Antara Isteri & Bidadari Syurga
Saya, kalau terdengar perkataan 'bidadari', memang rasa lain. Lagi-lagi bila dalam satu ceramah Ust. Azhar Idrus, dia kata, "Seorang suami yang soleh akan mendapat sekurang-kurangnya 70 orang bidadari di syurga nanti ( atau 80 orang, maaf terlupa)".
"Pastu seorang isteri solelah dapat apa ustaz?"..
"Pastu
kesian la kat si isteri asyik kena tinggal je, dahtu dah ada 70 orang
bidadari menunggu si suami. Dahla kat dunia pun asyik kena tinggal ngan
suami je ( kena tinggal di sini bermaksud, isteri merelakan diri
ditinggal suami bilamana suami ingin keluar atas urusan agama. Kan salah
satu golongan wanita yang dijanjikan masuk syurga adalah isteri2 dari
jenis ini (tapi kalau suami keluar atas urusan 'bola' ke, tak tahulah
isteri dapat apa >,<)"
Ini
adalah antara soalan2 yang 'berselerak' kat dalam fikiran saya tentang
bidadari. Dalam fikiran perempuan2 lain juga saya kira. Tak pelik pun
saya rasa, sebab mestilah perempuan akan cemburu bila peranan mereka
digantikan oleh bidadari syurga. Apatah lagi dalam Al-Quran, bidadari
digambarkan abadi, suci,kecantikannya tidak dapat digambarkan dengan kata.
Jika
bidadari menampakkan wajahnya, terpancarlah keindahan antara langit
dan bumi.Mereka tidak pernah disentuh oleh penghuni-penghuni syurga
selain suaminya. Jika bidadari syurga ke bumi nescaya wanginya akan
memenuhi seluruh bumi… Subhanallaah... Jadi, tak pelik pun kan jika seorang perempuan tu merasa cemburu...
Tapi
mungkin ramai wanita tak tergamak nak meluahkan sebab bidadari tu kan
hadiah Allah kepada lelaki soleh. Maka, siapalah kita ini untuk
menidakkan...
tetapi...
Ada seorang isteri yang berani bertanya kepada seorang ustaz dalam satu ceramah,
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"
Si ustaz kemudian menjawab,
"Di
syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat.
Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi
ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan
suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu
dia.."
Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si isteri tunduk sambil tersenyum kelat.
Kenapa pulak suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Seorang
wanita di dunia itu jauh lebih tinggi darjatnya berbanding bidadari di
syurga, kerana ibadahnya kepada Allah semasa di dunia.Bukan senang
menjadi seorang isteri,
Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dari Muaz bin Jabal r.a., “Tidaklah
seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, kecuali isterinya dari
kalangan bidadari berkata, ‘Janganlah engkau menyakitinya, semoga Allah
s.w.t. membunuhmu. Sesungguhnya (ia) hanyalah seorang tamu bagimu,
sebentar lagi ia akan meninggalkanmu dan datang menemui kami di syurga.”
(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, no.2041. Dinilai sahih oleh al-Bani).
Fuhh kalau isteri tu menyakiti hati suaminya, bidadari di syurga akan sangat geram dan seakan 'menyumpah' si isteri tersebut. Kerana
itu jika isteri itu benar2 menjaga perilakunya, dia akan dijadikan
ketua bidadari.Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat
cahaya bulan mengambang penuh di musim panas.
Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka
apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? Tidak juga.
Andai
tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia
cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada
siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang
jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai
wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata
suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda,
tercantik di mata suaminya.
Satu
perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak
halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah
berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi
nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Ya, Allah..aku juga ingin menjadi bidadari syurga. Amiinnn..
BalasPadamgreat sharing
BalasPadamterasa diri begitu kerdil & hina di sisi Allah.
BalasPadamLayakkah aku?
Salam.... Selamat menunaikan ibadah puasa...
BalasPadamVery good information. Lucky me I ran across your site by accident (stumbleupon).
BalasPadamI've bookmarked it for later!
my blog: About.me
Very good information. Lucky me I ran across your site by accident (stumbleupon).
BalasPadamI've bookmarked it for later!
Also visit my web site About.me
Tahniah kerana memenangi hadiah utama Top Commentators Giveaway by Shikin @ Nazeck.
BalasPadamSila wassap/sms details ke 017-3841198 sebelum 5 ptg hari ini.
- nama penuh
- alamat lengkap
- hp no.
- blog name
- hadiah yang dimenangi & nama contest
Hadiah akan di pos Jumaat, 4/7/2014.
Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian.
Aana, blog Aana berat kot..sebab loading lama jugak.
BalasPadamBlog saya ok tak rasenye?