berkongsi info

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. ana mengharapkan agar anda semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Bagaimana pula dengan ibu-ibu, mama-mama di tika ini? ana mengharapkan agar anda sihat di samping insan yang tercinta.
Seperti yang dijanjikan ini adalah sambungan akhir bagi simptom, kesan dan masalah semasa hamil. Semoga perkongsian ilmu yang ana miliki ini dapatlah kita manfaatkannya bersama-sama sebagai sumber maklumat yang berguna.

  • PITAM
Sebilangan ibu-ibu yang hamil selalu menghadapi tekanan darah rendah. Ketahuilah bahawa ini adalah punca biasa pening dan pitam sewaktu hamil sahaja. Pada kebiasaannya keadaan ini akan berlaku jika anda berdiri terlalu lama di mana darah anada akan mudah terkumpul di kaki dan sabahagiannya juga terdapat pengurangan darah di kepala.
Jika anda pening, adalah dinasihatkan agar anda duduk secara perlahan-lahan, tundukkan kepala anda supaya darah boleh mengalir terus ke otak semula.
Sekiranya anda masih berasa agak keletihan juga, muka pula kelihatan pucat dan sukar bernafas, anda mungkin mengalami anemia. Perkara yang wajar anda lakukan adalah segera berjumpa dengan doktor anda untuk melakukan pemeriksaan darah untuk anda. Pada amnya doktor akan membekalkan anda sejenis pil zat besi kepada anda jika perlu. Disamping itu juga anda adalah digalakkan memakan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, balkoni untuk mengurangkan masalah ini.
  • CIRIT- BIRIT
Ini lazimnya, jangkitan viral atau keracunan makanan yang biasa tidak akan menjejaskan anda dan janin. Adalah disarankan agar anda minum air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi dan segerlah mendapatkan rawatan doktor untuk mengenal pasti punca jangkitan tersebut.
Ketahuilah bahawa jika cirit-birit yang anda alami itu amat teruk dan disertai dengan muntah-muntah ini adalah petunjuk bahawa jangkitan yang lebig serius akan berlaku seperti keracunan salmonella atau listeriosis. Untuk pengetahuan umum jangkitan ini lebih kerap berlaku di negara bara Dilaporkan ia boleh menyebabkan kelahiran pra matang.
Bagi mengelakkan ibu-ibu yang sedang hamil mengalami masalah seperti ini anda perlulah mengelakkan diri dari memakan atau memasak telur mentah atau separuh masak. Bukan itu sahaja malahan dengan daging ayam mentah atau separuh masak serta susu yang tidak dipastur juga perlu dielakkan.
  • KERAP BUANG AIR KECIL
Ini adalah perkara biasa di awal dan akhir kehamilan.
Ketahuilah bahawa jika anda rasa panas ketika membuang air kecil, suhu badan meningkat, sakit abdomen atau air kencing berbau dan kelihatan keruh, ia mungkin petanda jangkitan air kencing (UTI). Jika tidak dirawat sebaik-baiknya, jangkitan ini boleh merebak ke buah pinggang.

  • SAKIT KAKI
Bagi ibu-ibu yang hamil kekejangan kaki adalah perkara biasa. Biasanya ia akan berlaku pada waktu malam. Bagi saranan Suri, anda adalah dinasihatkan agar memakai sarung kaki yang tebal dan lakukanlah sedikit senaman regangan di kedua-dua belah kaki anda sebelum tidur.
Ketahuilah bahawa sekiranya sebelah kaki anda kelihatan merah dan bengkak atau sakit ketika berdiri, berjalan ia mungkin deep vein thrombosis (DVT) iaitu darah mula membeku di urat kaki anda. Ianya memerlukan rawatan dengan segera!
  • SAKIT BELAKANG
Sakit di bahagian bawah belakang juga adalag perkara biasa kerana postur terbeban dengan peningkatan berat badan yang makin meningkat.
Ketahuilah bahawa sakit ini seperti dicucuk dan ada kalanya juga anda akan merasa panas di bahagian bawah belakang hungga ke kaki adalah sciatica. Ini berkemungkinan anda adaslah wajar memerlukan bantuan pakar fisioterapi bagi mengatasi masalah seperti ini.
  • KONTRAKSI
Ia mungkin Braxton Hicks. Anda mungkin mengalaminya seawal minggu ke-28. Jika bayi kedua dan seterusnya, Braxton Hicks akan dirasai lebih awal daripada tempoh ini.
Ketahuilah bahawa jika kehamilan anda kurang daripada minggu ke-37 dan kontraksi adalah kerap atau anda mengalami show (lelehan mukus yang kadangkala disertai dengan darah), ketuban pecah dan sakit belakang, ia menjuruskan kepada kelahiran pra matang. Jika selepas minggu ke-37, itu petanda awal bersalin.

  • SAKIT KETIKA BERJALAN
Ini mungkin disebabkan kesakitan ligamen.
Ketahuilah jika ia semakin teruk ketika anda menaiki tangga, ia mungkin symphysis pubis disfunction (SPD) yang disebabkan oleh sendi publik yang melebar di hadapan pelvis.
  • SUKAR BERNAFAS
Keperluan oksigen bagi seseorang ibu yang hamil akan mula meningkat. Ini disebabkan hormon kehamilan telah menyebabkan ibu yang hamil sukar bernafas apabila mereka kurang menyedut udara yang segar.
Ketahiulah bahawa jika anda sukar berbafas ketika berehat, ia mungkin petanda anemia.
Sekiranya ia disertai dengan sakit dada, berdebar-debar, batuk atau pening, anda mungkin mengalami penyakit paru-paru, penyakit jantung atau darah beku di paru-paru.
Namun keadaan seperti ini jarang berlaku. Oleh itu anda jaganlah panik, dan dapatkanlah pemeriksaan doktor untuk mendapatkan kepastian.
  • PERUT GATAL
Perut gatal adalah perkara yang normal kerana kulit anda meregang.
Ketahuilah jika anda kerap gatal sehingga memberi kesan kepada tangan dan kaki, ia mungkin obstetric cholestasis (ibu selalunya kuning / jaundis). Pada peringkat ini doktor akan menjalankan pemeriksaan ujian darah keatas anda. Jika hasilnya positif, anda akan diindius supaya bayi dilahirkan.
  • NAFAS BERBAU
Penyebab biasa ialah jangkitan gusi yang dikaitkan dengan kelahiran pra matang.
Ketahuilah bahawa jika gusi anda sakit dan berpotensi untuk berdarah ketika menggosok gigi, anda adalah dinasihatkan agar segera berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan yang lanjut.
  • SAKIT PERUT
Penyebab utama sakit perut adalah kesan daripada ligamen yang telah menyokong rahim anda. Kesakitan ligamen ini pada kebiasaannya berupa kekejangan yang kuat di bahagian kanan dan kiri perut.
Ketahuilah bahawa jika keadaan anda waktu itu teruk dan berterusan, anda adalah dinasihatkan agar segera berjumpa dengan doktor untuk mengetahui sama ada ia UTI, kehamilan luar rahim, pendarahan di belakang plasenta (selepas minggu ke-24), ovarian cyst atau apendiks.
  • SAKIT TANGAN
Pada trimester ketiga, air yang bertakung akan mula memberikan kesan kepada otot saraf daripada bahagian lengan hadapan sehingga ke tangan. Masalah ini dikenali sebagai carpal tunnel syndrome. Di mana anda mungkin rasa seperti dicucuk, kebas atau lemah tangan. Ia tidak serius dan akan hilang selepas kelahiran kelak.
Ketahuilah jika simptonya teruk, doktor akan segera merujuk kes ini ke pakar fisioterapi.
  • RENDAH DIRI
Ia adalah normal. Mengapa? Kerana hormon kehamilan anda telah mengubah mood dan perasaan anda. Pada waktu itu, tentu sahaja banyak perkara tentang kehamilan difikirkan. Bagaimana cara untuk mengatasinya? Erm..mungkin bagi suri perbincangan dengan ibu-ibu hamil yang lain mungkin dapat membantu anda.
Ketahuilah sekiranya anda tetap berterusan merasa rendah diri, bersalah atau cemas, keadaan seperti ini dikenali sebagai antenatal depression. Dan ia juga boleh berterusan setelah bayi dilahirkan kelak.
  • SAKIT ABDOMEN
Ini mungkin disebabkan angin atau ligamen yang meregang. Jika diawal kehamilan, dapatkanlah rawatan jika sakit timbul walaupun tidak teruk. Di peringkat ini, ia adalah sesuatu tidak normal serta boleh membawa kepada masalah keguguran.
Ketahuilah bahawa jika kesakitan teruk di awal minggu kehamilan ia menunjukkan kehamilan di luar rahim, manakala jika kesakiatan dirasai seperti senggugut ia pula menandakan bahawa keguguran sekiranya diiringi pendarahan. Jika kesakiran berlaku selepas minggu ke-37, mungkin petanda bayi bakal dilahirkan. Sakit yang teruk selepas minggu ke-37 kadangkala merupakan kecemasan. Seperti contoh kes abruptio (uri lekang)
  • BAYI TIDAK BERGERAK !
Anda akan hanya merasai pergerakan bayi bermula dari minggu ke-20 ke atas.
Ketahuilah jika anda perasan pengurangan pergerakan bayi secara tiba-tiba, segera dapatkan nasihat doktor. Doktor akan mula memeriksa degupan jantung bayi anda ataupun melakukan ujian imbasan jika perlu.
Jadi bagi ibu-ibu yang hamil diluar sana tu janganlah selalu dihimpit perasaan takut dan resah sepanjang kehamilan anda ini kerana tempoh kehamilan itu haruslah dihadapi dengan rasa kesyukuran..kegembiraan keatas KURNIAN ILAHI KEPADA ANDA..
INGATLAH BAHAWA DETIK-DETIK INDAH 40 MINGGU kelahirannya tidak sama dengan kelahiran anak-anak anda yang sebelumnya..
IKHLAS DARI SURI. :)

Ulasan



Catatan Popular