MANDI SELEPAS PANTANG 
Selepas tamat tempoh berpantang,  iaitu selepas empat puluh empat hari, maka pada hari yang keempat puluh  lima akan diadakan kenduri kecil di antara ahli keluarga. Ibu tersebut  akan dimandikan dengan air sintok limau serta dilangirkan sebagai syarat  melepaskan pantang. Bermula dari hari tersebut, maka ibu itu bebas  menjalankan kerja-kerja rumahtangga atau sebarang pekerjaan lain.  Berpantang sebenarnya bertujuan bagi mengelakkan bentan yang bermaksud  sakit yang akan timbul akibat daripada melanggar pantang. Antara gejala  bentan ialah rasa sakit di ari-ari atau kemaluan, keluar nanah atau  darah dari saluran peranakan ataupun berlakunya buasir. Adalah  digalakkan bagi suami isteri untuk bersama setelah tamat upacara mandi  selepas pantang kerana ini akan mengeratkan kemesraan di antara  keduanya. 

Ulasan
Catat Ulasan
,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',