YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest
Sabah adalah destinasi impian ana untuk membawa anak-anak bercuti ke sana , insyaallah kalau ada rezeki..memandangkan Traveloka nak bagi tiket free segalanya mungkin menjadi impian kami sekeluarga.#MyTravelokaEscapade
Hai u all hampa taw dak Traveloka ni adalah satu WEBSITE untuk kita menempah tiket penerbangan serta bilik penginapan sekali jalan muahhaaah jimat masa u all taw..Traveloka ada buat satu contest untuk blogger dan yang tak ada blog pun boleh join. Traveloka nak bagi tiket flight ataupun kupon hotel free. best kan? kita boleh pilih nak kemana untuk 10 negara yang Traveloka senaraikan. antaranya:
1.EL NIDO
2.HONG KONG
3.LANGKAWI
4.BALI
5.LONDON
6.TOKYO
7.NEPAL
8.SABAH
9.MELBOURNE
10.SOUTH KOREA
Destinasi-destinasi ini dapat memberi peluang untuk kita melihat sendiri keindahan dan kecantikan yang terdapat di sana..dengan adanya Traveloka mungkin impian ke destinasi anda tercapai..#MyTravelokaEscapade
Kalaulah berpeluang menjejak kaki ke Sabah tempat yang ana dan sekeluarga ingin berkunjung adalah
1) Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik.
Ketiga-tiga pulau ini agak dekat dengan tanah besar.
Kita boleh pilih untuk ke sebuah pulau sahaja atau pergi ketiga-tiga buah
pulau tersebut untuk snorkelling, mandi-manda, bersukan atau sekadar
merehatkan badan. Pasir memutih dengan airnya yang jernih... perghh..suka anak-anak dapat bermain pasir wow boleh buat mimpi dulu ooo..
Untuk ke pulau tersebut sila dapatkan bot di Jesselton Point.
Seeloknya jangan terus terkam kaunter yang pertama kerana
kekadang kita akan dapat best deal di kaunter yang tengah. Snorkelling
set dan life jacket lain harga. Sila pastikan pukul berapa mereka
akan menjemput kita pulang.
2) Tamu Gaya di Gaya Street.
Tamu Gaya seakan-akan pasar tani yang banyak terdapat di semenajung Malaysia.
Berbagai barangan seperti makanan, barangan kraf, servis mengurut kaki dan
sebagainya dijual di sini. Ia hanya diadakan pada hari Ahad sahaja.kalaulah ke sini boleh rambang mata kan..macam-macam ada siap duit poket setebal yang mungkin..
3) Pasar Filipina
Dinamakan sedemikian kerana dimulakan oleh migran Filipina lama dahulu.
Pasar ini menjual barangan kraftangan hasil buatan berbagai suku kaum
di Sabah. Yang paling banyak dijual sudah tentunya barangan perhiasan wanita
seperti batu permata, mutiara, batik, t-shirts dan cenderahati.
Terletak di waterfront antara pasar buah dan pasar basah, ia merupakan tempat
yang sesuai untuk membeli-belah sebelum pulang.
4) Signal Hill Observatory Platform
Terletak di kawasan paling tinggi (dah tentulah kan hehe..), ia tempat yang
sesuai untuk melihat sebahagian bandar Kota Kinabalu. Hanya beberapa minit
berkereta dari Padang Merdeka. Kalau naik teksi kena RM10-15 lah juga.
5) Lok Kawi Wildlife Park
Waktu beroperasi: 9.30am - 5.30pm | Tiket dewasa: RM10
Ia terletak di jalan lama Penampang-Papar dan dibahagiakan kepada dua
komponen iaitu zoologi dan botani. Dengan menjadikannya taman
untuk keluarga, zoo kanak-kanak telah diberikan keutamaan. Diantara
binatang yang dipelihara di sini ialah Borneo Pygmy elephants, monyet
Proboscis yang menjadi maskot Tourism Malaysia, harimau Malaya dan
juga beberapa spesis rusa.
Nak jungle trekking sejauh 1.4km pun boleh. Berjalan dengan anak-anak
di sini sampai belajar secara santai memang seronok. Bawalah mereka
berjalan tempat-tempat begini semasa mereka kecil, bila dah remaja kita
cakap Jom pergi zoo! Dia akan balas balik hah, pergi zoo?? hehe..
6) Masjid Likas
Masjid in terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Kota Kinabalu, jalan yang
sama menuju ke Universiti Malaysia Sabah. Masjid ini mampu memuatkan
sekitar 9,000-12,000 jemaah dalam satu-satu masa melebihi kapasiti
yang mampu ditanggung oleh Masjid Negeri.
Berhampiran laut, masjid ini kelihatan terapung diatas lagun yang dibina di
sekelilingnya. Bila bulan mengambang penuh lagi cantik.
7) Coral Flyer
Ya Allah best nya ziplining dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi! Dari pulau ke pulau tu...
250m. Tak pernah lagi buat flying fox sejauh tu. Cuba bayangkan excitement,
thrill dan keindahan laut di Taman Tuanku Abdul Rahman dan hutan, wallawehhh..!
Berlepas dan ketibaan bermula di Jesselton Point Jetty.
Memandu selama 2.5 jam dari Kota Kinabalu kita akan sampai di Kundasang/
Ranau dimana terletaknya Kinabalu Park yang tersenarai dalam UNESCO
World Heritage Site. Di sini lagi banyak produk pelancongan yang menarik.
8) Rumah Terbalik
Apa yang anda ingat dengan nama Tamparuli? Jambatan? Takdelah besar benar
jambatan tu. Yang lebih menarik ialah www.upsidedownhouse.com.my yang
beralamat di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran.
Nak pergi ke Gunung Kinabalu kita kena lalu Rumah Terbalik ini yang pertama seumpamanya di Malaysia.Merupakan sebuah rumah kampung yang serba lengkap hiasan dalamannya tetapi dipasang secara terbalik termasuklah kereta. Jangan risau nak bawa ahli keluarga yang berkerusi roda kerana ianya wheelchair friendly.
9) Kinabalu Park
Owh ini mungkin anugerah terhebat yang kita ada. Sangat indah dan nyaman di sini. Kita boleh buat jungle trekking bersama keluarga. Kepada yang lebih adventurous boleh mendaki Gunung Kinabalu. Untuk pendakian, pastikan mountain guide (malim gunung) anda berlesen dan daftar dulu ya kerana jumlah pendaki dihadkan dalam satu-satu masa.
Bawa anak-anak jungle trekking di sini, seronok! Ala.. paling jauh 1km je...
10) Kundasang War Memorial.
Tempat untuk mengimbau sejarah pendudukan Jepun di Sabah. Bagaimana tragisnya askar British yang menjadi tawanan tentera Jepun yang dipaksa berjalan kaki dari Sandakan. KWM bukan kubur tetapi taman peringatan yang cantik dengan senarai nama-nama perwira yang gugur.
Setiap tahun ada saja keluarga tentera ini yang akan melawatnya. Terletak di kawasan berbukit, pemandangannya sungguh indah menghadap Gunung Kinabalu dan kawasan penanaman sayuran di Kundasang.
11) Desa Dairy Farm
Ladang penternakan lembu ini sangat cantik. Pernah sekali dulu aku datang semasa dedaun bertukar merah. Tidaklah semua tetapi dapatlah juga bergambar berlatar belakangkan daun yang macam dalam musim luruh tu. Iklan susu yang keluar kat tv tu shoot kat sini jer... bukannya di New Zealand pun.
Jangan lepaskan peluang ke sini okay. Tak lengkap lawatan ke Kota Kinabalu tanpa ke Desa Dairy farm. Sila lihat gambar di sini dan di sini.
12) Tagal Sungai Moroli di Kg Luanti
13) Ladang Teh Sabah Tea
Sabah Tea ialah teh organik yang ditanam di Ranau. Terletak bersebelahan dengan Tagal Sungai Moroli Kg Luanti, penginapan juga disediakan di sini disamping factory tour. Restoran pun ada.
So, ada 13 perkara yang buat ana teruja nak bawa anak-anak ke Sabah dan nak sangat luangkan dan habiskan percutian ana kalau dapat ke Sabah!.. bagi ana jelajah ke negari orang adalah satu kepuasan dan dapat tengok budaya di tempat orang. Pengalaman itu mampu mencipta kenangan manis buat ana sekeluarga!
Dengan adanya traveloka.com.my ke mana saja kita boleh pergi..ia menjimatkan masa ,duit dan sebagainya..di taveloka telah menyediakan khidmat tambang sekali dengan hotel..jom kita booking dangan traveloka sekarang..Welcome 2017 untuk percutian akan datang..promosi MERECIK n KAW KAW boleh di dapati dengan menggunakan khidmat mereka ayuhh jangan ketinggalan sila lah klik di link di bawah untuk book tarikh dan masa anda..percutian yang murah mengembirakan
keluarga anda semua
Jimat perbelanjaan Jimat segalanya...
keluarga anda semua
Jimat perbelanjaan Jimat segalanya...
#MyTravelokaEscapade
all the best
BalasPadamSemoga berjaya. Saya pun nak ke sabah. Nak ke pasar tamu dengan pasar filipine. Nak beli belah. Harap tu tercapai lah..
BalasPadam