Pernah Dengar Nama "Yayasan Hang Tawi"? Fikir Dua Kali Sebelum Menderma Kepada Mereka



Isu Kesengsaraan Penduduk Gaza Mendapat Perhatian Yang Meluas Di Malaysia. Atas Sikap Prihatin, Masing-Masing Tidak Melepaskan Peluang Memberi Sumbangan Bagi Mengurangkan Beban Penduduk Gaza.

Namun Begitu, Timbul Pula Pelbagai Organisasi Atau Yayasan Yang Mengutip Derma Sambil Mendakwa Mereka Akan 'Membantu' Penduduk Di Gaza, Termasuk Yayasan Hang Tawi

Last updated by Farouq Johari about 4 hours ago

Persoalannya, Siapakah Mereka? Terdapat Beberapa Laporan Mendedahkan Yayasan Hang Tawi Membuat Pungutan Derma Tanpa Surat Kebenaran Daripada Majlis Agama


  • Gara-gara mengutip derma tanpa kebenaran, lapan individu termasuk seorang wanita dan dua remaja ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam satu serbuan yang dilakukan pada 8 Julai 2014.

  • Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membuat pungutan wang untuk tujuan derma bagi bantuan amal ke Palestin, Jordan, Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia yang diuruskan Yayasan Hang Tawi Malaysia tanpa surat kebenaran yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Menurut Sumber, Yayasan Ini Didapati Mengutip Derma Di Bawah Nama Satu Pertubuhan Yang Diharamkan Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan


  • “Kita dapati tiada resit bayaran diberikan kepada mereka yang menderma dan disebabkan ini kita bimbang berlaku penyelewengan kerana tidak tahu berapa jumlah sebenar duit yang terkumpul dan diberi kepada mereka yang memerlukan."

  • “Kesemua mereka ditahan kerana didapati melakukan aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS),” kata Zaki Ahmad, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)

  • Malah mereka cuba berselindung di bawah nama satu yayasan untuk mengelirukan umat Islam kononnya kutipan itu akan disalurkan kepada masyarakat Islam di Palestin, Syria dan negara Arab lain yang sedang bergolak.

Sementara Itu, Menerusi Laman Facebook Yayasan Hang Tawi, Pihak SAYS Mendapati Yayasan Ini Baru Sahaja Ditubuhkan Pada Bulan 7 Mei 2014

Lebih Mencurigakan, Dalang Di Sebalik Sindiket Ini Dipercayai Bernama SM Amin, Individu ‘Kontroversi’ Yang Terlibat Mengarahkan Ramai Penuntut Tahfiz Mengutip Derma Sebelum Ini

Lihat Poster Yayasan Hang Tawi Di Bawah Ini. Gambar SM Amin Ada Di Mana-Mana. Siapakah Beliau Sebenarnya?

Dalam Pada Itu, Hasil Carian SAYS Menemui Satu Keratan Penuh Akhbar Metro Ahad Yang Menyiarkan Iklan Aktiviti Kemanusiaan Yayasan Hang Tawi

SAYS Juga Difahamkan Bahawa Yayasan Hang Tawi Telah Melebarkan Sayapnya Ke Persada Antarabangsa. Gambar Papan Tanda Ini Diambil Di Acheh, Indonesia.

Bukan Setakat Di Indonesia, Mereka Juga Mempunyai Sebuah Pejabat Sekretariat Bertempat Di Amman, Jordan

Tambahan Lagi, Mereka Kini Sedang Membina Sebuah Lagi Pejabat Sekretariat Di Wilayah Songkla, Thailand. Hebat!

Adakah Benar Mereka Melakukan Kutipan Derma Secara Haram? Dalam Perkembangan Berkaitan, Yayasan Hang Tawi Menegaskan Mereka Tidak Melakukan Apa-Apa Kesalahan Seperti Didakwa.


Ulasan

  1. mudah sggh dia nk dpt duit...ish byk sungguh dosa dia.makan duit haram.

    BalasPadam
  2. ish... kalu betul dia bersalah dan mengeksploitasi anak2 yatim, kenapa smpi hari ni tiada sebarang tangkapan???

    BalasPadam
  3. ramai yang cuba untuk mengambil kesempatan dalam sesuatu keadaan jadi berhati2lah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular