mau buka akaun Bank anak la...

1 . AMANAH SAHAM DIDIK
MAKLUMAT TABUNG
Nama Tabung AMANAH SAHAM DIDIK (ASD)
Jenis Pertumbuhan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 20 April , 2001
Objektif Untuk memberi peluang pelaburan yang dapat menjana pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit.
 
Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mengharapkan pertumbuhan modal bagi jangka masa panjang dari pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada), sebagai persediaan keperluan kewangan bagi tujuan perbelanjaan pendidikan pelabur dan ahli keluarga pada masa hadapan.
 
Kelayakan Bumiputera Malaysia.
  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Akaun Bijak ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
 
Pengurus PelaburanPermodalan Nasional Berhad
MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga Seunit RM 1.00
Bentuk Pelaburan
  • Buku Pelaburan
  • Skim Pelaburan Ahli KWSP
 
Pelaburan Permulaan Minimum
  • Buku Pelaburan- 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum
  • Buku Pelaburan - 1 unit
  • KWSP - RM1,000
Pelaburan Maksimum Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung
Saiz Tabung 4.5 bilion unit
Caj Jualan Tiada
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta merta, kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP.
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun

Penutupan Akaun dan
Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.
Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.
   
PRESTASI TABUNG
Tarikh Berakhir 30 Jun
2008
2009
2010
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit(sen)
7.00
6.30
6.35

Antara syarat nak buka akaun Amanah Saham Didik:-
> Anak berumur 6 bulan ke atas.
> Salinan surat beranak anak.
> Salinan kad pengenalan penjaga.
> Bawa surat beranak dan kad pengenalan penjaga yang asal semasa nak buka akaun.
> RM100 sebagai permulaan nak buka akaun.
> Akaun boleh buka dengan agen yang dilantik macam Maybank, CIMB, RHB dll.
> Contoh borang macam kat bawah ni, tanda kat Amanah Saham Didik (ASD).


ni bukunya huhuu

 

TABUNG HAJI


Nak buka akaun Tabung Haji senang je:-
> Boleh buka dari anak berumur sehari dan ke atas.
> Salinan surat beranak anak.
> Salinan kad pengenalan penjaga.
> Bawa surat beranak dan kad pengenalan penjaga yang asal.
> RM10 sebagai permulaan nak buka akaun.
> Cawangan Tabung Haji ada merata-rata senang bila nak buka akaun.

Isi borang ni yer.....


Kalau nak buat potongan gaji jangan lupa isi borang ni. Pastu bagi copy kat Bahagian Gaji/Payroll.


Ni dia buku Tabung Haji kalu sapa-sapa tak pernah tengok.




AKAUN SIMPANAN-i NURI
Akaun Simpanan Nuri merupakan akaun simpanan disediakan khas untuk kanak-kanak.
Konsep
Al-Mudharabah
Kelayakan
  • Terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke bawah
  • Pembukaan akaun minimum RM10.00 sahaja
Keistimewaan
  • Berpeluang menjadi ahli Kelab Nuri
  • Menawarkan pelbagai bahan galakan yang berbeza pada setiap tiga bulan seperti Tabung Nuri, Beg Sekolah, Topi Nuri dan bermacam-macam lagi
  • Berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti Kem Cuti Sekolah, Kembara Alam Laut dan lawatan sambil belajar
ANA RASA NAK BUKA BANK NIE LA..LEHH DAPAT HADIAH UNTUK SI COMEL ANA TU KANKANKAN..

Ulasan

  1. Comment puis-je intégrer facilement mon blog wordpress sur mon site Joomla?

    BalasPadam
  2. Tq for sharing. Sangat membantu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular