Apa Itu Virus Ebola? Malaysia Perlu Berjaga-Jaga Kemungkinan Diserang Ebola
KRONOLOGI VIRUS EBOLA
1967 -Penyakit demam berdarah menyerang pekerja makmal di Marburg, Germany dan Belgrade, Yugoslavia. Penyakit itu dikenal pasti berasal daripada monyet yang di import daripada Uganda untuk kajian. Virus yang baru dikenal pasti itu diberi nama virus Marburg.
1976 -Sejenis penyakit demam berdarah menggemparkan dunia perubatan apabila ia merebak dengan mengejut di Zaire dengan jumlah korban yang banyak. Penyakit yang tidak dikenali ini menggemparkan dunia termasuk mereka yang terlibat di dalam bidang perubatan. Ini disebabkan dunia perubatan pada masa itu masih gagal mengesan punca jangkitan dan rawatan untuk penyakit ini. Ini menjadikan usaha membendung wabak ini sukar disebabkan cara jangkitannya masih belum diketahui. Apabila virus ini dikenal pasti, ia diberi nama virus Ebola sempena nama sungai di Republik Dekrotik Kongo (Zaire) tempat ia mula dikesan. Pada permulaan wabak Ebola, pesakit Ebola dibiarkan bergaul dengan orang ramai menyebabkan wabak Ebola merebak dengan lebih pantas.
Ebola kemudiannya menyerang Sudan di bahagian barat pada tahun yang sama. Sebanyak 550 kes telah disahkan yang mengakibatkan 340 kematian dalam kedua kejadian tersebut. Disebabkan wabak Ebola berlaku di negara yang tidak mempunyai kemudahan perubatan yang sempurna dan lengkap, ini menyukarkan lagi proses mengenalpasti virus itu.
1979 - Serangan Ebola yang kedua pula berlaku di Sudan menyebabkan 34 kes yang disahkan. Daripada jumlah ini 22 kes berakhir dengan kematian.
1989 - Sejenis virus Ebola dikesan di Reston, Virginia di Amerika Syarikat. Virus ini dikenali sebagai Ebola Reston. Ia berpunca daripada sekumpulan monyet jenis Rhesus yang sampai daripada Filippina. Monyet-monyet ini didapati dijangkiti oleh virus Ebola. Daripada 149 pekerja yang terdedah kepada monyet-monyet itu, tidak seorangpun yang jatuh sakit, walaupun empat daripada pekerja tersebut didapati menghasilkan antibodi untuk virus Ebola Reston. Masyarakat perubatan begitu tidak bersedia untuk menghadapi Ebola sehingakan apabila salah seorang penjaga haiwan di pusat Hazleton-Reston menghadapi jangkitan Reston Ebola, dia dibenarkan masuk ke hospital biasa tanpa diquarantinkan. Walaubagaimanapun, oleh kerana tiada di antara mereka yang sakit teruk, virus Reston Ebola dianggap tidak merbahaya kepada manusia. Bagaimanapun ia dianggap penting oleh kerana cara penyebarannya, disyaki melalui udara, membuktikan virus Ebola lebih mudah merebak.
Virus Ebola tidak dikaji secara meluas disebabkan oleh beberapa faktor. Sifat virus Ebola yang begitu mudah berjangkit menyebabkan kajian perlu dilakukan dibawah penyeliaan yang ketat dan teliti, dengan peralatan yang diluar kemampuan makmal-makmal biasa. Tambahan pula sifat virus Ebola yang amat merbahaya, menyebabkan contoh virus Ebola payah didapati disebabkan oleh kawalan ketat dikenakan ke atas pengedaran contoh virusnya. Kebanyakan kajian virus Ebola dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit. Walaupun banyak maklumat telahpun diketahui mengenai Ebola, teknik rawatan dan vaksin masih belum didapati.
1967 -Penyakit demam berdarah menyerang pekerja makmal di Marburg, Germany dan Belgrade, Yugoslavia. Penyakit itu dikenal pasti berasal daripada monyet yang di import daripada Uganda untuk kajian. Virus yang baru dikenal pasti itu diberi nama virus Marburg.
1976 -Sejenis penyakit demam berdarah menggemparkan dunia perubatan apabila ia merebak dengan mengejut di Zaire dengan jumlah korban yang banyak. Penyakit yang tidak dikenali ini menggemparkan dunia termasuk mereka yang terlibat di dalam bidang perubatan. Ini disebabkan dunia perubatan pada masa itu masih gagal mengesan punca jangkitan dan rawatan untuk penyakit ini. Ini menjadikan usaha membendung wabak ini sukar disebabkan cara jangkitannya masih belum diketahui. Apabila virus ini dikenal pasti, ia diberi nama virus Ebola sempena nama sungai di Republik Dekrotik Kongo (Zaire) tempat ia mula dikesan. Pada permulaan wabak Ebola, pesakit Ebola dibiarkan bergaul dengan orang ramai menyebabkan wabak Ebola merebak dengan lebih pantas.
Ebola kemudiannya menyerang Sudan di bahagian barat pada tahun yang sama. Sebanyak 550 kes telah disahkan yang mengakibatkan 340 kematian dalam kedua kejadian tersebut. Disebabkan wabak Ebola berlaku di negara yang tidak mempunyai kemudahan perubatan yang sempurna dan lengkap, ini menyukarkan lagi proses mengenalpasti virus itu.
1979 - Serangan Ebola yang kedua pula berlaku di Sudan menyebabkan 34 kes yang disahkan. Daripada jumlah ini 22 kes berakhir dengan kematian.
1989 - Sejenis virus Ebola dikesan di Reston, Virginia di Amerika Syarikat. Virus ini dikenali sebagai Ebola Reston. Ia berpunca daripada sekumpulan monyet jenis Rhesus yang sampai daripada Filippina. Monyet-monyet ini didapati dijangkiti oleh virus Ebola. Daripada 149 pekerja yang terdedah kepada monyet-monyet itu, tidak seorangpun yang jatuh sakit, walaupun empat daripada pekerja tersebut didapati menghasilkan antibodi untuk virus Ebola Reston. Masyarakat perubatan begitu tidak bersedia untuk menghadapi Ebola sehingakan apabila salah seorang penjaga haiwan di pusat Hazleton-Reston menghadapi jangkitan Reston Ebola, dia dibenarkan masuk ke hospital biasa tanpa diquarantinkan. Walaubagaimanapun, oleh kerana tiada di antara mereka yang sakit teruk, virus Reston Ebola dianggap tidak merbahaya kepada manusia. Bagaimanapun ia dianggap penting oleh kerana cara penyebarannya, disyaki melalui udara, membuktikan virus Ebola lebih mudah merebak.
1995 -
Sekali lagi wabak Ebola merebak, kali ini di Kikwit, Zaire. Ia
dikenalpasti bermula apabila seorang pesakit yang pada mulanya disyaki
mengidap demam Malaria menjalani pembedahan. Tidak lama selepas itu,
mereka yang terlibat dengan pembedahan itu menunjukkan tanda-tanda
penyakit demam berdarah disebabkan oleh virus. Penyakit ini merebak
dengan begitu cepat, tetapi gabungan pertubuhan kesihatan termasuk
beberapa negara Afrika selatan, ahli masyarakat perubatan Perancis,
Belgium, Pusat Pengawalan Penyakit Amerika (CDC), dan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) berjaya mengawal wabak ini daripada terus
merebak. Daripada 293 kes yang dikenalpasti semenjak 1 July 1995, 233
berakhir dengan kematian iaitu pada kadar 80% kematian.
24 November 1995 -
Seorang penyelidik wanita berbangsa Swiss, yang sedang telah melakukan
bedah siasat kepada bangkai chimpenzi bertujuan untuk menyiasat mengenai
peningkatan kes kematian dikalangan monyet chimpenzi yang tinggal di
hutan Tai di Cote d’Ivore di Afrika Barat, didapati dijangkiti virus
Ebola. Dia telah dibawa pulang dan dirawat di Swiss dan berjaya sembuh.
Setelah hasil belah-siasat pada chimpenzi mengenalpasti gejala penyakit
yang serupa dengan serangan virus Ebola, usaha mengesan tempat asal
virus Ebola telah dijalankan, tetapi menemui kegagalan. Ini disebabkan
oleh keluasan hutan Tai, seluas 4,200 kilometer, terlalu luas untuk
pencarian terperinci.
Februari 1996 - Virus Ebola sekali lagi dikesan di pendalaman Gabon Afrika Barat.Virus Ebola tidak dikaji secara meluas disebabkan oleh beberapa faktor. Sifat virus Ebola yang begitu mudah berjangkit menyebabkan kajian perlu dilakukan dibawah penyeliaan yang ketat dan teliti, dengan peralatan yang diluar kemampuan makmal-makmal biasa. Tambahan pula sifat virus Ebola yang amat merbahaya, menyebabkan contoh virus Ebola payah didapati disebabkan oleh kawalan ketat dikenakan ke atas pengedaran contoh virusnya. Kebanyakan kajian virus Ebola dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit. Walaupun banyak maklumat telahpun diketahui mengenai Ebola, teknik rawatan dan vaksin masih belum didapati.
Laporan
berita kesihatan banyak membicarakan tentang virus ebola yang kian
menyerang malah angka kematian juga meningkat di serata dunia. Tetapi,
tahukah anda apa itu Virus Ebola? Ebola merupakan penyakit maut yang
menjangkiti manusia dan juga haiwan mamalia lain seperti monyet, gorilla
dan chimpanzee.
Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia.
Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% – 90% kes
jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis
virus Ebola punca penyakit.
Fakta Virus Ebola
1. Ia
dijangkiti oleh sejenis virus dipanggil Ebola yang dinamakan sempena
nama sebuah sungai di Republik Congo di mana ia buat kali pertamanya
dikesan dan dikenalpasti pada tahun 1976.
2. Ebola
boleh berjangkit melalui darah, atau menyentuh barangan yang sudah
tercemar dengan virus Ebola seperti jarum suntikan, atau bersentuh
dengan haiwan yang dijangkiti biasanya melalui memakan dagingnya.
3. Pesakit
Ebola akan mengalami demam, sakit kepala, sakit sendi dan sakit tekak
yang kemudiannya disusuli dengan cirit-birit, muntah-muntah. Pada
peringkat akhir penyakit Ebola, pesakit akan mengalami ruam-ruam dan
pendarahan dalaman termasuk luaran.
4. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru.
5.
Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh
tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7
sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang
serius.
Bila Wabak ini Mula Tersebar
1. Pada
bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan
wabak virus Ebola pertama seumpamanya yang berlaku di wilayah tersebut.
2. 28 Mac
2014, seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus
dan 66 orang mangsa telah disahkan meninggal dunia di Guinea.
3. 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian.
4. 6 pesakit di Sierra Leone termasuk 5 kematian.
Vaksin & Rawatan
1. Tiada
vaksin berlesen untuk EVD disediakan. Beberapa vaksin sedang diuji,
tetapi tidak boleh didapati untuk kegunaan klinikal.
2. Pesakit
memerlukan penjagaan sokongan yang intensif. Pesakit sering mengalami
dehidrasi dan memerlukan rehidrasi oral dengan penyelesaian yang
mengandungi elektrolit atau cecair intravena.
3. Tiada rawatan khusus tersedia. Terapi ubat baru sedang dinilai.
4.Untuk
mengelak dari penularan virus, maka yang harus dilakukan adalah tidak
berhubung dengan pesakit. Pihak perubatan biasanya memakai baju khas
yang mirip baju angkasawan untuk menutupi seluruh tubuh mereka.
5. Pesakit
juga akan diasingkan dalam sebuah bilik khas, untuk meminimumkan
penyebaran virus. Apapun yang digunakan pesakit tidak boleh digunakan
oleh orang yang sihat.
Terkini, menerusi portal berita Mynewshub.my, Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan angka kematian akibat penyakit
bawaan virus Ebola telah pun meningkat dan mencecah angka 887 orang. Ia
meningkat seramai 158 orang berbanding pada 31 Julai lepas.
Malah,
dalam kenyataan Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr S
Subramaniam berkata pihaknya mempunyai keupayaan untuk mengesan dan
merawat penyakit maut melibatkan virus berkenaan.
Katanya, hospital kerajaan di seluruh negara mempunyai kemudahan untuk merawat penyakit itu dan Malaysia turut memiliki makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang berkeupayaan untuk mengesan virus tersebut.“Ebola adalah salah satu penyakit yang dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (PCID) 1988. Sehingga kini, tiada kes itu dilaporkan di Malaysia. Semua kementerian dan agensi kerajaan bagaimanapun diminta bekerjasama untuk mencegah situasi Ebola,” katanya.
Ketika
ini kementerian kesihatan perlu berada pada tahap berjaga-jaga paling
tinggi untuk segera mengatasi virus ini jika ia mula menyerang
warganegara Malaysia. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada penularan
penyakit Ebola dilaporkan di sini tetapi langkah berjaga-jaga perlu
diambil.
Amaran Gambar Mengerikan
macam blister pon ada... mesti sakit...
BalasPadamSemoga dijauhkanlahhh dari penyakit EBola ni.. ya Allah! Gerun melihat gambar gambar yang di kongsikan
BalasPadamya Allah takutnye...sekejab je boleh menyebabkan mati ye... cuak... mintak janganlah virus ni sampai ke Msia ye... Nauzubillah...
BalasPadamInfo yang bagus. Terima kasih!
BalasPadamHighly virulent..
BalasPadam