Today is My Besday..29.10.2014

assalammualaikum dan salam 1malaysia...

 
alhamdullilah masih lagi di beri nafas untuk hidup di bumi Malaysia ni..bersyukur sangat-sangat Hari ni dalam sejarah umur ku semakin meningkat itulah namanya kuasa Allah swt...meningkat bersama-sama dengan ibu tersayang Pn ROKIyah ...31 tahun dah kita ya huhuu semakin tua kesihatan pun koi mula berteman dalam diri subahanallah..allah ampunkan dosa-dosa kecil ku..besar sangat pengorbanannya...

alhamdulillah di kurniakan seorang peneman gaduh dan 2 orang cahaya mata puteri dan putera yang comel n hensome..hihii..hidupku rasa sempurna..


.
 

warkah buat ibuku.


 
Ibu..
Gelaran istimewa buatmu ibu
Buat insan yang telah melahirkanku
Insan yang pernah membesarkanku
Mendidikku..mengajarku
Sehingga diriku menjadi seorang yang berguna..
Ibu..
Kaulah ratu hatiku..
Yang sentiasa dekat di hati ini
Walaupun jauh nun di mata
Ku merasakan dirimu sentiasa di sisiku..
Ibu..
Dirimu bagaikan payung di kala ku kehujanan
Dirimu bagaikan lilin yang menerangi di kala ku kegelapan
Dirimu bagaikan pelangi yang menceriakan di kala hati dalam kehibaan
Ibu..
Sungguh besar pengorbananmu..
Tidak tertulis rasanya untuk menceritakan pengorbananmu
Sejak diriku lahir sehinggalah aku dewasa
Dirimu tidak pernah jemu
Memberi semangat buatku
Memberi nasihat buat pedomanku
Memberi kasih sayang yang tidak terhingga untukku..
Ibu..
Keringat tua tampak jelas di wajahmu
Jelas menggambarkan dirimu banyak menderita
Berkorban untuk anak-anakmu
Namun sedikitpun tiada keluhan di bibirmu..
Tiada kegusaran di wajahmu
Hanya senyuman yang bermain di matamu..
Ibu..
Hanya satu kalimah yang ku ingin ucapkan padamu
Maaf..
Maafkan anakmu ini..ibu..
Andai  pernah berkasar denganmu..
Andai  pernah melukakan hatimu..
Andai  pernah menyusahkan dirimu
Sungguh  banyak rasanye khilaf denganmu..
 Ibu..
Hanya keampunan yang ku pinta
Kerana ku tahu tiada tempat buatku di syurga
Andai tiada kemaafan darimu
Kerana ku tahu syurga seorang anak hanya terletak di bawah telapak kaki ibu
Ibu..
Di saat ku rindu ku titipkan namamu
di dalam doa
Semoga Allah sentiasa melindungimu
merahmatimu
Walau di mana kamu berada..
Ya Allah..sampaikanlah salam rinduku buat ibuku..
Ampunilah dosa-dosanya..
Sayangilah beliau sebagaimana beliau menyayangiku sejak dari kecil..
Amin.


~ikhlas dari anakmu~ 
terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buat anakmu..

 My Photo
 jom tengok acik Yang Comel klik pic di atas ya..

To my friend alam maya ACikWatie..TQ ya Dengan Entry yang anda up tu terharu sangat..sayang AcikWatie sebagai SahAbAt MAya..jom kita TerJah AcIkWAtie.. 
 


Ulasan

  1. selamat ulangtahun..semoga sentiasa sihat dan happy selalu..^_^

    BalasPadam
  2. happy birthday sis.. :) semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki.. :)

    BalasPadam
  3. Get thе answеrs to these questions and more in thіs article.
    Reviеws frօm participants on the HCԌ Diet claim that
    they ɗo not feel hսngгy with ߋnly 500 calories
    each day and many say many supplement their intake of reqսired
    nutritional requirements by taking a gгeat multivitamin and mineral supplemеnt.
    With so many side effects, this іs hardly a worthwhile method.
    Certain health institսtions in Europe have been critical of the Dukan diet,
    labeling it "Risky". Such a weight loss plаn holds numerous dangers including that of overworking the heart and preventing
    the body from functioning optimally.

    Look into my web site - Hcg Weight Loss Atlanta Reviews

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular