Tips Nak Berjaya Dalam Perniagaan Dari Segi Islam

 Tips nak berjaya dalam perniagaan memang ada banyak. Sana sini dikongsikan tentang tips-tips cara nak berjaya dalam perniagaan ini. Namun dalam banyak-banyak perkongsian, hati rasa tertarik dengan perkongsian berkaitan tips nak berjaya dalam perniagaan dari segi Islam. 


Antara tips-tips yang ditekankan untuk berjaya dalam perniagaan dari segi Islam ini adalah seperti : 


#1 - Usaha dan Tekun


Kejayaan itu prinsip asasnya adalah USAHA. Setiap usaha pula memerlukan fokus & ketekunan. Hanya orang yang tekun sahaja mempunyai peluang untuk berjaya dalam perniagaan.


#2 - Mengenali Kekuatan dan Kelemahan Diri


Usahawan yang hebat lagi berjaya adalah mereka yang jelas tentang kekuatan dan kelemahan diri. Kekuatan itu digunakan untuk memacu perniagaan ke tahap yang lebih baik.


#3 - Tidak Ada Jalan Singkat Dalam Perniagaan


Setiap laluan dalam perniagaan yang kita pilih, mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri. Orang yang lemah akan mengaku kalah & menyalahkan org lain. Bagi usahawan yang memiliki jiwa dan semangat yang kental, mereka akan menganggap setiap perjalanan itu sebagai pengalaman yang mengajar, untuk menjadi seorang usahawan yang lebih baik.


#4 - Kemewahan Bukan Motivasi Bisnes


Kereta besar, rumah besar, jam/beg tangan mahal dan material-material mahal bukan faktor utama kejayaan usahawan. Ia hanya menjadi salah satu daripada hadiah untuk membangkitkan motivasi dan meningkatkan estim diri.


#5 - Kejayaan Bisnes Itu Adalah Rezeki Allah


Walau apa jua cara yang kita usahakan dalam perniagaan, matlamat utama kita sebagai usahawan (khususnya yang beragama Islam) adalah mengingati bahawa setiap rezeki yang diturunkan itu adalah milik Allah. 


Oleh itu, apabila kita memperoleh kejayaan walaupun kecil, ucapkan syukur dan lakukan kebajikan mengikut kemampuan agar kita memperoleh lebih banyak punca rezeki.


#6 - Berbisnes Kerana Allah/Agama


Dalam Islam, agama menuntut untuk melakukan perniagaan. Kerana dengan perniagaan, kita mampu untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang halal lebih banyak.


Dengan perniagaan, kita juga mempunyai peluang untuk bersedekah dengan nilai yang lebih banyak & istiqamah. Dengan perniagaan juga, kita mempunyai masa yang lapang untuk menunaikan ibadat-ibadat wajib dan sunat.


Rujukan tips : Huda Hakim 



Kejayaan Asyraf Khalid Hasil Bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman


Melihat kepada perkongsian tadi, terlintas tentang sebuah perkongsian oleh Datuk K baru-baru ini, di mana beliau ada menceritakan tentang kisah kejayaan anaknya yang bernama Asyraf. 


Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.


Masukkan konten posting di bawah ke dalam artikel guna kaedah embed code:


https://www.instagram.com/tv/CaTHGtKBqiu/?utm_medium=copy_link


Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. 


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. 


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. 


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 


Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. 


Tambah Asyraf, beliau mengerti perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri. 


Masukkan konten posting di bawah ke dalam artikel guna kaedah embed code:


https://t.me/AzizanOsmanOfficial/14864


Dr Azizan Osman Turut Tekankan Nilai Islam Untuk Berjaya Dalam Bisnes 


Asyraf melihat Dr Azizan Osman sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. 


Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 


Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 



“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya. 


Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.



Gagal Berniaga Boleh Berjaya Dengan Mengubah Tindakan


Semakin hari semakin ramai orang melibatkan diri dalam dunia bisnes. Lagi-lagi sekarang sudah ada konsep bisnes online yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Namun kerana tidak mengambil berat soal ilmu bisnes online yang betul menyebabkan ada antara mereka yang menemui kegagalan.


Nasihat ikhlas, jika nak berjaya dalam dunia bisnes ini terutamanya, ada baiknya dicontohi sikap Asyraf yang segera mencari mentor supaya beliau tidak tersalah jalan. 


Perniagaan ini tidak semudah yang disangka. Hanya mereka yang betul-betul fokus dan berusaha keras akan berjaya. Jika punya mentor akan lebih beruntung kerana ada orang yang akan membimbing tangan menuju ke jalan yang betul berdasarkan pengalaman dan ilmu-ilmu yang mentor itu miliki.


Untuk menjadi salah seorang ‘anak didik’ kepada mentor usahawan terkenal, Datuk Wira Dr Azizan Osman boleh layari website utama RichWorks atau terus ikuti chanel utama telegram mereka. 


Layari www.richworks.com 

Jom sertai https://t.me/AzizanOsmanOfficial








Ulasan

  1. Artikel ini sangat memberi manfaat, terbaik!

    5 Ciri Ciri Syarikat enterprise vs sdn bhd . Ketahui Bila Anda Perlu Bertukar ke Sdn Bhd

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular