Khasiat Daun Kaduk

Daun Kaduk



Bagai kaduk naik junjung dalam peribahasa Melayu membawa maksud orang hina yang dimuliakan atau mendapat keistimewaan sehingga dia lupa diri dan asal usulnya. Sebenarnya peribahasa ini tercipta daripada permerhatian orang lama tentang alam dan kehidupan. Pokok kaduk dibandingkan dengan sirih yang mempunyai ciri dan bentuk pokok yang serupa. Sirih jenis pokok memanjat manakala kaduk tumbuh melata di atas tanah. Pokok sirih yang ditanam biasanya dipasang kayu pancang (dikenali sebagai junjung) untuk membolehkan pokok sirih memanjat dan mencengkam kayu pancang. Pokok kaduk lebih kecil tetapi sifatnya berdikari kerana ia tidak memerlukan kayu pancang sebagai sokongan untuk berdiri tetapi apabila ada junjung disebelahnya, ia akan menggunakan junjung tersebut. Kaduk akan membesar bersama junjung dan terlupa seandainya junjung patah atau rebah, ia turut sama rebah kerana batang pokok kaduk sudah tidak dapat menanggung berat yang selama ini disokong oleh junjung. Selagi ada junjung, kaduk terus lupa diri... Dalam kehidupan kita, ada yang bersifat seperti kaduk naik junjung ini.


Alam:
(unranked):
(unranked):
Order:
Family:
Genus:
Species:
P. sarmentosum
Piper sarmentosum


Nama Lain: (Inggeris) Tiada nama rasmi dalam bahasa Inggeris untuk pokok ini, namun ia sering dipanggil sebagai wild betel leaf, wild pepper leaf. (Thailand) cha plu (ช้าพลู), (Laos) phaki leu tatau pakee lerd (ຜັກອີ່ເລີດ), (Melayu) pokok kadok, Karuk, Sirih Tanah, Kado-kado. (Vietnam)Piper lolot – bolálốt, (Cina)Jiaju., xi ye qing wei teng, qingju, (Indonesia) Bakik, kado-kado, sirih tanah, sirih duduk, akar bugu, mengkadak.
Bahagian Kegunaan Tumbuhan: Batang, Kulit, Daun, biji
Negara Asal: Malaysia, Borneo & Indonesia
PENERANGAN
Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum roxb berasal dari keluarga Piperaceae merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASIA.Pokok Kaduk adalah tumbuhan herba tumbuh melintang di daratan (terrestrial), tidak berbulu (glabrous) memiliki cabang-cabang panjang yang menjalar (procumbent) berukuran ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhan bahagian Pokok kaduk muda mempunyai debu-debu halus apabila muda, berjantina berasingan (dioecious). Daun nya biasa, berselang-seli, lembut dan bentuk jantung (cordate). Ukuran daun kira-kira 5 hingga 10 cm lebar dan 7-15 cm panjang.
Daunnya berwarna hijau dan bentuknya menyerupai seakan-akan daun Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, Daun bahagian rendah kebiasanya berbentuk bujur telur (ovate), bahagian atas daun agak melonjung bujur atau ovate-oblong, di bahagian pangkal berbentuk membujur hampir lunjung (ovate–cordate). Warna daun hijau gelap dengan batang halus (petiol) berukuran  2.5-5 cm panjang
Pokok kaduk mudah dibezakan melalui cabang  ranting buah yang merentasi tanah tanpa akar (procumbent) yang besar, gempal, berbuah manis bila matang. Buah berry-nya berbentuk bujur (obovoid), 1.5 cm x 1 cm dan rasanya manis. Rasa manis dari buah ini sama seperti dengan buah masak berduri Elaeocarpus (Elaeocarpus serrate) . Rasa daun kaduk lebih lembut di banding daun sirih walaupun bau nya masih sedikit tajam.Pokok kaduk lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita, dan mungkin tidak ramai di antara kita yang sedar bahawa pokok kaduk, berfungsi bukan sekadar hiasan semata-mata, ia lebih dari itu.
Cara pembiakannya melalui anak benih atau keratan batang. Air rebusan dari akar pokok ini dapat melawaskan kencing dan mujarab untuk merawat demam malaria dan bagi melegakan batukselsema, sakit pinggang, sakitgigi dan sengal-sengal tulang.
PENGEDARAN SECARA GEOGRAFI
Pokok kaduk mudah ditemui di beberapa bahagian China Selatan, Fujian, Guangdong, Guangxi, Guizhou, Hainan, Xizang, Yunnan, atau di negara-negara Asia seperti Kemboja, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Vietnam dan sejauh kepulauan Andaman.
PENGGUNAAN DALAM MASAKAN
Daun kaduk biasanya dijual secara ikatan dan dimakan secara ulaman.
• Dalam masakan Thai (Thai cuisine), daun kaduk digunakan sebagai pembalut miang-kham, sejenis makanan ringan (snek) tradisional, ia juga merupakan salah satu daripada bahan untuk kari Kaeng-khae dari Thailand Utara.
• Dalam masakan Laos (Laotian cuisine), ia adalah sebahagian daripada ramuan salad.
• Dalam masakan Melayu (Malay cuisine), ia diracik untuk dimakan sebagai ulaman, jenis salad orang Melayu.
PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL
Daun kaduk diguna dalam ubat-ubatan tradisional di Asia. Analisa kimia menunjukkan daun kaduk mengandungi anti-oksida naringeninAmides dari buah pokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti-tuberculosis dan anti-plasmodial.
Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot. Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, Keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid dermatitis). Ia dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi. Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C. Daun nya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria. Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis.
Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan. Pensyarah Pusat PengajianSains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang pembuluh darah merebak keseluruh tisu badan bersama lemak makanan.
“Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, ia itu daripada daun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri," Beliau berkata, kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekat lemak dalam badan.“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan Pembuluh darah baru yang menjadi punca utama obesiti,” Prof Dr Zhari berkata, berbeza produk lain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan ia itu pembentukan sel lemak dalam badan.
7 Khasiat Daun Kaduk:
Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;
- sembelit

-sakitgigi
- demam malaria
- lemah dan sakit dalam tulang
Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranya berbeza.
1. Melawaskan kencing - Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.
2. Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.
3. Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.
Langkah-langkah merawat ketiga-tiga diatas:
        i.            Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.
      ii.            Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.
    iii.            Rebus kesemua sehingga mendidih.
    iv.            Biarkan air rebusan tadi menjadi suam.
      v.            Air rebusan diminum perlahan-lahan.
4. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.
        i.            Ambil beberapa helai daun kaduk segar.
      ii.            Ramas-ramaskan daun tersebut.
    iii.            Kemudian, campurkan kesemua daun ramasan kedalam sebaldi air.
Akhir sekali, siramkan air tersebut keseluruh badan.
5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air.
        i.            Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
      ii.            Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air.
    iii.            Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.
6. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.
        i.            Ambil beberapa helai daun kaduk.
      ii.            Tumbuk sampai lumat.
    iii.            Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau.
7. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya.

Ulasan

  1. Banyaknya kelebihan daun kaduk ni. Bagus kalau dapat tanam kat rumah. Pelbagai kegunaannya....

    BalasPadam
  2. bagusyer daun kaduk ni. mana yer nak cari pokok ni nak tanam kat rumah sendiri jugak la satu

    BalasPadam
  3. Banyak khasiat daun kaduk. Kadang confius dengan daun sirih sebab bentuk lebih kurang 😁

    BalasPadam
  4. rumah mak ina dulu..ada daun kaduk ni.Tempat-tempat lembab..dan berair dia mudah tumbuh. Cepat merayap daun ni..

    BalasPadam
  5. kakak sepupu husband I ada tanam pokok kaduk, setiap kali datang rumah dia je mesti petik pokok kaduk ni buat miang kammmm memang sedap eh

    BalasPadam
  6. Daun kaduk ni yang org thai buat maing kam tu kan? Banyak jugak ya khasiat daun kaduk ni, baru tahu

    BalasPadam
  7. Sedap pula bila terbaca miang kham. Rupanya banyak khasiat lain daun kaduk ni.

    BalasPadam
  8. Banyak sangat kelebihan dan kegunaan daun kaduk ni.. kalau kt kampung ni petik aje senang dan jimat

    BalasPadam
  9. Banyak khasiat daun kaduk ni ye. Tapi tula kadang-kadang confius dengan daun sireh. Rupa seakan-akan sama. Kena tanam la banyak-banyak nanti. Bila nak guna senag. Petik je.

    BalasPadam
  10. banyak khasiat dan manfaat daun kaduk ni kan. kat belakang rumah saya banyak juga daun ni tumbuh

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  11. Banyak khasiatnya..mana nak cari daun ni..rupa mcam daun sireh

    BalasPadam
  12. wahhh macam2 kegunaan ya...banyak dengar sebelum ni...ternyata betul manfaatnya banyak rupanya

    BalasPadam
  13. mmg banyak kasiat daun kadut. betul la.. kita tak amik port je. senang amik yang dh diextract ..

    BalasPadam
  14. selalu makan miang kham kat thailand memang sedap :)harga dia pun dah naik skg nie.

    BalasPadam
  15. Dulu masa kecil... suka main daun kaduk nie... sebab ada banyak tmbuh dekat kawasan rumah

    BalasPadam
  16. First time hearing about this, daun kaduk really seems to be nutritious.

    BalasPadam
  17. To me the leave taste good and when I dinning in Thai restaurant, I will go for Miang kam

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular