Teks Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha 2023

 pejam celik pejam celik sekejap ja dah masuk bulan zulhijjah..




 Berharap Malam Segera Tiba, 

Berganti Pagi Penuh Doa, 

Menyambut Aidiladha Bersama Keluarga.

 Izinkan Kami Memohon Maaf Atas Segala Kesilapan,

 Mohon Maaf Zahir Dan Batin Dari Kami Sekeluarga.


 Mata Sering Salah Menatap, 

Mulut Sering Salah Berucap, 

Hati Sering Salah Prasangka,

 Dengan Niat Yang Tulus Dan Suci, 

Saya Mohon Maaf Zahir Dan Batin.


 Merdunya Zikir Sebagai Selingan,

 Penyejuk Jiwa Dikala Keseorangan.

 Aidilfitri Merayakan Kemenangan,

 Aidiladha Pelengkap Pengorbanan.


 Mawar Indah Harum Mewangi,

 Aromanya Ada Dimana Berada, 

Pesan Ini Sebagai Pengganti Diri, 

Selamat Hari Raya Aidiladha. 


Aku Tidak Memintamu Untuk Menjadi Awan,

 Kerana Aku Takut Kamu Akan Mendung.

 Aku Juga Tidak Memintamu Untuk Menjadi bunga,

 Kerana Aku Takut Kamu Akan Layu.

 Aku Hanya Memintamu Untuk Memaafkanku Setulus Hati. 

Selamat Hari Raya Aidiladha,

 Mohon Maaf Zahir Dan Batin. 

Harta Yang Paling Bernilai Adalah Kesabaran.

 Rakan Yang Paling Setia Adalah Amal. 

Ibadah Yang Paling Indah Adalah keikhlasan. 

Identiti Tertinggi Adalah Iman. 

Pekerjaan Paling Berat Adalah Memaafkan.

 Mohon Maaf Zahir Dan Batin,

 Selamat Hari Raya Aidiladha.


 Indah Langit Kerana Awan, 

Indah Laut Kerana Kebiruan, 

Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan,

 Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan, 

Selamat Hari Raya Aidiladha.


 Tiada Kata Seindah Kata Maaf,

 Tiada Perbuatan Seindah Yang Memaafkan, 

Kini Hati Akan Dibersihkan, 

Tanpa Noda Dan Kotoran, 

Selamat Hari Raya Aidiladha. 

Mohon Maaf Zahir Dan Batin. 


Tangan Dihulur Maaf Dipinta, 

Erat Hubungan Sesama Kita,

 Semoga Gembira Di Hari Yang Mulia Ini,

 Salah Dan Silap Harap Dimaafkan. 

Selamat Hari Raya Aidiladha, 

Maaf Zahir dan Batin.


Yang Jauh Itu Waktu,

 Yang Dekat Itu Mati,

 Yang Besar Itu Nafsu,

 Yang Berat Itu Amanah, 

Yang Mudah Itu Berbuat Dosa,

 Yang Panjang Itu Amal Soleh, 

Yang Indah Itu Saling Memaafkan, 

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin. 


10 Zulhijjah Menjelang Tiba, 

Takbir Bergema Mengegarkan Jiwa,

 Sekiranya Ada Salah Dan Dosa,

 Ampun Dipinta Dihari Mulia,

 Selamat Hari Raya Aidiladha,

 Maaf zahir Dan Batin. 


Sungai Disusur Sehari-Hari,

 Dalam Gelap Menangkap Ikan, 

Kami Menyusun Sepuluh Jari,

 Salah Dan Silap Harap Maafkan, 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. 


Salam Dihulur Tanda Ingatan,

 Moga Ukhwah Sentiasa Berkekalan,

 Selamat Hari Raya Aidiladha Kami Titipkan, 

Buat keluarga Dan Juga kenalan. 


SALAM AIDILADHA… 

Tangan Dihulur Maaf Dipohon, 

Tanda Ikhlas Mensucikan Diri, 

Salah Dan Silap Harap Diampun,

 Semoga Berbahagia Di Aidiladha.


 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

 Maaf Zahir & Batin. 

Ingatan Tulus Ikhlas Saya Dan Keluarga. 


Dalam Kerendahan Hati Ada Ketinggian Budi, 

Dalam Kemiskinan Harta Ada Kekayaan Jiwa,

 Dalam Kelembutan Lidah Ada Juga Keterlanjuran Kata, 

Dalam Gurau Senda Sudah Tentu Ada Khilaf Dan Dosa.

 Mohon Ampun Zahir Dan Batin Dan Selamat Hari Raya Aidiladha.. .


Dalam Gurau Ada Senda, 

Dalam Senyum Ada Tawa, 

Dalam Suka Ada Duka,

 Itulah Sebenarnya Diri Kita, Cuma… 


Jangan Ikut Hati Luka, 

Jangan Difikir Salah Siapa, 

Jangan Di Ungkit Pahala Dosa, 

Anggaplah Ruang Bertemu Kata, 

Kata Sekadar Penghibur Belaka, 

Moga Silaturrahim Tetap Ceria, 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin.


Ulasan



Catatan Popular