Segmen: Nostalgia Aidilfitri 2014 by Mawar Putih

http://whiteroses2013.blogspot.com/2014/08/segmen-nostalgia-aidilfitri-2014-by_8.html 
klik banner kalau sapa2 nak join yer..


penuh menu di meja..sambutan raya di sekolah 2013
Pantun ini pantun seloka,
Senyumlah dulu sebelum baca,
Untuk membalas santapan kata,
Dari ana memang geliga.

Hari Raya tak berapa lama,
3-4 hari mai la dia,
Tapi semua janganlah lupa,
Sekarang masih lagi bulan puasa.

Inilah peluang kita semua,
Mohon Allah ampunkan dosa,
Lailatul Qadar mungkin berjumpa,
Moga menjadi insan bahagia.
  
Tiket balik awal dah beli,
Ibu di kampung sabar menanti,
Kalau tak sempat menggigitlah jari,
Bertemu lagi pada Raya Haji.

Aidilfitri anak-anak teruja,
Mengutip duit raya tidak terkira,
Tapi jangan sampai terlupa,
Lepas cuti nanti ada periksa.

Kepada kawan-kawan maya yang ana sayangi,
Daripada yang baru hingga ke hari ini,
Duit raya Abi tengah cari,
Murah rezqi kita sama-sama kongsi.

Hari raya kita gembira,
Memberi-menerima sesama keluarga,
Ingatlah juga insan derita,
Ketupatnya duka rendangnya air mata.

Pada sahabat di alam maya,
Salam hormat maaf dipinta,
Bagi semua silap dan alpa,
Moga mengukuh ukhuwah kita.


Ulasan

  1. ewwah.. seloka...!!
    singgah sini dari segmen yg sama..:)
    jemput singgah : Segmen Nostalgia Aidilfitri 2014 by Mawar Putih

    BalasPadam
  2. selamat hari raya..pandai akak berpantun.ain tak pandai nak balas pantun.hehe..Terima kasih kerana sudi join Segmen Nostalgia Aidilfitri by Mawar Putih. Jangan lupa blogwalking dan check link di senarai peserta..=)

    BalasPadam
  3. singgah dari segmen yang sama

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/08/segmen-nostalgia-aidilfitri-2014-by.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular