SAP Memudahkan Ibu Bapa Untuk Mengetahui Keputusan Peperiksaan Anak-Anak

 


SAPS Ibu Bapa merupakan sistem yang membolehkan ibu bapa mengetahui Keputusan Peperiksaan Anak-Anak mereka ..Saps Ibu Bapa ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang yang di muat naik oleh KPM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Sistem SAPS 2022 memudahkan guru untuk memasukkan markah peperiksaan pelajar dan memudahkan ibu bapa melihat prestasi anak mereka dalam peperiksaan bagi setiap tahun semasa persekolahan.

Sistem SAP IBU BAPA ni boleh di akses di mana-mana tempat, melalui Telefon pintar dan komputer peribadi asalkan kita ibu bapa mempunyai data internet..proses yang cepat dan pantas..

Untuk pengetahuan ibu bapa ,guru sekolah anak2 kita mereka akan mengisi maklumat markah Anak-Anak di dalam Sistem SAPSNKRA 

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php


Untuk proses permulaan kita ibu bapa perlu mengisi maklumat seperti berikut:-

1.Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran

2.Pilih maklumat sekolah (negeri, daerah dan nama sekolah)

3.Tekan semak 

Semakan ini adalah untuk murid Sekolah Rendah dan Menengah yang telah didaftar pengoperasiannya di bawah KPM.

Pengisian markah peperiksaan oleh guru sekolah  adalah tertakluk kepada tarikh jadual yang dikeluarkan oleh KPM.

Sekiranya ada sebarang masalah berkaitan SAPS, ibu bapa atau pengguna website di mohon  hubungenghubungi Setiausaha Peperiksaan SAPS di sekolah masing-masing


Maklum la bila jarang-jarang buka Sistem mesti akan ada Terlupa kata laluan Login Sistem  SAPS Ibu Bapa

Jika anda terlupa butiran login saps ibu bapa , ANDA tidak perlu risau kerana anda boleh reset semula username dan password yang diisi sebelum ini.

Bagi para guru yang terlupa login SAPS Guru, boleh cuba reset username dan password anda semula di ruangan login. Jika masih gagal, boleh terus hubungi SUP sekolah anda.

SUP sekolah anda akan RESET kata laluan anda pada modul KEMUDAHAN – SENARAI PENGGUNA.

Setelah proses RESET dilakukan anda perlu login semula ke dalam sistem dengan menggunakan kata laluan sementara 12345678 dan menukar kata laluan yang baharu.

Soalan Lazim SAPS yang biasa dipertanyakan antaranya

1. Macam mana saya nak dapatkan Login Saps ini?Sila dapatkan username dan password baru di SUP SAPS sekolah anda.

2. Macam mana nak ubah username & password?Sila rujuk Guru Kelas/ Guru Matapelajaran anak di sekolah masing2



Semak & Login Saps NKRA

Untuk memasuki SAPS, anda boleh layari: https://sapsnkra.moe.gov.my/


Manakala untuk ibu bapa, log masuk ke SAPS Ibu Bapa melalui pautan: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Ulasan



Catatan Popular