Kutip Ilmu Jangan Biar Bisnes Jatuh Dari Live Session Datuk Wira Dr Azizan Osman

Kutip Ilmu Jangan Biar Bisnes Jatuh Dari Live Session Datuk Wira Dr Azizan Osman | Sebagai usahawan yang baru berjinak dalam dunia perniagaan ini, cara terbaik untuk merancang strategi pemasaran produk adalah melalui laman sosial. Hari ini banyak laman sosial yang menyediakan perkhidmatan pemasaran bagi mempromosikan produk seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok. Gunakan medium ini dengan sebaiknya dengan menghasilkan iklan, video dan poster yang kreatif untuk menarik minat pembeli.

Setiap perkara perlu bermula dari bawah, jatuh bangun perkara biasa. Tetapi apa yang penting dalam memulakan perniagaan sendiri adalah menetapkan matlamat anda serta terus bersemangat untuk mencapai target yang anda ingini.

Sesetengah orang hanya mampu berniaga sekerat jalan kerana tidak mempunyai azam dan hilang motivasi lebih-lebih lagi jika perniagaan yang mereka jalankan tidak membuahkan hasil.


Doa memohon rahmat dan petunjuk dalam segala urusan

Ertinya : “Ya Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” (Surah Al-Kahfi, ayat 10)

Namun, kita perlu percaya setiap usaha pasti akan ada habuannya dan jika gagal pasti ada jalan penyelesaian terbaik. Apa yang penting adalah sering berpandangan jauh dan memasang impian untuk lebih berjaya.

Untuk lebih berjaya dan sentiasa berada di paksi yang betul, Platform yang betul dan telah diiktiraf juga menjadi titik utama dalam kejayaan sebagai usahawan.

Richworks International adalah merupakan platform dan menjadi sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar usahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan. 

PAKAR USAHAWAN TERKEMUKA: DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN

Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia. 

Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.

“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

 

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. 

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.”

 

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman Akan Berkongsikan Perspektif Tentang 10 Cabaran Bisnes, Selepas Pandemik Dan 2022 Ini Dalam LIVE SESSION

Di Saluran Telegram Azizan Osman Official

Hari: Ahad | Jam: 8 Pagi


Ulasan



Catatan Popular