Fokus 5 Kluster Perkasakan Wanita 2018 (8.3.2018)
Wanita sekarang semakin hebat semakin setanding dengan kaum lelaki.Esok 8.3.2018 adalah hari Wanita jom kita baca apa yang di perkatakan tentang memperhebatkan seorang Wanita dalam pelbagai bidang antaranya adalah jeng jeng jengg...
Lima kluster selaras dengan Dasar Wanita Negara akan menjadi fokus kepada usaha pemerkasaan wanita pada tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Suriani Ahmad.
Lima kluster selaras dengan Dasar Wanita Negara akan menjadi fokus kepada usaha pemerkasaan wanita pada tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Suriani Ahmad.
Kluster itu ialah
Kluster Wanita dan Kesihatan (Gaya Hidup, Kecantikan dan Sukan);
Kluster Wanita dan Keselamatan;
Kluster Wanita dan Ekonomi;
Kluster Wanita dan Pendidikan (Latihan dan Pembangunan Kapasiti)
Kluster Wanita dan Budaya (Kesenian dan Media).
Beliau berkata, kementerian itu komited melalui Tahun Memperkasa Wanita 2018, wanita memperoleh peluang dalam semua bidang dan tiada lagi yang ketinggalan.
"Kementerian meletakkan sasaran yang jelas dalam Tahun Memperkasa Wanita 2018 bagi memastikan wanita memperoleh segala peluang untuk mendapat pendidikan, dipromosikan dan bekerja," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program-program sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018.
Dalam kenyataan yang diedarkan kepada media sempena mesyuarat hari ini, kementerian itu berkata, dianggarkan 345 cadangan program dikumpul dan direkodkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dalam usaha memperkasa wanita di peringkat global.
Suriani berkata, matlamat program pemerkasaan wanita itu juga adalah untuk menyediakan wanita negara ini dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.
sumber dari berita harian
yang wanita dan ekonomi dengan wanita dan keselamatan tu tak tercapai ag..heheh yg lain insyaallah cuba
BalasPadamwanita ni... how far u go, still at the end, dapur jugak.
BalasPadamlelaki ke depan.
pada aida, yg penting, kita perkasakan diri kita secara mental.
itu yg wajib. biar la kita ni hanya surirumah tangga...