IbU AinUl,ALiF &Aisy

Parenting,Lifestye,Review,Contest & Giveaway EMAIL:adna2029@gmail.com

Latest Post
Loading...
Copy Close

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم‬ ...

belajar menghargai perbezaan




MANUSIA DAN PERBEZAAN
Kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Manusia dan perbezaan adalah dua perkataan yang tidak dapat dipisahkan. Setiap manusia mempunyai kehidupan yang tersendiri, pengalaman hidup yang berbeza dan juga cara berfikir yang sudah tentunya berlainan sama sekali.
Malangnya, hari ini banyak masyarakat berpecah-belah kerana berbeza pendapat. Ini tidak terkecuali dalam hal-hal berkaitan dakwah dan pembinaan daulah. Masing-masing terlalu mengikut emosi dan hawa nafsu sehingga sanggup memfitnah saudara seIslam, yang dosanya lebih besar daripada membunuh.
Sesungguhnya perbezaan itu adalah lumrah, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman sebagaimana dinukilkan dalam Al-Qur’anul Karim, Surah Huud ayat 118 – 119:
“Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah ALLAH menciptakan mereka.”
Dalam ayat tersebut, ALLAH SWT telah menjelaskan bahawa perselisihan pandangan yang berlaku di kalangan orang-orang yang beriman adalah rahmat, yang membawa kepada peningkatan iman dan taqwa kepada ALLAH SWT, bukan sebaliknya.
LIHATLAH DARIPADA SUDUT YANG BERBEZA
Dalam dunia ini tiada perkara yang 100% betul atau 100% salah. Sentiasa akan ada pilihan kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.
Semua ini bergantung kepada dari perspektif mana kita melihat sesuatu perkara. Untuk lebih memahaminya, mari kita cuba melihat gambar-gambar di bawah daripada perspektif yang berbeza-beza.
1.   Peniup Saksofon atau Gadis Muda.
 


Cuba lihat gambar ini. Jelas bukan kelihatan seorang peniup saksofon dalam gambar tersebut. Tetapi kalau anda cuba melihat gambar ini melalui sudut pandangan yang berbeza, anda akan melihat seorang gadis sedang manatap anda, bukan?
2.   Vas atau Laki-Laki.
Lihat pula gambar ini. Apa yang dapat anda lihat? Vas berwarna putih atau laki-laki yang saling berhadapan?
3.   Bebek atau Kelinci.
Apa yang anda lihat? Bebek yang menghadap ke kiri atau kelinci yang menghadap ke kanan?
4.   Satu atau Dua Lelaki
 

Apa yang dapat anda lihat? Seorang lelaki yang sedang menghadap anda ataukah dua orang lelaki yang saling berhadapan?

5.   Siluet Kapal atau Gadis yang Tersenyum


Lihat pula kepada gambar ini. Perasankah anda pada siluet kapal yang sedang berlayar di malam hari? Atau fokus anda hanya kepada gadis yang tersenyum?

6.   Lelaki atau Binaan Lama


Apakah pula input yang diproses oleh otak anda melalui gambar ini? Adakah wajah seorang lelaki yang sedang menatap anda atau sekadar binaan lama?
Hakikatnya, apa yang ingin kita pelajari daripada gambar-gambar ini adalah bahawa pemikiran setiap orang berbeza-beza mengikut perspektif masing-masing. Hal ini disebabkan sesuatu perkara itu boleh diinterpretasikan melalui pelbagai cara dan memberi maksud-maksud yang berbeza. Dan tidak semestinya hanya ada satu pemikiran yang betul, manakala yang lainnya salah.
Apa yang penting adalah bagaimana cara dan kesediaan yang datang daripada diri kita sendiri untuk belajar melihat sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain. Itulah yang dikatakan manfaat daripada perbezaan!

PERBEZAAN DAN FALSAFAH LIMA JARI 2
Setiap manusia memang dilahirkan untuk berbeza. Marilah kita belajar untuk menghargai, bukan setakat menerima perbezaan tersebut.
Pernahkah anda mendengar falsafah lima jari 2?* Falsafah ini menekankan konsep perbezaan yang terdapat pada diri kita sendiri, bukan untuk saling bertelingkah, sebaliknya untuk bersatu.
1.   Ada si gendut ibu jari yang selalu berkata baik dan menyanjung: “Good! d^^b”
2.   Ada telunjuk yang suka menunjuk dan memerintah.
3.   Ada si jangkung jari tengah yang sombong dan suka menghasut.
4.   Ada jari manis yang selalu menjadi suri tauladan, baik, sabar, lemah lembut, manis….. tengok, kan dah diberi cincin.
5.   Dan ada kelingking yang lemah dan menurut kata serta sangat pemaaf (ingatkah anda waktu kecil kalau kita berbaik-baik dengan seseorang pasti saling bersentuhan jari kelingking?)

Dengan perbedaan positif dan negatif yang dimiliki masing-masing jari,mereka bersatu untuk mencapai tujuan (menulis, memegang, menolong anggota tubuh yang lain, melakukan pekerjaan, dll).
Pernahkah kita bayangkan bila tangan kita hanya terdiri semuanya dari ibu jari saja? Malahan jari telunjuk dan jari tengah apabila bersatu, maka terhasillah: “Peace v(^^)v”
Falsafah ini sederhana namun sangat bererti. Kita diciptakan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu, saling menyayangi, saling menolong, saling membantu, bukan untuk saling menuduh, tunjuk menunjuk, merosak bahkan menganiaya.


 
KESIMPULAN
Bukanlah perbezaan pendapat itu yang perlu diperjuangkan, sebaliknya, akhlak yang terpuji itulah yang lebih ‘aula. Sabda Rasulullah SAW:
“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” – Riwayat Abu Daud.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "belajar menghargai perbezaan"

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top