang jenama apa yang sesuai dengan anak anda..
5. Stokin
Saya cadangkan anda beli sekurang-kurangnya 2@3 helai..maklumlah..stokin anak-anak dipakai sehingga habis waktu sekolah..untuk lebih bersih, gantikan setiap 2 hari pun dah ok..kalau dapat beli untuk 5 hari terus lagi bagus..carilah stokin dengan saiz umur yang tepat untuk anak anda untuk keselesaannya.
6. Kasut sekolah
- Elok beli sepasang dulu. Pertengahan tahun baru beli sepasang lagi jika kasut ketat sebab kaki cepat panjang atau kasut rosak. Secara normalnya menjelang bulan keenam kasut sekolah akan rosak.
- Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak dan reput bila diberus ketika basuh.
- Budak sekolah rendah terutama tahun 1 tak pandai lagi nak pakai kasut bertali. Jadi pilih yang gamnya boleh tahan sikit dan tidak mudah tercabut.
- Jangan beli jenama Ben10 ata princess ke. Upin ipin pun jangan. Jenis ni cepat rosak dan tiada kualiti.
- Antara jenama kasut sekolah yang bagus kualitinya ialah jenama BATA Spark atau Pallas. Ada banyak lagi yang bagus dan pandai-pandailah uols survey.
- Stokin kaki beli 3 pasang paling kurang sebab anak kita seharian pakai stokin dan ia cepat kotor dan busuk.
7. Kapur kasut
Wajib ada jika kasut sekolah anak anda berwarna putih..pilihlah kapur kasut yang siap ada sponge pada botolnya..senang anak-anak nak guna untuk kapurkan sendiri. Tapi kagum juga tengok kasut anak-anak orang yang mantain bersih walaupun tak pakai kapur..katanya kalau pakai kapur, kain pada kasut cepat rapuh dan mudah koyak..hmm..apapun terpulang pada anda.
8. Pensel Warna
Keperluan alatulis seperti pensel warna wajib ada bagi anak-anak sekolah rendah. Boleh belikan yang berkualiti seperti Luna atau Faber Castell..sebab warnanya juga lebih terang dan menarik. Biasanya terdapat dalam bilangan 12, 24 dan 36 warna. Anak-anak sekolah rendah memang kene banyak mewarna. Jangan lupa sediakan pengasah pensel juga..
*Tips tak nak pensel warna anak tertukar dengan orang lain punya..
Boleh guriskan sedikit macam gambar di atas dan tuliskan dengan pen nama anak anda..
insyaaAllah..senang nak kenalpasti kalau ada yang terambil.
|
9. Alatulis
Apa alatulis yang perlu dibeli?
- Pensel 2B
- Pemadam
- Pembaris
- Pengasah pensel
- Gam dan gunting
- Bekas pensel
10. Pembalut buku lutsinar dan sellotape.
Saya lebih suka beli pembalut buku lutsinar yang bersaiz buku buku teks macam ni..biasanya terdapat dalam saiz 5 meter atau 10 meter segulung.
Saya lebih suka beli pembalut buku lutsinar yang bersaiz buku buku teks macam ni..biasanya terdapat dalam saiz 5 meter atau 10 meter segulung.
11. Permanent Marker pen
Marker pen ni sebenarnya untuk ibu menulis nama pada beg, kasut dan peralatan sekolah anak-anak yang perlu ditanda supaya tidak tertukar dengan yang lain termasuklah pakaian sekolah anak-anak. Tapi nak menanda biarlah di tempat yang sesuai yer..
12. Tumbler dan bekas bawak bekal ke sekolah
Biasakan anak anda membawa bekal dari rumah. Selain menjimatkan wang, anak-anak juga dapat dipastikan mendapat khasiat yang anda ingini daripada makanan rumah atau masakan anda sendiri yang lebih terjamin kebersihannya. Sekurang-kurangnya bekalkan anak anda dengan air sahaja.
Dengan bekas yang cantik dan hidangan bento yang menarik pasti anak anda teruja untuk membawa makanan rumah yang dibekalkan kepada mereka.
Bekas seboleh-bolehnya tidaklah terlalu mahal kerana jika hilang, tidaklah terasa sangat yer..
Biasakan anak anda membawa bekal dari rumah. Selain menjimatkan wang, anak-anak juga dapat dipastikan mendapat khasiat yang anda ingini daripada makanan rumah atau masakan anda sendiri yang lebih terjamin kebersihannya. Sekurang-kurangnya bekalkan anak anda dengan air sahaja.
Dengan bekas yang cantik dan hidangan bento yang menarik pasti anak anda teruja untuk membawa makanan rumah yang dibekalkan kepada mereka.
Bekas seboleh-bolehnya tidaklah terlalu mahal kerana jika hilang, tidaklah terasa sangat yer..
Anak-anak mesti suka bawa bekal kalau dapat bento macam ni.. |
serius la bajet pembelian di atas di anggarkan dalam RM160 semuanya huhuhhuu harga semua naik mendadak..alahai anak o anak nasib la baru awak sowang ja sekolah RENDAH kalau la ramai maunya ibu pening kepala..
belum yuran sekolah dan pembelian buku lagi..hurmm ..
Semoga dipermudahkan segala persiapan kak! :)
BalasPadaminsya allah :)
Padambelum ada anak yang masih bersekolah..tapi syok tengok parents dah beli barangan sekolah anak2 ni
BalasPadamtu la tapi kena buat badjet awal2..barang mahai dah la ni.@siti rohaida yusof
PadamPerkongsian yang sangat bagus..
BalasPadamBolehlah ibu bapa yang first time anak bersekolah rendah (darjah 1) jadikan panduan.. Macam saya..