Apa Itu Virus Ebola? Malaysia Perlu Berjaga-Jaga Kemungkinan Diserang Ebola


KRONOLOGI VIRUS EBOLA
1967 -Penyakit demam berdarah menyerang pekerja makmal di Marburg, Germany dan Belgrade, Yugoslavia. Penyakit itu dikenal pasti berasal daripada monyet yang di import daripada Uganda untuk kajian. Virus yang baru dikenal pasti itu diberi nama virus Marburg.
1976 -Sejenis penyakit demam berdarah menggemparkan dunia perubatan apabila ia merebak dengan mengejut di Zaire dengan jumlah korban yang banyak. Penyakit yang tidak dikenali ini menggemparkan dunia termasuk mereka yang terlibat di dalam bidang perubatan. Ini disebabkan dunia perubatan pada masa itu masih gagal mengesan punca jangkitan dan rawatan untuk penyakit ini. Ini menjadikan usaha membendung wabak ini sukar disebabkan cara jangkitannya masih belum diketahui. Apabila virus ini dikenal pasti, ia diberi nama virus Ebola sempena nama sungai di Republik Dekrotik Kongo (Zaire) tempat ia mula dikesan. Pada permulaan wabak Ebola, pesakit Ebola dibiarkan bergaul dengan orang ramai menyebabkan wabak Ebola merebak dengan lebih pantas.
Ebola kemudiannya menyerang Sudan di bahagian barat pada tahun yang sama. Sebanyak 550 kes telah disahkan yang mengakibatkan 340 kematian dalam kedua kejadian tersebut.  Disebabkan wabak Ebola berlaku di negara  yang tidak mempunyai kemudahan perubatan yang sempurna dan lengkap, ini  menyukarkan lagi proses mengenalpasti virus itu.
1979 - Serangan Ebola yang kedua pula berlaku di Sudan menyebabkan 34 kes yang disahkan. Daripada jumlah ini 22 kes berakhir dengan kematian.
1989 - Sejenis virus Ebola dikesan di Reston, Virginia di Amerika Syarikat. Virus ini dikenali sebagai  Ebola Reston. Ia berpunca daripada sekumpulan monyet jenis Rhesus yang sampai daripada Filippina. Monyet-monyet ini didapati dijangkiti oleh virus Ebola. Daripada 149 pekerja yang terdedah kepada monyet-monyet itu, tidak seorangpun yang jatuh sakit, walaupun empat daripada pekerja tersebut didapati menghasilkan antibodi untuk virus Ebola Reston. Masyarakat perubatan begitu tidak bersedia untuk menghadapi Ebola sehingakan apabila salah seorang penjaga haiwan di pusat Hazleton-Reston menghadapi jangkitan Reston Ebola, dia dibenarkan masuk ke hospital biasa tanpa diquarantinkan. Walaubagaimanapun, oleh kerana tiada di antara mereka yang sakit teruk, virus Reston Ebola dianggap tidak merbahaya kepada manusia. Bagaimanapun ia dianggap penting oleh kerana cara penyebarannya, disyaki melalui udara, membuktikan virus Ebola lebih mudah merebak.
Gambar virus Ebola1995 - Sekali lagi wabak Ebola merebak, kali ini di Kikwit, Zaire. Ia dikenalpasti bermula apabila seorang pesakit yang pada mulanya disyaki mengidap demam Malaria menjalani pembedahan. Tidak lama selepas itu, mereka yang terlibat dengan pembedahan itu menunjukkan tanda-tanda penyakit demam berdarah disebabkan oleh virus. Penyakit ini merebak dengan begitu cepat, tetapi gabungan pertubuhan kesihatan termasuk beberapa negara Afrika selatan, ahli masyarakat perubatan Perancis, Belgium, Pusat Pengawalan Penyakit Amerika (CDC), dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berjaya mengawal wabak ini daripada terus merebak. Daripada 293 kes yang dikenalpasti semenjak 1 July 1995, 233 berakhir dengan kematian iaitu pada kadar 80% kematian.
24 November 1995 - Seorang penyelidik wanita berbangsa Swiss, yang sedang telah melakukan bedah siasat kepada bangkai chimpenzi bertujuan untuk menyiasat mengenai peningkatan kes kematian dikalangan monyet chimpenzi yang tinggal di hutan Tai di Cote d’Ivore di Afrika Barat, didapati dijangkiti virus Ebola. Dia telah dibawa pulang dan dirawat di Swiss dan berjaya sembuh. Setelah hasil belah-siasat pada chimpenzi mengenalpasti gejala penyakit yang serupa dengan serangan virus Ebola, usaha mengesan tempat asal virus Ebola telah dijalankan, tetapi menemui kegagalan. Ini disebabkan oleh keluasan hutan Tai, seluas 4,200 kilometer, terlalu luas untuk pencarian terperinci.
Februari 1996 - Virus Ebola sekali lagi dikesan di pendalaman Gabon Afrika Barat.
Virus Ebola tidak dikaji secara meluas disebabkan oleh beberapa faktor. Sifat virus Ebola yang begitu mudah berjangkit menyebabkan kajian perlu dilakukan dibawah penyeliaan yang ketat dan teliti, dengan peralatan yang diluar kemampuan makmal-makmal biasa. Tambahan pula sifat virus Ebola yang amat merbahaya, menyebabkan contoh virus Ebola payah didapati disebabkan oleh kawalan ketat dikenakan ke atas pengedaran contoh virusnya. Kebanyakan kajian virus Ebola dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit. Walaupun banyak maklumat telahpun diketahui mengenai Ebola, teknik rawatan dan vaksin masih belum didapati.
RuamEbola_3
Laporan berita kesihatan banyak membicarakan tentang virus ebola yang kian menyerang malah angka kematian juga meningkat di serata dunia. Tetapi, tahukah anda apa itu Virus Ebola? Ebola merupakan penyakit maut yang menjangkiti manusia dan juga haiwan mamalia lain seperti monyet, gorilla dan chimpanzee.
Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% – 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit.
Fakta Virus Ebola
1. Ia dijangkiti oleh sejenis virus dipanggil Ebola yang dinamakan sempena nama sebuah sungai di Republik Congo di mana ia buat kali pertamanya dikesan dan dikenalpasti pada tahun 1976.
2. Ebola boleh berjangkit melalui darah, atau menyentuh barangan yang sudah tercemar dengan virus Ebola seperti jarum suntikan, atau bersentuh dengan haiwan yang dijangkiti biasanya melalui memakan dagingnya.
3. Pesakit Ebola akan mengalami demam, sakit kepala, sakit sendi dan sakit tekak yang kemudiannya disusuli dengan cirit-birit, muntah-muntah. Pada peringkat akhir penyakit Ebola, pesakit akan mengalami ruam-ruam dan pendarahan dalaman termasuk luaran.
4. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru.
5. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
Bila Wabak ini Mula Tersebar
1. Pada bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan wabak virus Ebola pertama seumpamanya yang berlaku di wilayah tersebut.
2. 28 Mac 2014, seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus dan 66 orang mangsa telah disahkan meninggal dunia di Guinea.
3. 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian.
4. 6 pesakit di Sierra Leone termasuk 5 kematian.
Vaksin & Rawatan
1. Tiada vaksin berlesen untuk EVD disediakan. Beberapa vaksin sedang diuji, tetapi tidak boleh didapati untuk kegunaan klinikal. 
2. Pesakit memerlukan penjagaan sokongan yang intensif. Pesakit sering mengalami dehidrasi dan memerlukan rehidrasi oral dengan penyelesaian yang mengandungi elektrolit atau cecair intravena.
3. Tiada rawatan khusus tersedia. Terapi ubat baru sedang dinilai.
4.Untuk mengelak dari penularan virus, maka yang harus dilakukan adalah tidak berhubung dengan pesakit. Pihak perubatan biasanya memakai baju khas yang mirip baju angkasawan untuk menutupi seluruh tubuh mereka. 
5. Pesakit juga akan diasingkan dalam sebuah bilik khas, untuk meminimumkan penyebaran virus. Apapun yang digunakan pesakit tidak boleh digunakan oleh orang yang sihat.
Terkini, menerusi portal berita Mynewshub.my, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan angka kematian akibat penyakit bawaan virus Ebola telah pun meningkat dan mencecah angka 887 orang. Ia meningkat seramai 158 orang berbanding pada 31 Julai lepas.
Malah, dalam kenyataan Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pihaknya mempunyai keupayaan untuk mengesan dan merawat penyakit maut melibatkan virus berkenaan.
Katanya, hospital kerajaan di seluruh negara mempunyai kemudahan untuk merawat penyakit itu dan Malaysia turut memiliki makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang berkeupayaan untuk mengesan virus tersebut.
“Ebola adalah salah satu penyakit yang dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (PCID) 1988. Sehingga kini, tiada kes itu dilaporkan di Malaysia. Semua kementerian dan agensi kerajaan bagaimanapun diminta bekerjasama untuk mencegah situasi Ebola,” katanya. 
Ketika ini kementerian kesihatan perlu berada pada tahap berjaga-jaga paling tinggi untuk segera mengatasi virus ini jika ia mula menyerang warganegara Malaysia. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada penularan penyakit Ebola dilaporkan di sini tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil. 
Amaran Gambar Mengerikan
RuamEbola_4

Ulasan

  1. macam blister pon ada... mesti sakit...

    BalasPadam
  2. Semoga dijauhkanlahhh dari penyakit EBola ni.. ya Allah! Gerun melihat gambar gambar yang di kongsikan

    BalasPadam
  3. ya Allah takutnye...sekejab je boleh menyebabkan mati ye... cuak... mintak janganlah virus ni sampai ke Msia ye... Nauzubillah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular