Cara Semak Arah Kiblat Islam Di Rumah 28 Mei 2014



Cara Semak Arah Kiblat Islam Di Rumah 28 Mei 2014. Melalui laman facebook milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), besok iaitu 28 Mei 2014 adalah tarikh di mana umat Islam untuk menyemak arah kedudukan kiblat yang terkini melalui kaedah Istiwa’ matahari di Kaabah. Umat Islam boleh menyemak ketepatan arah kiblat pada hari Rabu 28 Mei 2014 jam 5:16 petang. Semakan arah kiblat ini kebiasaannya boleh disemak 2 kali dalam setahun iaitu pada 16 Julai(5.28 petang) dan 28 Mei(5.16 petang) setiap tahun. Bagi tahun lompat pula, ketepatan arah kiblat boleh disemak pada 15 Julai(5:28 petang) dan 27 Mei(5.16 petang) setiap tahun lompat.
Cara Semak Arah Kiblat Islam

Apa itu Istiwa’ Utama Matahari?
- Istiwa utama matahari atau istiwa’ adzam di Kaabah merupakan fenomena di mana matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa’. Peristiwa ini akan berlaku 2 kali dalam setahun apabila nilai sudut istiwa’ matahari akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah di mana Kaabah terletak.
- Apabila istiwa’ utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arak ke kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di tempat-tempat lain di muka bumi.
Cara Semak Arah Kiblat Islam Di Rumah 28 Mei 2014 
 

Cara Semak Arah Kiblat Islam Di Rumah 28 Mei 2014         atau 16 Julai 2014

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan.

Ulasan

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular