Kini Dilancarkan, Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Dan Penyampaian Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Kepada Negeri Perlis

 Kini Dilancarkan, Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Dan Penyampaian Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Kepada Negeri Perlis


Atas keprihatinan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald dan McDonald’s Malaysia, Majlis Pelancaran Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Dan Penyampaian Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Untuk Negeri Perlis telah diadakan 28 Februari 2022 yang lalu. 

Untuk pengetahuan anda, RMHC merupakan penyumbang terbanyak bagi bilik-bilik terapi sensori di seluruh negara.  Selain itu, RMHC juga menyediakan latihan bagi pelatih-pelatih terapi untuk kanak-kanak istimewa ini.

Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) telah melancarkan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh, Perlis pada hari tersebut. 

Ia merupakan lokasi yang ke-34 Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dan dengan ini melengkapkan sumbangan RMHC bagi RMSR di Perlis sekaligus lengkap seluruh negara.


Majlis Perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Dan Penyampaian Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Untuk Negeri Perlis 



 

Secara rasminya pada 28 Februari 2022, Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald yang terletak di A-Heart Universiti Malaysia Perlis telah dibuka. Bilik terapi ini adalah  sumbangan dari Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia).


Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald ini telah dilancarkan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Tuanku Raja Puan Muda Perlis. Turut dihadiri oleh Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, merangkap Pengerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dan YBrs. Prof Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.


Selain dari pelancaran, penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000 juga telah berlangsung. Penyerahan ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir Jaafar kepada En Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs.

 

Sejarah Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) 


Bukan sekarang, tetapi sejak tahun 1999 lagi, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah mula menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR). Sehingga hari ini, ia telah berada di seluruh negara.  

Penajaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald ini adalah sebagai kemudahan buat kanak-kanak OKU yang memerlukan. 

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald ini disediakan khususnya untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas atau kurang upaya dan yang mengalami masalah pembelajaran. Dengan aktiviti yang bakal diadakan di bilik terapi ini juga, ia dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka.


 

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di Perlis



RMSR di A-Heart merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis. 


Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) ini diberikan sebagai sebuah program sumbangan atau kebajikan dari RMHC Malaysia. RMSR membantu kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran

RMSR merupakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap yang berfungsi merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu yang disediakan sebagai salah satu sumbangan RMHC.


Dengan pembukaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di UniMAP Perlis, maka lengkaplah rangkaian penubuhan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di setiap negeri di Malaysia.


Fokus RMSR: 

  • Membantu meningkatkan tahap keyakinan kanak-kanak OKU

  • Membantu eningkatkan perkembangan kognitif 

  • Membantu menyelesaikan masalah pembelajaran kanak-kanak OKU


Terdapat banyak peralatan di dalam RMSR untuk digunakan bagi membantu meningkatkan kemahiran kognitif dan  keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.


“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.” Maklum Dato’ Azmir Jaafar.


“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan  terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,”  kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC. 


 Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 



Sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)


Selain dari menyumbang bilik terapi sensori RMSR, RMHC juga giat dengan akiviti kemasyarakatannya iaitu lebih dari 7,000 aktiviti yang telah dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s.  

RMHC juga merangkumi aktiviti bersama restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Program-program yang telah dilaksanakan juga adalah seperti sumbangan makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan juga tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadhan nanti. 


Zakat Korporat McDonald’s Malaysia


Tidak terkecuali, McDonald’s Malaysia juga menyumbang zakat korporat sebagai aktiviti sumbangan dan kebajikan mereka. Sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam, zakat juga disumbangkan sebagai tanda penghargaan mereka kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan mereka walaupun ketika perintah kawalan pergerakan yang lalu.

Zakat korporat ini juga adalah tanda McDonald’s Malaysia merupakan organisasi yang sentiasa prihatin dan peka akan nasib golongan asnaf dan yang memerlukan. 

YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada En. Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs.



Akhir kata,  Tahniah buat McDonald’s Malaysia kerana sentiasa prihatin dalam memastikan keperluan kanak-kanak Malaysia terjamin.  Semoga dengan keperluan OKU Perlis yang disumbangkan oleh RMHC Malaysia ini dimanfaatkan sebaiknya.


Tindakan pelancaran Biik Terapi Sensori RMHC dan bantuan zakat korporat Mcdonald's Malaysia bernilai RM100,000 untuk golongan asnaf ini adalah rezeki besar buat semua.

Ulasan



Catatan Popular