belajar menghargai perbezaan
MANUSIA DAN PERBEZAAN
Kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Manusia dan  perbezaan adalah dua perkataan yang tidak dapat dipisahkan. Setiap  manusia mempunyai kehidupan yang tersendiri, pengalaman hidup yang  berbeza dan juga cara berfikir yang sudah tentunya berlainan sama  sekali.
Malangnya, hari ini banyak masyarakat berpecah-belah kerana berbeza  pendapat. Ini tidak terkecuali dalam hal-hal berkaitan dakwah dan  pembinaan daulah. Masing-masing terlalu mengikut emosi dan hawa nafsu  sehingga sanggup memfitnah saudara seIslam, yang dosanya lebih besar  daripada membunuh.
Sesungguhnya perbezaan itu adalah lumrah, dan menjadi rahmat bagi  orang-orang yang beriman sebagaimana dinukilkan dalam Al-Qur’anul Karim,  Surah Huud ayat 118 – 119:
“Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah ALLAH menciptakan mereka.”
Dalam ayat tersebut, ALLAH SWT telah menjelaskan bahawa perselisihan  pandangan yang berlaku di kalangan orang-orang yang beriman adalah  rahmat, yang membawa kepada peningkatan iman dan taqwa kepada ALLAH SWT,  bukan sebaliknya.
LIHATLAH DARIPADA SUDUT YANG BERBEZA
Dalam dunia ini tiada perkara yang 100% betul atau 100% salah.  Sentiasa akan ada pilihan kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.
Semua ini bergantung kepada dari perspektif mana kita melihat sesuatu  perkara. Untuk lebih memahaminya, mari kita cuba melihat gambar-gambar  di bawah daripada perspektif yang berbeza-beza.
1.   Peniup Saksofon atau Gadis Muda.
Cuba lihat gambar ini. Jelas bukan kelihatan seorang peniup saksofon dalam gambar tersebut. Tetapi kalau anda cuba melihat gambar ini melalui sudut pandangan yang berbeza, anda akan melihat seorang gadis sedang manatap anda, bukan?
2.   Vas atau Laki-Laki.
Lihat pula gambar ini. Apa yang dapat anda lihat? Vas berwarna putih atau laki-laki yang saling berhadapan?
3.   Bebek atau Kelinci.
4.   Satu atau Dua Lelaki
Apa yang dapat anda lihat? Seorang lelaki yang sedang menghadap anda ataukah dua orang lelaki yang saling berhadapan?
5.   Siluet Kapal atau Gadis yang Tersenyum
Lihat pula kepada gambar ini. Perasankah anda pada siluet kapal yang  sedang berlayar di malam hari? Atau fokus anda hanya kepada gadis yang  tersenyum?
6.   Lelaki atau Binaan Lama
Apakah pula input yang diproses oleh otak anda melalui gambar ini?  Adakah wajah seorang lelaki yang sedang menatap anda atau sekadar binaan  lama?
Hakikatnya, apa yang ingin kita pelajari daripada gambar-gambar ini  adalah bahawa pemikiran setiap orang berbeza-beza mengikut perspektif  masing-masing. Hal ini disebabkan sesuatu perkara itu boleh  diinterpretasikan melalui pelbagai cara dan memberi maksud-maksud yang  berbeza. Dan tidak semestinya hanya ada satu pemikiran yang betul,  manakala yang lainnya salah.
Apa yang penting adalah bagaimana cara dan kesediaan yang datang  daripada diri kita sendiri untuk belajar melihat sesuatu perkara  daripada sudut pandangan orang lain. Itulah yang dikatakan manfaat  daripada perbezaan!
PERBEZAAN DAN FALSAFAH LIMA JARI 2
Setiap manusia memang dilahirkan untuk berbeza. Marilah kita belajar  untuk menghargai, bukan setakat menerima perbezaan tersebut.
Pernahkah anda mendengar falsafah lima jari 2?* Falsafah ini  menekankan konsep perbezaan yang terdapat pada diri kita sendiri, bukan  untuk saling bertelingkah, sebaliknya untuk bersatu.
1.   Ada si gendut ibu jari yang selalu berkata baik dan menyanjung: “Good! d^^b”
2.   Ada telunjuk yang suka menunjuk dan memerintah.
3.   Ada si jangkung jari tengah yang sombong dan suka menghasut.
4.   Ada jari manis yang selalu menjadi suri tauladan, baik, sabar, lemah lembut, manis….. tengok, kan dah diberi cincin.
5.   Dan ada kelingking yang lemah dan menurut kata serta sangat  pemaaf (ingatkah anda waktu kecil kalau kita berbaik-baik dengan  seseorang pasti saling bersentuhan jari kelingking?)
Dengan perbedaan positif dan negatif yang dimiliki masing-masing  jari,mereka bersatu untuk mencapai tujuan (menulis, memegang, menolong  anggota tubuh yang lain, melakukan pekerjaan, dll).
Pernahkah kita bayangkan bila tangan kita hanya terdiri semuanya dari  ibu jari saja? Malahan jari telunjuk dan jari tengah apabila bersatu,  maka terhasillah: “Peace v(^^)v”
Falsafah ini sederhana namun sangat bererti. Kita diciptakan dengan  segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu, saling  menyayangi, saling menolong, saling membantu, bukan untuk saling  menuduh, tunjuk menunjuk, merosak bahkan menganiaya.
KESIMPULAN 
Bukanlah perbezaan pendapat itu yang perlu diperjuangkan, sebaliknya,  akhlak yang terpuji itulah yang lebih ‘aula. Sabda Rasulullah SAW:
“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” – Riwayat Abu Daud.

Ulasan
Catat Ulasan
,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',