GIVEAWAY: I LOVE PERFUME

MARY KAY  

sapa nak join sila klik kat banner di atas yer..

 KENAPA AWAK SUKA PERFUME

1. Meningkatkan keyakinan diri.
Haruman yang harum membuatkan si pemakai lebih yakin apabila bersama-sama rakan atau orang di sekelilinginya.Anda berasa seperti seorang hero bila anda tahu orang sekeliling anda seakan akan tercari cari gerangan siempunya wangian…
2.Aromaterapi kepada si pemakai.
Bauan wangi boleh meredakan tekanan sedikit demi sedikit.
Pernah berada di kaunter perfume?Cuba luangkan masa berlegar legar di kaunter perfume di pusat membeli belah dan perhatikan keadaan sekeliling.Haruman yang wangi secara tidak langsung akan membuat kita merasa kurang tertekan dengan situasi yang berlaku di sekililingi.Dengan menghidu bauan yang harum pada perfume kita atau orang disebelah kita, perasaan tertekan mampu reda sedikit demi sedikit.
3. Bersedekah secara tidak langsung
– Anda wangi dan haruman ini anda kongsi bersama dengan orang di sekeliling anda.
Mereka mendapat manfaat secara tidak langsung dari haruman anda.
4. Boleh diguna tanpa was-was
– Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 – 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam.
Muzakarah telah memutuskan bahawa ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan. Maknanya, minyak wangi adalah sesuai untuk semua keadaan dan tanpa diragui lagi.
5. Anda wangi anda selesa.
Minyak wangi ini dapat menyembunyikan bau semulajadi dari tubuh kita yang dihasilkan melalui peluh atau hormon.Dengan memakai minyak wangi ini, secara tidak langsung dapat menyembunyikan bauan tersebut dan orang di sekeliling akan lebih selesa berdamping dengan anda.
6. Anda adalah anda
– Anda tidak perlu sebarang alasan pun kenapa perlu menggunakan minyak wangi.
Hanya orang yang tahu kuasa yang ada pada minyak wangi ni akan rasa harinya kurang lengkap kalau keluar rumah terlupa menggunakannya.
Magic?
Kuasa khas?
Mungkin tidak.
Tapi itu lah perfume.
You feel good when you smell good.
Where you can go from there?
You have to find out for yourself.

Ulasan



Catatan Popular