Merawat Rambut Bermasalah Dengan BROKOLI Scalp Booster ImaanWorld

assalamualaikum semua...




Apabila memperkatakan mengenai rambut, ramai yang lebih risau mengenai masalah keguguran, bagaimana untuk menggayakan dan mencari warna sesuai apabila uban mula kelihatan.
Namun menurut pakar, rambut mempunyai fungsi lebih daripada sekadar kosmetik atau membuatkan seseorang nampak menarik.
Pada dasarnya, kesihatan rambut dan kulit kepala boleh menjadi panduan terbaik kepada pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi pada ketika itu.
Acap kali kita diberitahu rambut hanyalah sel protein yang sudah mati. Biarpun begitu, ia mampu menjadi panduan kepada keadaan kesihatan kita.
Ini kerana masalah dalam tubuh akan memberi kesan secara langsung kepada penampilan rambut dan ia boleh dilihat dengan mata kasar. Maklumat daripada laman web www.caring.com menampilkan tujuh tanda bagi mengingatkan kita supaya memberi lebih perhatian kepada penjagaan kesihatan tubuh yang lebih baik.
1. Rambut kering, tidak bermaya dan nipis
Banyak faktor yang menjurus kepada masalah rambut kering antaranya pewarna, pengering rambut dan berenang dalam air klorin. Bagaimanapun, perubahan ketara pada tekstur rambut boleh menunjukkan terdapat masalah tiroid kurang aktif dikenali sebagai hipotiroidisme.
Rambut mungkin tidak gugur tetapi helaiannya menjadi lebih halus dan lemah, membuatkan ia kelihatan lebih sedikit berbanding kebiasaannya.
Selain itu, tanda lain hipotiroidisme adalah kepenatan, pertambahan berat badan, kadar degupan jantung perlahan dan rasa sejuk sepanjang masa. Dalam sesetengah kes, kening juga akan terkesan, ia menjadi lebih nipis dan keguguran dengan begitu ketara.
2. Kulit kepala bersisik atau berkerak bermula pada garisan rambut
Apabila kerak tebal terbentuk pada kulit kepala, kebiasaannya ia adalah petanda psoriasis yang mampu dibezakan dengan kelemumur disebabkan ia lebih berkuping dan tebal.
Psoriasis adalah penyakit auto imun paling biasa berlaku. Ia disebabkan kulit bertindak memberikan isyarat ‘palsu’ yang mempercepatkan kitaran serta pertumbuhan sel kulit.
3. Rambut gugur dan semakin tipis di seluruh kulit kepala
Normal untuk keguguran antara 100 hingga 150 helai sehari kerana ia adalah kitaran semula jadi di tubuh. Bagaimanapun, jika terlalu banyak rambut gugur dan boleh tercabut segenggam, ia perlu diberi perhatian.
Kadangkala ia disebabkan tekanan emosi terlalu tinggi misalnya seseorang yang baru kehilangan kerja ataupun bercerai.
Diabetes juga boleh menyebabkan rambut keguguran dengan banyak secara tiba-tiba. Sesetengah pakar menyatakan penipisan rambut dan keguguran melampau adalah petanda awal diabetes mula memberi kesan kepada hormon.
Terdapat banyak jenis ubat yang menyebabkan keguguran rambut kerana ia memberi kesan kepada hormon antaranya pil perancang dan rawatan kemurungan.
Proses mengandung dan usia awal menopaus antara penyebab keguguran rambut selain sindrom polisistik ovari (POS) dan hipotiroidisme.
Benjolan putih halus pada hujung akar rambut memberi petanda ia hanyalah keguguran bersifat sementara.
Kekurangan zat besi dan protein juga adalah penyebab rambut gugur dan biasa berlaku kepada mereka yang mengalami masalah pemakanan.
4. Keguguran rambut di seluruh kepala dan mengikut corak botak tradisional
Lelaki dan wanita terdedah kepada masalah kehilangan rambut yang disebabkan oleh genetik. Dalam kalangan wanita, hormon testosteron memainkan peranan utama dengan mengecutkan dan akhirnya mematikan folikel rambut.
Keadaan itu selalunya adalah bersifat keturunan dan tidak ada apa yang boleh dilakukan mengenainya. Walaupun ia boleh dibantu dengan rawatan tertentu tetapi sekiranya lambat dirawat, ia akan menjadi kekal.
Bagaimanapun, diabetes juga boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut seakan-akan berpunca daripada masalah genetik.
Diabetes menyebabkan sistem peredaran darah terganggu hingga nutrien tidak sampai ke kulit kepala.
Ini membuatkan rambut baru tidak dapat dihasilkan dan folikel rambut akhirnya mati kerana kurang nutrisi, seterusnya kehilangan rambut secara kekal.
5. Rambut kering dan rapuh
Apabila seseorang individu bangun pagi dan melihat banyak rambut melekat pada bantalnya, ini menunjukkan rambut putus, bukannya gugur.
Ia menandakan masalah rambut rapuh, kemungkinan disebabkan rosak akibat penggunaan produk penjagaan atau proses kimia yang dilakukan kepada rambut seperti meluruskan, mewarna atau mengerintingkannya.
Namun masalah kesihatan tertentu juga boleh menjurus kepada rambut rapuh misalnya Sindrom Cushing’s, penyakit kalenjar adrenal yang menyebabkan penghasilan hormon kortisol secara berlebihan.
Keadaan yang dikenali sebagai hipoparatiroidisme, selalunya adalah bersifat genetik atau kecederaan pada kelenjar paratiroid ketika pembedahan kepala atau leher.
Masalah rambut terlalu kering juga mungkin menjadi petunjuk tubuh kekurangan asid lemak Omega-3, yang boleh didapati pada ikan salmon, minyak ikan, kekacang dan bijirin.
6. Rambut gugur secara bertompok
Ia mungkin disebabkan tindak balas imun tubuh menyerang folikel rambut, mengecutkannya dan menyebabkan rambut gugur secara bertompok.
Keguguran rambut jenis ini yang dikenali sebagai alopecia areata boleh berlaku pada bahagian atas kepala ataupun pada garisan rambut.
Diabetes juga boleh menyebabkan berlakunya keguguran rambut seperti ini dan ia boleh terus merebak.
Dalam kes yang lebih ekstrem, pesakit kehilangan rambut dan bulu roma di seluruh badan mereka termasuk bulu mata dan kening. Ia selalunya terjadi kepada individu yang mempunyai sejarah keluarga bermasalah autoimun seperti arthritis reumatoid, diabetes pada usia awal dan penyakit tiroid.
7. Kulit kepala mengelupas dan beruban
Kelemumur adalah keadaan radang yang kronik pada kulit kepala dan menyebabkan kulit berubah mengelupas terutama pada bahagian kulit kepala yang paling berminyak. Apabila kulit berkenaan terkopek, kelihatan kelemumur pada kulit kepala.
Ia disebabkan jangkitan kulat pada kulit kepala yang berpunca daripada pertumbuhan yis yang biasa ada pada kulit. Apabila terdapat radang pada kulit kepala, yis berkenaan akan berkembang sehingga berlakunya dermatitis seborea. 
masalah di atas dapat di rawat dengan adanya produk inovasi terkini iaitu:-

BROKOLI Scalp Booster ImaanWorld merupakan produk 2 dalam 1 yang menggabungkan serum kulit kepala yang KAYA NUTRISI beserta mesin urutan dengan gegaran khas untuk membantu mengaktifkan peredaran darah di kulit kepala. 

BROKOLI Scalp Booster ImaanWorld dapat membantu merawat masalah rambut

“LANGSUNG TIDAK BERMINYAK & TIDAK MELEKIT”



yang penting produk ni Diluluskan oleh KKM, serta dijamin berkesan.

Sangat mudah digunakan. Rasakan nikmat seperti di salun rambut.  Salah satu cara untuk berehat dan menghilangkan stress.Ianya kalis air, mudah dikawal dengan tangan.

tapi kan sejak ana memakai BROKOLI Scalp Booster ImaanWorld ni kulit kepala ana semakin molek dan ok hilang sudah gatal-gatal di kulit kepala ana..rambut beruban pun semakin berkurangan hahhaha..serius suka sangat gunakannya..sebab apa?

sebabnya

Hasil carian imej untuk jojoba oil

BROKOLI Scalp Booster adalah hasil kombinasi dari bahan seperti Jojoba Oil.  Ianya mеmbаntu mеnguаtkаn аkаr rаmbut, mеmbеrі khаѕіаt dаn mеmulіhkаn kulіt kераlа уаng rоѕаk dаn mеnуіhаtkаn rаmbut.

ЈΟЈΟΒΑ mеmbаntu mеrаngѕаng реrtumbuhаn rаmbut bаru, mеnуubur dаn mеnghіtаmkаn rаmbut dаn mеlеmbаbkаn dеngаn mеnуіhаtkаn rаmbut dаrі аkаr hіnggа kе huјung.


BROKOLI Scalp Booster ImaanWorld juga

  1. berfungsi membuang sel kulit mati atau kelemumur dan kudis serta membersihkan dan melindungi rambut dan kulit kepala anda. 
  2. Ia juga akan mengawal peratusan keguguran rambut untuk mengelak masalah kebotakan. 
  3. meningkatkan pertumbuhan & menumbuhkan rambut baru serta mencegah kelemumur dan keradangan folikel rambut
  4. untuk menghilangkan stress.

selain produk 

BROKOLI Scalp Booster terdapat juga 


SET RAWATAN RAMBUT GUGUR

Treat Me Treatment, Grow Me Shampoo

Hasil carian imej untuk Treat Me Treatment


semua produk di atas boleh di beli di :


NO TEL: 03-42854919
WASSUP NO :019-2862828
EMAIL:wowmissionsdnbhd@gmail.com

alamatnya adalah:
WOW MISSION SDN BHD
NO 3A-08,D'PANDAN AVENUE 3, TAMAN PANDAN MESRA
68000 AMPANG

.




Terdapat beberapa soalan lazim yang biasa pengguna akan bertanya kepada pengedar antara soalan tersebut adalah :-
































Ulasan

  1. Balasan
    1. ada perubahannya dah 2minggu guna kita ni kulit beresdung jadi keruping kat kepala nampak la berkurangannya tu..tp kena amal selalu la..

      Padam
  2. mkin cantik menawan la rambut dia nnt..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular