Rupa-rupanya, ada banyak perkara yang anda tidak tahu mengenai Bomba.
Dah tengok Kalendar Bomba 2015? Sejak diperkenalkan tempoh hari,
kalendar ini mendapat sambutan menggalakkan dan turut menjadi viral di
laman sosial. Ramai menyifatkan kalendar Bomba ini "panas" dan
"mengujakan".
Nak tahu fakta-fakta tentang kalendar ini? Lihat senarai penuh di bawah:
1. Kalendar ini merupakan idea Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan
2. Konsep yang diketengahkan kali ini ialah 'Man and Machine' di mana ia memaparkan anggota Bomba bersama jentera operasi rasmi di darat, laut dan juga udara
3. Ini merupakan kali kedua kalendar sebegini dihasilkan. Tahun lepas, mereka mengetengahkan konsep 'Fireman And Equipment' yang menunjukkan anggota Bomba bersama peralatan yang digunakan dalam operasi mereka.
4. Tujuan kalendar ini dihasilkan adalah bagi mempamerkan fizikal
anggota Bomba yang cergas, tegap, sihat dan kuat supaya sentiasa
bersedia menghadapi apa jua bencana yang tidak diduga
5. Ia juga bagi meyakinkan orang ramai terhadap tahap kesediaan
anggota Bomba dalam menjalankan tugas, sekali gus mempromosikan gaya
hidup sihat dan pemakanan yang seimbang kepada masyarakat
6. Terdapat 12 model yang diambil dari seluruh Malaysia dengan
pecahan 10 lelaki dan 2 perempuan. Kesemuanya adalah anggota Bomba yang
sebenar.
7. Setiap tahun, Jabatan Bomba mengadakan SukBom atau Sukan Bomba
Malaysia. Salah satu acara yang dipertandingkan ialah 'Mr Wonderful'
iaitu sukan bina badan dikalangan anggota Bomba yang berbadan tegap dan
sasa.
8. Pertandingan 'Mr Wonderful' ini mula-mulanya diadakan di
peringkat negeri dahulu. Kesemua 16 Jabatan Bomba Di Malaysia termasuk
Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur terlibat.
9. Kemudian, pemenang di setiap negeri akan bertanding di peringkat
kebangsaan. Hanya 10 yang terbaik sahaja yang dipilih untuk masuk ke
dalam kalendar tersebut.
10. Pertandingan 'Mr Wonderful' ini hanya dibuka untuk lelaki
11. Menurut sumber, 'Mr September' merupakan naib johan bagi pertandingan Mr Borneo 2011. Hebat!
12. Kalendar ini ada dua jenis iaitu kalendar meja dan kalendar
poster untuk digantung. Ianya bukan untuk dijual. Hanya sebilangan 7,000
kalendar meja dan 3,000 kalendar gantung sahaja yang dicetak. Jadi,
siapa cepat dia dapat!
Nak satu? Kami ada beberapa salinan Kalendar Bomba 2015 untuk
diberikan kepada anda. Bagaimana? Mudah saja. Hantarkan mesej peribadi
ke Facebook kami. Jangan lupa juga untuk LIKE!
JUGA DI SAYS: "Jamban" Ini Siap Ada Bluetooth Dan Boleh Keluarkan Suara. Hebat!
great
BalasPadam:)
Padamsukan bomba tu ingat ade kat oversea aje.. malaysia pun ada buat eh..
BalasPadamWahhh model dier.. Hahaha..
BalasPadamPAPAglamz nampak model jer ekz
Padamwah, sado2 belaka! he3..
BalasPadamhahah kan sado2 kan
Padam