Tazkirah Jumaat: Amanah Dalam Kerja
Dalam Islam, amanah adalah salah satu
sikap terpuji yang jelas dan terang telah dinyatakan bahawa amanah itu
sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian.
Kepentingan sikap amanah ini dalam
kehidupan kita untuk menjadi orang mukmin yang baik amat jelas terbukti
di antara 4 sikap terpuji para nabi dan rasul iaitu Siddiq (Benar), Amanah, Tabliq (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijak).
Amanah menuntut kita sebagai Umatnya
untuk melakukan apa saja dengan amanah, tidak kira amanah dalam memenuhi
tuntutan sebagai Hambanya, sebagai umatnya, terhadap keluarga,
masyarakat, diri sendiri dan pekerjaan dilakukannya.
Dalam konteks memenuhi amanah di dalam
pekerjaan, pekerja yang bekerja dibayar gaji oleh majikannya perlu sedar
ke atas akad (perjanjian) menerima tawaran kerja sebelum ini agar
amanah dilakukan dalam pekerjaan tidak terkeluar daripada landasan
sebenar mengapa kita menerima pekerjaan yang ditawarkan sebelum ini.
Jika niat kita baik menerima pekerjaan
keranaNya, ianya akan melahirkan sikap amanah yang bertapak dihati
sampai bila-bila. Tetapi jika niat selain daripada Kerana-Nya, maka
sikap amanah yang sepatutnya hadir di dalam hati hamba-Nya akan terhakis
dengan kelalian diri kita sendiri, akibat mengkhianati amanah yang
diberikan.
Dalam Surah Al-Anfal ayat 27, Allah SWT telah berfirman yang membawa maksud;
“Wahai
orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan
Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan
kamu mengetahui salahnya”
Amanah tidak sekali-kali boleh
dikhianati, kalau dikhianati juga akan membawa kesalahan yang sanggat
tidak baik untuk diri kita. Pekerja yang tidak amanah misalnya akan
melakukan pekerjaan tanpa panduan dan tatatertib yang betul. Setiap
perbuatannya di pejabat sedikitpun tidak takut akan menerima balasan
daripada Allah SWT. Melakukan kerja tanpa memikirkan kesan jangka
panjang dan jika berlakunya pecah amanah atau amanah dikhianati maka
ketengan hatinya akan hilang kerana takut akan bayang-bayang sendiri,
tidur tidak lena dan pelbagai lagi masalah akan terjadi.
Cabaran maha hebat bagi
pekerja di zaman moden yang penuh cabaran kini. kekuatan iman benteng
kepada amalan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya jika beramanah dan
berintegriti. Sesungguhnya niat dan minat yang mendalam terhadap
pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan diiringi usaha
yang berterusan akan melahirkan sikap amanah dengan sendirinya dalam
diri kita tanpa paksaan daripada faktor luaran seperti persekitaran dan
desakan ketua jabatan.
Pekerja yang minat dan bersungguh-sungguh
dalam melakukan kerja yang diamanahkan jelas kita lihat memiliki
sifat-sifat seperti rajin, menyiapkan kerja sehingga siap, sentiasa
mencari idea dan jalan penyelesaian yang terbaik, tidak berkira masa,
tenaga dan wang ringgit, akan berasa bersalah jika kumpulan sasarnya
teraniaya, dan dialah orang pertama ke depan membantu jabatan serta
sentiasa menepati kehendak peraturan dan prosedur ditetapkan organisasi,
akan berjaya di dunia dan diakhirat.
Alangkah indahnya dalam menyelusuri
pentadbiran dan pengurusan pekerjaan dalam sesebuah jabatan disulami
hati-hati setiap pekerjanya dengan sifat amanah setiap kali melangkah
kaki kanan ke pintu pejabat. Bukan sahaja pekerjaan dilakukan mencapai
sasaran, memenuhi kehendak pelanggan dan jabatan malahan akan diberikan
ganjaran oleh Allah SWT. Rahmat Allah SWT Pastinya bersama-sama jabatan
kita jika semua pekerja memiliki sifat amanah. InsyaAllah.
“Ya Allah yang Maha penyayang,
tanamkanlah sifat amanah dalam hati setiap pekerja kami, bukakanlah mata
hati kami agar bersikap amanah. Berkatilah setiap pekerjaan yang kami
lakukan agar mencapai sasarannya dan memberikan manfaat kepada golongan
sasar kami”
ASSALAMUALAIKUM
BalasPadamSINGGAH PAGI
SORY BZ DAY
HAPPY WEEKEND
kita dah amanah dah tp kalau majikan pulak x amek tahu psl kebajikan pekerja..cam mn..cam ditindas2...ada sj nak cari kesalahan kita huwaaaaa
BalasPadamhahahahah
& jgn ngelat! reminder utk myself also.. hu3..
BalasPadam