KEBAHAGIAAN..
| Kebahagiaan terletak pada kemenangan   memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.  (Imam al-Ghazali) Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan   untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera   hidupnya.  (Saidina Ali Abi Talib) Tahan menderita kepahitan hidup sehingga   penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. Kenal akan keindahan dan sanggup   menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. Bahagia sekali orang-orang yang menahan   lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan   hartanya yang lebih.  (Maksud al-Hadis) Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan   dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain.  (Maksud al-Hadis) Perluaskanlah bidang dan minat dan   kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh   menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri   anda. Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka   perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya. Anda   perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada   orang lain. Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang   dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri   hati terhadap mereka. Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap   tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada   pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa. Bersyukur dan berpuas   hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan sekali-kali berfikir   bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda   miliki sekarang. |  | |
|  |  | 

Ulasan
Catat Ulasan
,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',