Trailer Operasi X Adalah Filem Terbaru November 2018

 Trailer Operasi X Adalah Filem Terbaru November 2018, tanggal hari ni 1 november bermula lah tayangan cerita terbaru di pawagam di serata malaysia hasil produksi dari Dream Pictures Production

Jalan cerita filem ni sangat menarik untuk di tonton kepada semua rakyat malaysia kerana ia berkaitan tentang kepolisan yang straight forward.



Operasi X merupakan sebuah filem Malaysia 2018 arahan Sandosh Kesavan. Filem ini dibintangi oleh ramai artis termuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar , Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omar.
Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. Operasi X, antara hidup dan mati.
Operasi X bukanlah sebuah filem aksi namun filem ini mengandungi aksi. Bererti filem ini bukan semata-mata tentang aksi. Garapan Idea Asal oleh Sandosh Kesavan dan Skrip oleh Atiqah Jani telah menghasilkan sebuah karya yang menyentuh hal-hal yang dekat di hati yang menontonnya kerana ia juga adalah tentang cinta, keluarga, persahabatan, dan paling utama adalah tentang menghabiskan sebuah perjuangan.

Hasil carian imej untuk filem operasi x

sinopsis cerita ini adalah berkisarkan :-

ASP Redzuan, adalah seorang anggota polis yang telah meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, ASP Redzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman di hadapan matanya sendiri. ASP Redzuan memilih untuk meninggalkan dunia tersebut dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. ASP Redzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. ASP Redzuan jatuh cinta pada keindahan pulau yang didiaminya. Dan di situ jugalah dia bertemu dengan kekasih hatinya, Cikgu Ayu. Sehinggalah pada suatu hari, ASP Redzuan dikunjungi oleh Dato' Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya. ASP Redzuan berkeras tidak mahu kembali kerana mengesyaki sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. Kehadiran Dato' Mokhtar dan DSP Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. Dengan barisan ahli operasi dengan kepakaran masing-masing; Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan, Redzuan dipertanggungjawabkan mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X. ASP Redzuan harus kembali ke dunia siasatan jenayah untuk mengetuai operasi menumpaskan Geng Belut yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa di rantau ini. Operasi X telah menumpaskan "Raja Seludup Antarabangsa" dengan kepakaran dan kepintaran Polis DiRaja Malaysia.

Filem ini ditayangkan kepada umum pada 1 November 2018.


Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular