Jagaan Semasa Mengandung
|  | 
|  | ||||||||||||||||||||||||||
|  | ||||||||||||||||||||||||||
|  |                           Jagaan  semasa                           mengandung merupakan khidmat yang diberi kepada  ibu                           mengandung apabila sahaja ia disahkan hamil.  Khidmat                           tersebut meliputi lawatan berjadual secara berkala  ke                           klinik ibu mengandung, penilaian berterusan ke  atas                           tumbesaran janin dan mengenalpasti faktor-faktor  risiko                           yang mungkin wujud di kalangan ibu tersebut.  Pengurusan                           seterusnya adalah sangat penting di samping  memberi                           pendidikan dan nasihat kepada ibu serta  keluarganya.                           Jagaan ini akan berterusan sehinggalah ibu bersalin. | |||||||||||||||||||||||||
|  |  | |||||||||||||||||||||||||
|  | ||||||||||||||||||||||||||
|  |  | |||||||||||||||||||||||||
|  |                           Tujuannya  adalah                           untuk memastikan ibu dan bayi yang dikandung itu  sentiasa                           berada dalam keadaan sihat. Ini dilakukan dengan  memantau                           kehamilan dan merawat segala masalah yang timbul.  Jagaan                           semasa mengandung yang anda akan terima mungkin  dianggap                           membebankan tetapi ia adalah untuk kebaikan anda  bagi                           mengenalpasti masalah di peringkat lebih awal.  Oleh yang                           demikian, adalah perlu bagi anda untuk membuat  lawatan                           secara berkala seperti yang dinasihatkan.  Pemeriksaan yang                           dibuat secara tekal akan menghasilkan satu  kehamilan yang                           sihat dan menjamin kelahiran yang selamat. | |||||||||||||||||||||||||
|  |  | |||||||||||||||||||||||||
|  | ||||||||||||||||||||||||||
|  |  | |||||||||||||||||||||||||
|  |                           Bagi                            kebanyakan ibu, adalah lebih senang jika jagaan  ini                           diberikan oleh doktor keluarga dan pihak hospital.  Bagi                           ibu-ibu yang mempunyai faktor risiko yang minima,  seorang                           doktor, jururawat atau bidan sudah cukup untuk  memberi                           sebahagian besar dari khidmat jagaan ini. Di  Malaysia,                           jagaan semasa mengandung asas diberi oleh:  | |||||||||||||||||||||||||
|  |  | |||||||||||||||||||||||||
|  | 
 | |||||||||||||||||||||||||
|  | ||||||||||||||||||||||||||
|  | ||||||||||||||||||||||||||
|  |  | |||||||||||||||||||||||||
|  |                                                     Jagaan sebelum mengandung merupakan jagaan yang  diberi                           kepada wanita-wanita yang bakal menjadi ibu yang  merancang                           untuk hamil di masa akan datang. Taraf kesihatan  am                           bakal-bakal ibu ini boleh diperiksa dan  usaha-usaha akan                           dilakukan untuk menstabilkan pengurusan sesuatu  masalah                           yang wujud seperti diabetes, tekanan darah tinggi,  masalah                           buah pinggang, paru-paru atau masalah-masalah  neurologi                           yang kronik. Implikasi atau kesan masalah-masalah  ini                           semasa hamil ke atas ibu dan bayi akan  dibincangkan                           kemudian. Keimunan atau ketahanan terhadap demam  cacar air                           atau rubella, kesan bahaya dari pengambilan  bahan-bahan                           tertentu seperti rokok, alkohol perlu diubahsuai.  Terapi                           ubat-ubat tertentu mungkin perlu diubah atau  dihentikan                           buat sementara waktu ketika hamil.                          Pada umumnya, jagaan sebelum mengandung perlu  meliputi:                           | |||||||||||||||||||||||||
|  |  | |||||||||||||||||||||||||
|  | 
 | |||||||||||||||||||||||||
|  |  | |||||||||||||||||||||||||
|  | ||||||||||||||||||||||||||
|  |                                                     Jika ujian kehamilan anda positif, doktor atau  jururawat                           anda akan memeriksa dan menasihatkan sewajarnya.  Pada                           lawatan permulaan, sejarah atau latar belakang  anda akan                           diambil sepenuhnya. Pemeriksaan fizikal akan  dilakukan.                           Beberapa pemeriksaan asas yang rutin akan dibuat.  Dari                           sejarah yang diambil beberapa perkara berikut akan                            dijalankan:                            | |||||||||||||||||||||||||
| 
 
 
 | ||||||||||||||||||||||||||
| 
 | ||||||||||||||||||||||||||
| 
 
 
 
 | ||||||||||||||||||||||||||
|  | 
 
 
 
 
 
 
                                                     Prosedur ini tidak mendatangkan sebarang  kesakitan. Anda                           hanya perlu berbaring di atas kerusi panjang dan  gel                           ultrasound akan disapukan ke perut anda supaya  imej bayi                           anda akan dapat dilihat dengan jelas. Gelombang  bunyi yang                           berfrekuensi tinggi akan dihasilkan oleh kuar  ultrasound                           dan ia digunakan untuk menghasilkan gambar bayi.  Anda akan                           dapat melihatnya di skrin. Gambar yang terbaik  dapat                           dihasilkan apabila pundi kencing anda penuh. Oleh  itu anda                           akan diminta untuk minum lebih banyak cecair  sebelum                           prosedur ini dijalankan. Ini dilakukan di  peringkat awal                           kehamilan. Di akhir kehamilan anda, rahim akan  menonjol                           keluar dari rerongga pelvis dan anda tidak lagi  perlu                           mengisi pundi kencing sebegitu banyak. Prosedur  ini akan                           mengambil masa antara 5 minit hingga setengah jam,                            bergantung kepada bentuk pengimbas. Bagaimanakah ibu mengandung yang berisiko dapat dikenalpasti? 
 
 | 

Ulasan
Catat Ulasan
,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',